Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Harga roadtax motor y15

Harga roadtax motor y15. Berapakah harga roadtax motor terutamanya bagi yamaha y15 yang boleh anda jadikan rujukan ?

Sememangnya keutamaan roadtax motor merupakan satu kewajipan. Roadtax motor atau cukai jalan motor atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) ini amat penting bagi mengelakkan saman di atas jalan raya.

Bukan itu saja, malah memberikan kemudahan sewaktu membuat claim insurans pada syarikat insuran.

Kalau roadtax motor y15 anda tidak dibuat, maka claim insurans motor tidak boleh diteruskan. Satu kerugian besar bagi anda yang renew insuran motor y15 namun tidak renew roadtax motor y15.

Namun, berapakah harga roadtax motor y15 yang perlu anda bayar setiap tahun ? Adakah harga roadtax motor y15 ini akan berubah setiap tahun ?

Berapakah harga roadtax motor y15 ?

Jumlah bagi harga roadtax motor y15 atau yamaha y15zr ini adalah sebanyak RM2.00 sahaja.

Nilai RM2.00 ini adalah bagi harga roadtax motor y15 untuk setahun atau 12 bulan.

Harga roadtax motor y15 ini juga adalah sama setiap tahun selagi mana tiada sebarang perubahan yang di lakukan oleh pihak berwajib.

Harga ini akan kekal berpatutan walaupun ianya dalam kategori 150cc.

Baca selanjutnya : Harga roadtax motor 150cc

harga roadtax motor y15

Apakah yang menyebabkan roadtax motor y15zr ini tidak boleh dihidupkan ?

Ada beberapa sebab mengapa roadtax motor y15zr anda tidak boleh dihidupkan. Berikut merupakan sebabnya :

  1. Saman blacklist
  2. Tempoh insuran motor tidak mencukupi

Kedua masalah di atas perlu anda selesaikan terlebih dahulu. Walaupun anda sudah hidupkan insuran motor, namun, roadtax motor y15 masih tidak dapat dibuat oleh kerana sebab di atas.

1. Saman blacklist tidak boleh renew roadtax motor y15

Pihak berwajib sangat menegaskan agar saman blacklist dibayar terlebih dahulu.

Pihak berwajib akan menyekat kebenaran bagi anda yang ingin menghidupkan roadtax motor y15 ini kerana ianya merupakan denda wajib yang dikenakan setelah sekian lama tidak menyelesaikan saman tertunggak.

2. Tempoh insuran motor y15 tidak mencukupi

Selain itu, tempoh insuran motor y15zr berbaki yang tidak mencukupi perlu anda atasi dengan menambah tempoh insurans sehingga ianya melepasi syarat minima 6 bulan bagi tempoh insuran motor y15.

Selagi anda tidak tambah insuran motor y15 ini, selagi itu roadtax motor y15 anda tidak boleh anda renew.

Baca juga : Harga roadtax dan insurans motor y15

3 thoughts on “Harga roadtax motor y15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *