Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Harga roadtax dan insurans motor y15

Harga roadtax dan insurans motor y15. Berapakah harga roadtax dan insurans motor secara keseluruhan bagi sebuah motor yamaha y15 atau dikenali sebagai motor yamaha y15zr ?

Modal untuk anda belanjakan kos selenggara bagi sebuah motosikal y15 mungkin anda bimbangkan sebelum dan selepas memilikinya. Di artikel ini, anda akan mengetahui anggaran secara keseluruhan bagi harga roadtax dan insurans motor y15 ini.

Anda juga akan mengetahui bukan sekadar tahun pertama memiliki motor y15zr, malah beberapa tahun selepas itu juga dapat anda lihat secara kasar bagi memudahkan anda menyimpan budget sebelum tiba tamatnya kedua tarikh roadtax dan insuran motor y15.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi berasa risau untuk memiliki motosikal y15zr ini kerana dari segi kos roadtax dan insurans y15 boleh anda dapatkan rujukan yang tidak jauh dari harga sebenar yang perlu anda bayar nanti.

Apa itu harga roadtax dan insurans motor y15 ?

Selalunya anda kerap kali keliru akan gabungan kedua harga roadtax dan insurans motor. Seperti aku juga pernah berada di tempat anda ketika baru memiliki motosikal. Ia sebenarnya merupakan satu harga yang perlu anda belanjakan untuk melengkapi harga keseluruhan cukai jalan itu sendiri.

Harga roadtax insuran motor y15 terbahagi kepada harga roadtax motor y15 dan juga harga insuran motor y15. Harga insuran motor y15 perlu anda perbaharui terlebih dahulu.

Baca artikel terkait : Harga roadtax dan insurans motor 150cc

harga roadtax dan insurans motor y15

Selepas dalam sistem Jpj telah menerima dan mengenal pasti bahawa insuran motor y15 anda telah dibuat, maka barulah anda boleh meneruskan langkah seterusnya iaitu membuat roadtax motor y15.

Ketika itulah, anda perlu membayar harga roadtax motor y15 bagi melengkapkan proses keseluruhan harga roadtax dan insurans motor y15. Jadi, berapakah harga roadtax dan insurans motor y15 apabila ianya dijadualkan secara keseluruhan ?

Berapakah harga roadtax dan insurans motor y15 secara keseluruhan berdasarkan tahun penggunaan ?

Berikut merupakan harga roadtax dan insurans motor y15 secara anggaran kasar yang boleh anda lihat dan jadikan panduan. Jadual dibawah adalah berdasarkan market value yang terdekat dan mempunyai NCD(no claim discount) secara meningkat.

TahunHarga roadtax motor y15Market valueNcdHarga insuran motor y15Harga roadtax dan insurans motor y15
1RM2RM12,00010%RM425RM427
2RM2RM10,80015%RM390RM392
3RM2RM9,70020%RM340RM342
4RM2RM8,90025%RM290RM292
5RM2RM8,00025%RM270RM272

Jadual di atas merupakan harga roadtax dan insurans motor y15 yang bermula pada tahun selepas motor anda keluar. Ianya tidak termasuk dengan harga roadtax dan insurans motor y15 yang diuruskan oleh pihak kedai motor pada awal pembelian.

Rujukan di atas sesuai kepada anda yang baru sahaja memiliki motor. Harga roadtax dan insurans motor y15 di atas mungkin mempunyai ralat disebabkan perbezaan dari segi NCD yang mungkin bermula dengan NCD 25% pada awal pembelian oleh kerana sebelum ini mempunyai motor lama yang telah dijual.

4 thoughts on “Harga roadtax dan insurans motor y15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *