Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga tukar bateri kereta Myvi

Harga tukar bateri kereta myvi. Berapakah jumlah yang sepatutnya anda belanjakan bagi harga tukar bateri kereta myvi ?

Kereta perodua myvi merupakan produk tempatan yang terkenal di negara kita. Terdapat ramai antaranya merupakan pemilik muda telah membeli kereta ini.

Sehinggakan kereta myvi ini merupakan keluaran kereta yang paling laris terjual bagi setiap generasinya sejak 2005 lagi.

Bila bercakap sudah memiliki, pasti tidak terkecuali dengan topik maintainence terutamanya bateri kereta myvi.

Apabila tiba tempoh bateri kereta myvi anda telah kehabisan, maka anda wajib untuk tukar bateri kereta myvi ini. Kalau tak tukar bateri myvi ini, kereta pun tidak boleh digunakan bagi urusan harian.

Berapakah harga tukar bateri kereta myvi ?

Setiap generasi mempunyai ciri-ciri yang didatangi dengan kelebihan tersendiri. Jadi, tidak semua bateri kereta boleh digunapakai oleh setiap generasinya.

Namun, ada juga generasi kereta perodua myvi ini boleh menggunakan bateri kereta myvi jenis yang sama seperti generasi yang lama.

Terdapat dua perbezaan bagi ciri-ciri generasi kereta myvi ini iaitu menggunakan eco idle atau pun tidak.

Generasi kereta myvi lama kebanyakkan tidak lagi didatangi dengan eco idle. Manakala, generasi kereta myvi baru sudah mempunyai tambahan eco idle yang membantu penjimatan cas bateri kereta serta penjimatan minyak petrol.

Artikel lanjut tentang : bateri kereta myvi eco idle

Maka, harga tukar bateri kereta myvi turut memberikan perbezaan bagi setiap ciri-ciri generasi yang anda gunakan.

Berikut merupakan harga tukar bateri kereta myvi yang tidak mempunyai eco idle dan mempunyai eco idle :

Generasi myviHarga tukar bateri kereta myvi (jenama yang sama)
Mempunyai eco idleRM320 hingga RM340
Tidak mempunyai eco idleRM190 hingga RM250
Jadual 1 Harga tukar bateri kereta myvi

Adakah cara tukar bateri kereta myvi sama berbanding harga setiap generasinya ?

Walaupun harga bateri kereta myvi boleh kita lihat agak jauh bezanya, namun cara tukar bateri myvi adalah sama.

Jika anda nak lakukan cara tukar bateri kereta myvi sendiri, maka tiada sebarang masalah jika anda sudah biasa cabut dan pasang bateri kereta seperti biasa.

Artikel berkaitan : Cara pasang bateri kereta myvi

harga tukar bateri kereta myvi
Harga tukar bateri kereta myvi

Adakah boleh untuk gunakan bateri kereta myvi yang biasa pada myvi generasi yang mempunyai eco idle ?

Ada yang bertanyakan cara tukar bateri kereta myvi baru itu berlainan ke? Malah, yang membezakan sebenarnya adalah jenis bateri kereta myvi yang digunakan.

Jika diikutkan bateri kereta myvi yang biasa digunakan boleh digunapakai oleh kereta myvi generasi yang mempunyai ciri-ciri eco idle.

Kami faham kadang-kadang ada pemilik nak jimat tentang harga tukar bateri kereta myvi ini.

Cumanya, bateri kereta myvi yang biasa akan cepat kehabisan oleh kerana ianya tidak support untuk jangka masa yang panjang.

Harga bateri kereta myvi advance

Setiap generasi mempunyai spec yang paling tinggi untuk sesebuah kereta myvi yang dikenali sebagai myvi advance. Namun, harga bateri kereta myvi advance mampu mempengaruhi spec myvi yang lain seperti myvi H, myvi X, myvi G, myvi SE serta myvi lagi best ?

Harga bateri Amaron Myvi

Setiap harga bateri amaron yang digunakan oleh kereta myvi mempunyai spesifikasi tertentu yang bersesuaian dengan sistem yang dimiliki bagi setiap generasi perodua Myvi.

Kenal pasti harga bateri amaron myvi berdasarkan kesesuaian serta generasi manakah yang sedang anda gunakan.

Adakah harga bateri kereta myvi mempengaruhi tempoh penggunaan setiap bateri ?

Jika nak dibandingkan dengan harga bateri kereta myvi dengan bateri kereta myvi tahan berapa lama adalah berdasarkan beberapa ciri-ciri yang diperlukan.

Antara ciri-ciri tersebut adalah kadar saiz bateri kereta myvi yang besar digunakan, namun harga tukar bateri kereta myvi akan menjadi lebih tinggi.

5 thoughts on “Harga tukar bateri kereta Myvi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *