Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Kedai motor yang boleh claim insuran motor

Kedai motor yang boleh claim insuran motor. Bagaimanakah untuk mengetahui kedai motor yang boleh membuat claim insuran motor disebabkan oleh kemalangan ?

Claim insuran motosikal merupakan perkara utama sekiranya anda mengalami insiden yang tidak diingini.

Tanpa claim insuran, motosikal anda tidak dapat dibaiki dan dikembalikan kepada keadaan asal setelah ianya mengalami kerosakan.

Antara kerosakan yang membolehkan untuk anda membuat claim insurans motosikal adalah disebabkan kemalangan jalan raya.

Apakah syarat claim insuran motosikal boleh dibuat pada syarikat insuran ?

Berikut merupakan syarat utama bagi anda yang ingin melakukan claim insuran motosikal :

  1. Motosikal anda dalam tempoh dilindungi insuran motor.
  2. Insuran motosikal yang digunakan adalah insuran motor 1st party.
  3. Mempunyai lesen motosikal.
  4. Mempunyai cukai jalan yang masih hidup.

Apakah ciri-ciri kedai motor yang boleh claim insuran motor anda ?

Perkara yang paling jelas untuk anda mudah ketahui ciri-ciri kedai motor yang boleh claim insuran motor anda adalah seperti berikut :

1. Mempunyai signboard atau papan tanda syarikat insuran motor anda

Jika anda sudah biasa dengan pekan atau bandar berhampiran kediaman anda, anda boleh mengenal pasti kedai-kedai motor yang mempunyai signboard pada paparan luar kedai motor tersebut.

Contohnya jika terdapat signboard Etiqa takaful, maka kedai motor tersebut pasti boleh anda anda lakukan claim insuran motor pada kedai tersebut.

Namun, pastikan dahulu pada surat insurans motor anda yang anda sedang dalam tempoh menggunakan insuran motor etiqa takaful.

2. Kedai tersebut mempunyai bengkel motor claim insuran

Kedai motor yang boleh claim insuran motor anda perlulah mempunyai bengkelnya tersendiri.

Ada saja terdapat kedai motor yang hanya menjual motor, namun tidak mempunyai bengkel claim insuran motor.

Manakala terdapat juga bengkel motor yang tidak membuat claim insurans kemalangan motor oleh kerana ianya bukan panel berdaftar dengan syarikat insuran motor anda.

3. Bertanya secara terus pada kedai motor atau bengkel kedai motor

Untuk kedai motor yang hanya mempunyai bengkel sahaja, anda boleh membuat pertanyaan pada kedai motor boleh claim insuran atau pun tidak.

Jika mereka boleh merupakan bengkel motor panel insuran yang berdaftar, maka anda boleh meneruskan proses claim insuran motor pada kedai tersebut.

kedai motor boleh claim insuran motor

Bagaimanakah nak tahu kebenaran tentang kedai motor yang boleh claim insuran motor ?

Pentingnya untuk anda memastikan bahawa sesebuah kedai motor itu adalah betul-betul berdaftar di bawah syarikat insuran motor anda.

Jika anda membuat insuran motor pada sesebuah syarikat insuran, maka anda boleh memastikannya dengan membuat panggilan pada syarikat insuran motor anda.

Tindakan ini sangatlah penting kerana setiap syarikat insuran motor perlu berdaftar secara sah dan baru boleh dipanggil sebagai panel berdaftar.

Contohnya, anda menggunakan syarikat insuran motor zurich takaful, maka buat carian nombor telefon dan lakukan panggilan pada syarikat insuran tersebut pada bahagian claim insuran.

Nyatakan beberapa maklumat seperti nama kedai motor dan tempat bagi pengesahan kedai motor yang anda hantar tersebut adalah panel yang sah dan berdaftar.

Baca juga : Motor hilang boleh claim insuran third party ke ?

One thought on “Kedai motor yang boleh claim insuran motor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *