Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Motor hilang boleh claim insuran third party ?

Motor hilang boleh claim insuran third party. Adakah boleh sekiranya anda mengalami kehilangan motosikal tetapi menggunakan insurans motor 3rd party ?

Fungsi sebenar insurans motor adalah melindungi motosikal anda sekiranya berlaku kemalangan, kecurian mahupun terlibat sekiranya berlaku kebakaran.

Perlindungan kepada motosikal anda sangatlah penting agar anda tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk membaiki motor yang terlibat dengan kemalangan.

Bagaimana pula dengan motor yang hilang akibat dicuri ? Claim insuran motor hilang juga termasuk dalam perlindungan yang ditawarkan oleh pihak syarikat insurans.

Namun, ianya tergantung kepada pilihan jenis insurans motor sama ada 1st party ataupun 3rd party.

Apakah maksud di sebalik persoalan motor hilang boleh claim insuran third party ?

Persoalan di atas mungkin merujuk kepada beberapa situasi yang memungkinkan anda untuk tersalah faham akan ayat tersebut.

Claim insurans motor third party merupakan perlindungan yang dibayar oleh anda sebagai pemilik motor semasa ingin memperbaharui insurans motor dan roadtax motor.

1. Perlindungan insurans 3rd party sekiranya kemalangan

Perlindungan ini sebenarnya adalah diberikan kepada pihak motor lain yang terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian anda.

Contohnya, motor anda terlanggar motor lain dari arah belakang tanpa disengajakan. Pihak motor depan boleh membuat claim ke atas insurans motor anda tanpa perlu menggunakan insurans motor dia sebagai mangsa keadaan.

Manakala, bagi membaiki motor anda pula, anda tidak boleh menuntut sebarang claim insurans motor kerana insurans third party hanya diberikan kepada pihak mangsa yang terlibat.

Jika kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian pihak lain, maka anda boleh membuat claim insurans motor ke atas pihak yang bersalah walaupun anda menggunakan insurans motor third party.

motor hilang boleh claim insuran third party

2. Perlindungan insurans motor 3rd party sekiranya motor hilang

Itu dari segi situasi sekiranya berlaku kemalangan. Bagaimana pula claim insurans third party sekiranya motor hilang ?

Untuk kes kehilangan motor pula lain situasinya. Hal ini kerana, ianya tidak melibatkan kenderaan atau motosikal lain.

Ada yang beranggapan claim insurans third party bagi kes hilang adalah untuk perlindungan motor sendiri.

Namun, situasi tersebut adalah lebih kearah perlindungan kemalangan dan untuk kos membaiki pihak mangsa yang terlibat sahaja.

Baca juga : Bengkel motosikal claim insuran

Apakah boleh motor hilang boleh claim insuran third party ?

Jawapan paling ringkas kepada persoalan motor hilang boleh claim insuran third party atau sebaliknya adalah tidak boleh.

Secara logiknya semasa anda ingin menghidupkan insurans motor, insurans motor third party adalah yang paling murah.

Jika anda rujuk pada surat insurans motor atau polisi insurans ,murah kosnya kerana ianya tidak mempunyai sebarang apa-apa perlindungan (RM0) pada coverage atau market value motor anda.

Ini menandakan setiap kos yang murah pasti mempunyai kekurangannya walaupun anda tahu atau tidak tahu semasa menghidupkan insurans motosikal anda.

One thought on “Motor hilang boleh claim insuran third party ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *