Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Lampu bateri kereta menyala bila langgar air

Lampu bateri kereta menyala bila langgar air. Apakah sebabnya yang perlu anda ketahui sekiranya anda dapati lampu bateri kereta pada meter menyala bila melanggar air ?

Pada musim hujan terutamanya kita kadang-kadang akan melalui saat getir semasa memandu. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa melalui kawasan yang kita langsung tak jangkakan air bertakung.

Air hujan yang bertakung adalah hasil dari hujan lebat berlaku di satu-satu kawasan. Di tambah dengan sistem perparitan yang agak lemah juga menjadi punca air hujan lebat tidak dapat mengalir lalu menyebabkan takungan.

Jika di kawasan yang kita biasa sudah pasti kita dapat agak di mana kawasan yang kerap kali terjadinya air bertakung sebaik sahaja hujan lebat turun.

Namun, apabila anda keluar dari kawasan anda dengan beberapa tujuan seperti bercuti membawa keluarga. Sudah pasti sukar untuk anda mengagak tempat manakah yang sering menjadi spot air naik walaupun dalam kawasan bandar besar.

Justeru, tidak hairan mengapa anda mengalami perkara seperti lampu bateri kereta menyala bila langgar air disebabkan melalui kawasan air takungan yang agak tinggi tanpa ada duga.

lampu bateri kereta menyala bila langgar air
Lampu bateri kereta menyala bila langgar air

Apakah menjadi penyebab kepada lampu bateri kereta menyala bila langgar air berlaku ?

Lambang lampu bateri kereta berfungsi sebagai sensor dimana jika berlakunya sebarang masalah. Lebih-lebih lagi terhadap bahagian bateri kereta yang ianya akan menyalakan lampu bateri kereta tersebut.

Sensor lampu bateri kereta tidak akan menyala sebarangan kecuali jika ianya mempunyai masalah yang tertuju kepada bateri kereta atau terkait rapat dengannya.

Oleh itu, lampu bateri kereta menyala bila langgar air menandakan air tersebut telah mengganggu aliran elektrik pada kereta anda. Hal demikian juga, sewaktu anda melanggar air takungan, percikan air tersebut telah mengganggu pada bahagian alternator kereta anda.

Masalah alternator terganggu juga akan menyebabkan lampu bateri kereta akan menyala bila langgar air. Ia merupakan amaran untuk anda berhati-hati supaya tidak mengharungi air bertakung yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan : Lampu bateri kereta tidak menyala

Apakah lampu bateri kereta menyala bila langgar air ini berbahaya jika masih dibiarkan berlaku ?

Semestinya berbahaya kepada bateri kereta anda dan kereta anda. Jika anda mengharungi kawasan air bertakung yang lebih tinggi, pasti enjin kereta anda akan mati pada waktu itu juga.

Hal ini demikian, bila alternator anda tidak dapat berfungsi, maka enjin kereta anda tidak akan menerima sebarang aliran elektrik. Pada waktu itu jugalah enjin kereta anda akan mati dan seterusnya kereta anda akan tersadai di dalam air bertakung tersebut.

Sekiranya anda tidak lagi melanggar kawasan air bertakung, maka lampu bateri kereta ini tidak akan menyala lagi. Selagi mana anda memandu di kawasan selain dari kawasan seperti banjir, pasti kereta anda tidak menimbulkan lambang atau simbol bateri kereta ini.

Jika anda dapati lampu bateri kereta itu menyala walaupun anda sudah tidak melanggar air bertakung, maka segera rujuk bengkel kereta yang anda sudah biasa melakukan servis kereta anda. Pihak bengkel kereta akan membuat check yang lebih lanjut.

Bagaimana bagi mengelakkan dari lampu bateri menyala bila langgar air ?

1. Memasang cover di bawah kereta

Pemasangan cover di bawah kereta merupakan aksesori tambahan yang boleh anda dapati di kedai aksesori kereta.

Tujuan asalnya bagi memasang cover ini adalah untuk kemasan supaya ianya tidak nampak segala bahan di dalam kawasan bonet dari bawah.

Idea bagi pemasangan cover bawah kereta ini juga boleh anda gunakan supaya dapat mengelakkan lampu bateri menyala bila langgar air.

Namun, bila anda langgar air akan tetap masuk namun kesannya dapat anda dapati berkurangan berbeza jika tidak memasang cover itu langsung.

2. Merancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan

Perancangan perjalanan yang baik adalah anda melihat ramalan kajian cuaca sebelum memulakan pemanduan.

Di sini anda dapat mengelakkan kawasan-kawasan hujan lebat berserta air bertakung yang boleh mengakibatkan lampu bateri kereta menyala bila langgar air berlaku lagi.

Selalunya anda akan mula sedar akan kewujudan lampu bateri kereta menyala bila langgar air bila telah berlaku kepada anda.

Sudah pasti anda amat memerlukan ramalan kajian cuaca bagi mengelakkan dari kejadian ini berlaku lagi.

Bacaan selanjutnya : Lampu bateri menyala

3 thoughts on “Lampu bateri kereta menyala bila langgar air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *