Lampu bateri kereta myvi menyala
Lampu bateri kereta myvi menyala. Apakah punca disebalik munculnya lambang bateri kereta menyala untuk perodua myvi ?
Simbol pada meter kereta myvi merupakan bantuan awal yang telah diciptakan oleh pengilang kereta.
Bantuan yang dimaksudkan adalah melalui pemberitahuan tentang masalah yang sedang dihadapi pada kereta myvi anda.
Oleh itu, anda sebagai pemilik kereta myvi perlu mengambil berat terhadap simbol pada meter kereta myvi anda untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.
Indicator bagi lampu bateri kereta myvi menyala
Di artikel ini akan anda dapat ketahui tentang simbol pada meter bateri kereta myvi terutamanya berkenaan lampu bateri kereta myvi yang menyala.
Myvi lampu bateri menyala merupakan perkara penting yang perlu anda ambil kira. Hal ini kerana, kesan terdekatnya akan boleh menyebabkan kereta anda kehabisan sumber tenaga dari bateri kereta.
Sumber yang mencukupi dari bateri kereta akan memberikan keyakinan kepada setiap perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Jika lampu indikator bateri kereta menyala, ianya perlu diperhatikan melalui beberapa perkara.
Baca selanjutnya : Lampu bateri menyala
Apa yang perlu dibuat sekiranya lambang bateri myvi menyala ?
1. Memastikan keadaan lampu bateri kereta myvi menyala
Antara keadaan lampu bateri myvi menyala adalah ketika :
- Sebelum anda hidupkan enjin kereta myvi
- Ketika enjin kereta myvi baru dihidupkan
- Ketika anda sedang memandu
Ada tiga situasi di atas yang boleh anda kenal pasti keadaannya yang perlu anda ketahui.
2. Adakah enjin kereta susah untuk start
Ketika anda kenal pasti simbol bateri kereta myvi menyala, adakah anda mengalami kesukaran sewaktu ingin hidupkan enjin kereta myvi ?
Situasi ini boleh anda kenal pasti lebih-lebih lagi apabila anda ingin hidupkan enjin kereta myvi pada waktu pagi atau dikenali sebagai “cold start”.
3. Ingat semula bila kali terakhir anda tukar bateri kereta baru
Buat semakkan bilakah tarikh secara tepat bateri kereta myvi anda telah ditukar. Jika belum pernah anda tukar bateri kereta, lambang bateri kereta myvi menyala adalah penentunya supaya anda boleh tukar kepada bateri kereta yang baru.
4. Pergi ke kedai bateri kereta berhampiran
Indicator bagi lampu bateri kereta myvi menyala perlu dirujuk segera ke kedai bateri kereta.
Hal ini kerana, pihak kedai bateri kereta akan membuat check up pada jumlah baki bateri kereta anda.
Minta nasihat dari pihak kedai bateri kereta sama ada bateri kereta masih boleh digunakan dengan hanya mengecas semula atau pun tukar kepada bateri kereta baru.
Penjagaan bagi mengelakkan myvi lampu bateri menyala semula
Kehadiran simbol lampu bateri kereta myvi yang menyala sebenarnya merupakan tanda positif indicator sensor yang mengesan bateri kereta myvi anda adalah dalam keadaan yang baik.
Namun, anda juga tidak disarankan menjadikan kebiasaan bergantung kepada indicator lampu bateri kereta myvi menyala, kemudian baru nak tukar kepada bateri kereta baru.
Hal ini demikian, terdapat juga kejadian dimana bateri kereta myvi kong namun tiada sebarang tanda pada lampu bateri menyala myvi tersebut.
Jadikan rutin untuk menukar bateri kereta myvi anda bermula dari tahun ke 2 hingga tahun ke 3. Jika sudah melepasi tahun ke 3, maka segera tukar kepada bateri kereta baru untuk mengelakkan bateri kereta myvi anda kong pada bila-bila masa.
Pingback: Kenapa lampu bateri kereta menyala ? - Mekanikakereta