Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kelisa yang perlu pemilik tahu

Bateri kereta kelisa. Apakah bateri kereta yang sesuai yang boleh digunakan oleh sebuah kereta perodua kelisa ?

Perodua kelisa merupakan sebuah kereta keluaran tempatan yang dihasilkan di negara kita.

Kereta kelisa menjadi pilihan ramai pada waktu ketika dahulu sehingga sekarang walaupun sudah tidak banyak di atas jalan raya, ianya masih terdapat lagi yang menggunakannya.

Bagusnya produk tempatan kita ini adalah dijadikan sebagai kereta untuk jarak dekat dan dalam masa sama memberikan penjimatan terbaik kepada setiap pemiliknya.

Sehingga sekarang, masih lagi yang mahu mencari dan ingin menggunakannya oleh kerana ketahanan enjinnya yang sangat bagus.

Di artikel ini, kita akan dapat ketahui sedikit sebanyak maklumat tentang bateri kereta kelisa yang di dalamnya mempunyai kalangan bateri kereta perodua yang lain. Manfaat ini patut diketahui oleh bakal atau pemilik terkini.

Bagaimana ingin tahu bilakah perlu anda tukar bateri kereta kelisa ?

Tidak semua orang tahu bilakah waktu yang sesuai untuk tukar bateri kereta terutamanya untuk kereta kelisa ini.

Jika anda sudah tahu, itu adalah bagus. Manakala, jika anda kurang pasti, maka boleh teruskan pembacaan ini.

Antara tanda-tanda bateri kereta kelisa anda perlu ditukar kepada bateri kereta baru adalah seperti berikut :

  1. Terdapat kesukaran untuk anda start enjin kereta kelisa pada waktu pagi sehingga memerlukan melebihi 2 kali dan ke atas untuk hidupkan enjin.
  2. Lampu kereta kelisa anda mula kelihatan malap ketika menggunakan lampu pada waktu malam.
  3. Kelihatan pada meter kereta kelisa anda timbul lambang bateri kereta berwarna merah ketika enjin telah dihidupkan.
  4. Tempoh penggunaan bateri kereta kelisa anda sudah melebihi 2 tahun dan ke atas.

Apakah saiz bateri kereta kelisa yang terbaik boleh anda gunakan ?

Perodua kelisa battery size amatlah mudah untuk dicari. Saiz bateri kelisa adalah berjumlah 40L sahaja iaitu antara saiz bateri 12V bateri kereta yang kecil.

Bagaimanapun, kod bateri kelisa ini boleh anda rujuk dengan contoh seperti NS40ZL merupakan kod yang paling sesuai digunakan oleh kereta kelisa ini.

bateri kereta kelisa

Di manakah tempat untuk membeli bateri kereta kelisa ?

Car battery for perodua kelisa boleh anda dapatkan seperti tempat-tempat berikut :

  1. Kedai menjual bateri kereta. Terdapat kedai bateri kereta yang hanya menjual bateri kereta sahaja. Namun, ianya bergantung hanya kepada beberapa jenama bateri kereta sahaja.
  2. Kedai menjual barangan sparepart pakai buang atau dikenali sebagai wear & tear. Anda boleh membeli bateri kereta pelbagai jenama disini.

Kedua-dua tempat di atas boleh anda tukar secara terus di situ dengan bantuan pihak kedai membantu anda tukar bateri kereta kelisa lama kepada yang baru.

Anda juga boleh menjual bateri kereta lama sekiranya anda ingin tukar terus bateri kereta kelisa baru. Jika anda hanya membeli bateri kereta kelisa dan ingin tukar sendiri di rumah, bateri kereta kelisa yang lama boleh dijual kemudian hari di tempat yang sama.

Berapakah harga bateri kereta kelisa yang berada di pasaran sekarang ?

Kelisa battery price tidaklah begitu mahal kerana masih banyak permintaan di pasaran dan stoknya banyak hampir setiap kedai bateri kereta memilikinya secara majoriti.

Ikuti harga bateri kereta kelisa dan bateri kereta kelisa harga secara anggaran boleh anda rujuk di jadual di bawah :

Jenama bateri kereta kelisaHarga bateri kereta kelisa (kering/dry)
CenturyRM190
AmaronRM210
ExcelRM120
VartaRM220
BoschRM220

Bagaimanakah cara pasang bateri kereta kelisa yang sepatutnya ?

Sekiranya anda ingin menukar bateri kereta kelisa sendiri di rumah, anda boleh mengikut cara di bawah :

  1. Pastikan enjin kereta tidak hidup.
  2. Buka bonet hadapan kereta kelisa anda.
  3. Pastikan kedudukan bateri kereta kelisa.
  4. Buka skru pemegang bateri kereta kelisa (jika ada).
  5. Longgarkan skru pengikat wayar hitam dan merah yang menghubungkan kepada terminal bateri kereta kelisa.
  6. Tanggalkan wayar hitam/ negatif terlebih dahulu dituruti wayar merah/ positif.
  7. Angkat bateri kereta kelisa lama dan bawanya keluar.
  8. Ambil bateri kereta kelisa baru anda beli dan masukkan ke dalam tapat bateri kereta kelisa dengan kedudukan yang sama seperti bateri kereta lama tadi.
  9. Pastikan kedudukan positif dan negatif terminal bateri kereta kelisa adalah betul.
  10. Pasang wayar merah/positif terlebih dahulu kemudian wayar hitam/negatif.
  11. Ikat semua skru pada kedua wayar merah dan wayar hitam dengan kemas.
  12. Pasang semula pemegang bateri kereta (jika ada) dengan ketat bagi mengelakkan bateri kereta kelisa anda bergerak ketika melalui jalan berlubang atau bumper.
  13. Hidupkan enjin kereta.
  14. Selesai.

Pastikan peralatan seperti sarung tangan getah anda gunakan ketika penukaran bateri kereta kelisa ini dilakukan untuk keselamatan.




3 thoughts on “Bateri kereta kelisa yang perlu pemilik tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *