Pasang bateri kereta alarm berbunyi
Pasang bateri kereta alarm berbunyi. Apakah alternatif atau cara sekiranya anda ingin pasang bateri kereta,namun secara tiba-tiba alarm kereta berbunyi ?
Bukan sekadar bunyi yang biasa, akan tetapi bunyi alarm adalah sangat kuat sehinggakan menimbulkan syak wasangka orang keliling.
Takut-takut dituduh pula sebagai pencuri. Minta dijauhkan. Namun, pengetahun ini sangat penting supaya alarm kereta anda tidak mengganggu keadaan persekitaran anda.
Bertambah teruk lagi anda berada di kawasan yang terbuka atau public yang terdedah kepada orang ramai. Agak segan juga begitu.
Bagaimana boleh terjadi semasa pasang bateri kereta alarm berbunyi ini ?
Kisahnya aku juga pernah mengalami masalah alarm kereta berbunyi kuat sewaktu bateri baru dipasang pada kereta aku.
Punyalah terkejut sewaktu itu kerana tak sangka betul perkara ini boleh terjadi. Mengikut pemahaman aku, sebab utamanya adalah sewaktu anda membuka pintu kereta menggunakan kunci kereta secara manual.
Padahal, sebelum anda membuka kunci kereta secara manual, anda lock kereta tersebut menggunakan alarm kunci sebagai alternatif biasa.
Disebabkan inilah, fungsi alarm kereta telah disetting untuk setiap kereta kerana faktor-faktor keselamatan bagi mencegah dari berlakunya kes kecurian.
Apakah tindakan bagi mengelakkan alarm berbunyi semasa pasang bateri kereta dilakukan ?
Apabila bateri kereta baru dipasang, ini bermakna cas elektrik telah mula masuk dan terus fungsi dalaman kereta berjalan seperti biasa.
Adalah sebaiknya bagi anda bersedia memegang alarm kunci kereta sebelum ianya mula berbunyi.
Baca juga : Cara pasang bateri kereta positif negatif
Pasang bateri kereta alarm berbunyi
Sewaktu kedua wayar positif dan negatif telah dipasang pada bateri kereta baru, maka alarm kereta akan berbunyi. Maka, anda hendaklah menekan butang on/off pada kunci alarm kereta anda.
Ianya akan memberi tindak balas menutup dan membuka semula lock kereta anda secara keseluruhan. Manakala, secara tidak langsung bunyi alarm kereta anda akan dimatikan secara auto.
Adakah pasang bateri kereta alarm berbunyi ini akan terjadi kepada semua jenis situasi ?
Kategori situasi yang boleh terjadinya alarm berbunyi ini hanya kepada anda yang mengalami bateri kereta habis sepenuhnya.
Misalnya, kereta anda tersebut sudah lama tidak dihidupkan enjinnya sehingga ianya tersadai melebihi minggu, bulan malah ada juga bertahun.
Sudah pasti, bateri kereta tersebut tidak memberi sebarang tindak balas langsung bermula dari anda menekan kunci alarm untuk membuka lock pintu kereta.
Seterusnya, bila anda dah buka lock pintu kereta guna kunci secara manual, masuk sahaja kunci kereta tersebut untuk hidupkan enjin kereta.
Apa yang anda akan alami adalah seperti berikut :
- Tiada sebarang paparan yang menyala pada meter kereta.
- Sewaktu anda nak hidupkan enjin kereta, tiada sebarang tindak balas atau respon malah tiada bunyi langsung keluar dari petikkan kunci kereta anda.
Pingback: Cara pasang bateri kereta positif negatif - Mekanikakereta