Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kong yang sedang anda alami

Bateri kereta kong. Apakah tanda-tanda atas punca yang sedang anda hadapi semasa bateri kereta anda kong ?

Apakah situasi yang sedang anda alami sewaktu bateri kereta kong ini terjadi ? Lain orang lain situasinya. Namun, ada orang mempunyai sama masalah dengan kita.

Setiap dari kita tidak sama melalui bateri kereta kong ini. Jadi, di artikel inilah secara mendalam anda boleh membuat sedikit sebanyak rujukan berkenaan situasi anda.

Kelebihan untuk anda yang mengetahui bateri kereta kong adalah anda mampu mencegah dari awal dari kereta anda tiba-tiba tersadai di tepi jalan.

Malah, sekiranya ia sedang terjadi kepada anda, kelegaan masih boleh anda rasakan kerana ianya hanyalah masalah bateri kereta kong.

Ada di antara kita, jika kereta breakdown, pasti berasa risau tentang apakah yang terjadi kepada kereta. Padahal, kereta masih baru dan servis minyak hitam menepati masa.

bateri kereta kong
Bateri kereta kong

Kenapa bateri kereta selalu kong ?

Tak semua yang mengalami situasi bateri kereta selalu kong ini. Namun, ianya perlu anda ketahui apakah punca bateri kereta kong.

Kadang-kadang ada orang cakap ia merupakan nasib. Nisbah dalam 100 biji bateri kereta yang dibeli, pasti ada 1 bateri kereta yang mempunyai masalah ini.

Namun, jika dah terjadi kepada anda beberapa kali, pasti ada sesuatu yang perlu anda lebih mendalam mengetahuinya.

Oleh itu, rujuklah kedai bateri kereta atau bengkel kereta yang berkemahiran mengenai bateri kereta yang pasti mempunyai kaitan dengan masalah kereta anda juga.

Namun, sebelum nak rujuk terus ke kedai bateri kereta, sangatlah digalakkan untuk anda tahu sebanyaknya tentang bateri kereta kong di sini agar anda anda mempunyai walaupun tidak banyak, tetapi sedikit ilmu pengetahuan itu juga sangat penting.

Tanda-tanda bateri kereta kong

Ada beberapa tanda bateri kereta kong yang boleh anda kenal pasti dari awal lagi sebelum ianya berlaku. Antaranya adalah seperti di bawah :

  1. Start enjin sebanyak melebihi 1 kali daripada yang biasa.
  2. Keluar tanda atau simbol bateri kereta yang menyala pada paparan meter kereta.
  3. Secara tiba-tiba kereta mengeluarkan bunyi alarm kereta.
  4. Sekiranya anda sedang mengalami situasi tidak boleh membuka lock kereta menggunakan alarm kunci kereta.

Ada beberapa tanda bateri kereta kong anda boleh lihat dan laluinya sendiri. Bila dah tahu, pastikan anda alert dengan situasi yang akan datang terjadi kepada kereta anda.

Berikut merupakan peneragan terhadap tanda-tanda bateri kereta kong :

1. Start enjin kereta melebihi 1 kali

Tanda bateri kereta kong ini tidaklah terlalu ketara. Jika anda hanya mengalaminya sekali sahaja dalam seminggu, ia bukanlah tanda bateri kereta kong yang kuat untuk anda klasifikasikan sebagai kehabisan bateri kereta.

Sekiranya kerap ianya terjadi sewaktu start enjin kereta terutamanya pada waktu pada anda start enjin, maka ianya merupakan tanda bateri kereta kong yang awal.

Ianya tidak tertakluk kepada tanda bateri kering kereta kong sahaja, malah juga untuk bateri kereta basah.

2. Simbol bateri kereta

Sebaik sahaja kereta anda dah dihidupkan enjin kereta, anda akan perasan simbol bateri kereta akan menyala pada paparan meter kereta anda. Nyalaan simbol bateri kereta itu akan keluar lebih kurang 1 hingga 2 saat sahaja.

Itu menandakan tanda bateri kereta kong akan terjadi dalam masa terdekat. Tetapi pastikan terlebih dahulu ianya terjadi dalam beberapa hari anda perasan ianya mula mengeluarkan simbol bateri kereta itu.

3. Alarm kereta berbunyi

Alarm kereta berperanan mengeluarkan bunyi dan memberikan amaran kepada persekitaran akibat dari pencerobohan pada kereta melalui pintu kereta secara tidak sah.

Jangan terkejut jika tiba-tiba alarm kereta anda tiba-tiba sahaja berbunyi walaupun tiada berlaku sebarang pencerobohan. Hal ini kerana, tanda bateri kereta kong akan berlaku alarm berbunyi secara tiba-tiba.

Alarm kereta berbunyi sendiri ini menandakan amaran kecil supaya anda beri perhatian kepada tahap kurangnya cas bateri kereta anda sebelum ianya kong secara sepenuhnya.

4. Lampu amaran bateri menyala

Lampu pada meter yang timbul simbol bateri kereta akan menyala sekiranya bateri kereta anda hampir kehabisan.

Tanda bateri kereta cepat kong ini juga boleh akan perasan sebaik sahaja enjin kereta baru sahaja dihidupkan.

Lampu bateri menyala sebelum start enjin itu bukanlah tandanya. Lampu amaran bateri kerete menyala sebaik sahaja kereta telah anda start.

Manakala, bila nak start enjin kereta tiada sebarang lampu yang menyala pada meter itu adalah tanda bateri kereta kong yang paling ketara.

tanda bateri kereta kong

Punca bateri kereta cepat kong paling top

Bila tiba masa tarikh ianya luput, pasti ia menjadi punca bateri kereta kong. Namun, berbeza pula sekiranya punca bateri kereta cepat kong atau habis ini terjadi kepada anda.

Sebelum ini guna kereta lain tidaklah begitu cepat bateri kereta kong. Kereta yang digunakan kali ini pula meragam bateri kereta cepat kong.

1. Jarang menghidupkan enjin kereta

Terdapat beberapa perkara menjadi punca bateri kereta anda cepat kong atau lemah. Antaranya adalah disebabkan kereta anda adalah sangat jarang digunakan.

Sebaiknya dalam menggunakan sesebuah kereta itu, anda perlu maintain dengan cara paling kurang 3 hari sekali untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.

2. Terlalu banyak menambah dan ubahsuai barangan gadget dalaman kereta menjadi punca bateri cepat kong

Apa kaitannya dengan kenapa bateri kereta cepat habis dengan pengubah suaian ini ? Kebanyakkan dari kita sekarang terlalu mengikut trend semasa membuat ubahsuai serta menambah barangan gadget dalam kereta. Antara contoh gadget tambahan dalaman kereta adalah lampu lining sepanjang pintu kereta.

Tambahan pula, ada yang suka menambah meter tambahan pada kereta yang dipanggil seperti 3 beradik, 5 beradik mahupun 7 beradik. Hal ini tentu membawa kesan kepada penggunaan yang lebih sesebuah bateri kereta.

Bahkan, bateri kereta akan cepat kong jika anda membuat pengubahsuaian berlebihan. Lebih buruk lagi akan memberi kesan lain seperti litar pintas pada wiring kereta.

Disebabkan kereta dah cantik, punca bateri kereta cepat kong ini perlulah anda sedari sebelum membuat pemasangan barangan gadget tambahan itu lagi supaya anda tidak terkejut dengan perubahan ini.

3. Minyak enjin yang tidak dijaga dengan baik

Penjagaan sesebuah enjin memberi kesan kepada bateri kereta kong cepat atau pun mengikut masa yang kebiasaannya ia akan habis. Biasa bateri kereta kong mengambil masa 2 tahun hinggalah ke 3 tahun paling lama.

Akan tetapi, jika bateri kereta anda cepat kong di bawah waktu 2 tahun dari kebiasaan ini, perhatikan pada penjagaan minyak enjin kereta anda. Apakah betul sebab bateri kereta cepat habis terkait dengan penjagaan minyak enjin kereta anda ?

Adakah anda sering melewati jangka masa tukar minyak enjin kereta? Adakah anda mengikut kilometer atau milage yang sepatutnya disarankan oleh pihak servis centre kereta anda atau kedai yang anda tukar minyak enjin kereta sebelum ini.

Bagaimana nak tahu minyak enjin perlu ditukar bagi mengelakkan bateri kereta cepat kong tanpa melihat milage dan dalam masa yang sama tidak ingat bila kali terakhir tarikh anda tukar minyak enjin kereta?

Senang sahaja iaitu anda boleh merasai kereta anda berasa berat semasa menekan minyak kereta secara drastik. Itu tandanya minyak enjin kereta anda perlu bekerja keras bagi menggerakkan kereta anda dan dalam masa yang sama akan menarik elektrik dalam bateri kereta dengan banyak.

punca bateri kereta cepat kong

Bateri kereta kong tak sampai setahun

Jika anda mengalami masalah bateri kereta kong tak sampai setahun sudah tentu anda berasa hairan. Apa perlu buat jika bateri kereta kong untuk situasi ini ?

Memang patut anda berasa hairan, hal ini bukan perkara yang biasa. Walaupun bateri kereta kong anda baru sahaja mencecah setahun, pasti ada masalah disebaliknya.

Adakah anda boleh membuat claim warrantly bagi kes bateri kereta kong tak sampai setahun ini ? Tapi sebelum itu, anda wajar semak semula cara kegunaan anda bagaimana.

Benda ini akan ditanya kelak sekiranya anda terburu-buru dalam membuat claim warrantly bateri atau menyerang kedai bateri kereta.

Ada beberapa faktor menjadi penyebab bateri kereta kong tak sampai setahun yang bermula dari pihak anda sebagai pengguna.

Mengapa terjadinya bateri kereta kong tak sampai setahun ?

Ada beberapa perkara yang boleh anda perhatikan sebaik sahaja anda dah dapat tentukan bateri kereta anda dah kong tak sampai setahun.

Antaranya adalah seperti di bawah :

1. Sangat jarang start enjin kereta

Jika anda sangat jarang start enjin kereta sudah tentu anda juga jarang menggunakan kereta tersebut.

Terutamanya jika anda mempunyai kereta lain untuk ke tempat kerja atau menggunakan motor sebagai kenderaan alternatif ke tempat kerja.

Namun, sekiranya anda hanya membiarkan kereta tersebut tanpa digunakan atau start secara berkala seperti melebihi sebulan sekali atau lebih, ianya pasti akan kong dengan cepat.

Jangan hairan bila anda baru sahaja tukar bateri kereta dalam tahun yang sama, bila tiba nak hidupkan enjin kereta ianya tidak memberi kerjasama.

2. Tidak menjaga servis enjin kereta dengan baik

Apa kaitannya dengan penjagaan servis minyak enjin kereta anda? Semakin lama anda tidak tukar minyak enjin kereta, maka semakin bekerja keras kereta anda dalam melakukan pergerakan.

Hal ini juga berkait rapat dengan sistem aliran tenaga elektrik dalam kereta anda. Tenaga elektrik yang digunakan atau ditarik akan menjadi tinggi supaya dapat mengekalkan pengoptimum keseluruhan kereta anda.

Oleh itu, jika anda menjaga tempoh servis kereta anda, maka bateri kereta anda juga akan turut terjaga dengan mengikut tempoh ianya kong.

3. Kualiti bateri kereta

Barangan pakai buang ini semestinya daripada 1000 biji, pasti ada 1 akan menjadi masalah atau kurang bernasib baik.

Begitu juga bagi sesebuah bateri kereta. Walaupun, anda membeli bateri kereta yang mempunyai jenama terbagus sekalipun, jika kurang bernasib baik, pasti perlu tukar kepada bateri kereta yang baru.

Namun, sebelum membeli yang baru, pastikan anda merujuk kedai bateri kereta yang sebelum ini anda beli dengan membuat rujukan pada warrantly yang disedikan.

Lain syarikat bateri kereta, lain terma dan syarat yang dikenakan oleh mereka. Rujuk mereka terlebih dahulu tanpa mengharapkan dapat tukar bateri kereta baru secara percuma.

Kebanyakkan dalam warrantly tidak menyediakan bateri kereta yang baru bagi masalah bateri kereta kong tak sampai setahun.

Langkah-langkah mengatasi bateri kereta kong tak sampai setahun

Bila masuk bab cara atasi bateri kereta kong tak sampai setahun ini, kita boleh rujuk punca di atas seperti yang telah dibincangkan.

Langkah-langkah di bawah adalah seperti berikut :

1. Kerap menghidupkan enjin kereta

Perbuatan ini adalah sangat digalakkan seminggu 2 hingga 3 kali supaya penggunaan bateri kereta anda ditahap yang baik.

Kekerapan ini ditambah dengan seminggu sekali dengan membawa kereta tersebut walaupun berjalan di kawasan taman, kampung atau ke kedai runcit berdekatan.

2. Servis minyak enjin kereta mengikut jadual

Ada dua saranan dalam penjagaan minyak enjin kereta yang akan memberi kesan kepada aliran cas bateri kereta anda.

Pertama adalah servis minyak enjin berdasarkan milage atau kilometer. Ada minyak enjin disarankan ditukar 5,000km sekali. Manakala, ada juga 7,000km sekali serta 10,000km sekali penukaran minyak hitam.

Selain itu, cara kedua adalah mengikut tempoh seperti 6 bulan sekali walaupun minyak enjin yang anda gunakan itu belum mencapai 10,000km.

bateri kereta kong tak sampai setahun
Bateri kereta kong tak sampai setahun

Bateri kereta kong lama tak start

Adakah benar bateri kereta boleh menjadi kong kerana lama tak start ?

Mengikut pengalaman aku sendiri adalah betul dan benar bateri kereta kong lama tak start. Dahulunya aku menggunakan motor sahaja untuk pergi balik tempat kerja.

Jadi, memandangkan kereta aku adalah sangat jarang digunakan dan dalam masa yang sama dengan kesibukan aku dalam bekerja di luar kawasan.

Oleh itu, kereta tersebut sudah lama tidak start padahal bateri kereta baru 1 tahun ditukar kepada yang baru.

Lebih kurang 1 bulan jugalah kereta aku tu tak dihidupkan enjinnya. Aku hanya membiarkannya sahaja tanpa risau dan banyak fikir.

Satu hari tiba masa aku nak hidupkan enjin kereta itu, ia bermula dengan tidak respon apabila menggunakan kunci alarm kereta.

Aku pun terus sudah agak masalah yang bakal aku hadapi adalah bateri kereta kong disebabkan lama tak start.

Apakah penjelasan disebalik bateri kereta kong lama tak start ?

Penjelasannya adalah mudah dan mengikut logik. Bateri kereta kong lama tak start adalah tidak mengalirkan sebarang cas elektrik bagi sebuah kereta.

Lama kelamaan aliran cas bateri kereta yang tersimpan dalam bateri kereta akan dialirkan ke bumi melalui badan kepada tayar kereta seterusnya ke permukaan bumi.

Dan disebabkan inilah aliran cas dalam bateri kereta akan berkurangan dan terbazir dengan cepat dan terjadikan bateri kereta kong lama tak start.

Sekiranya anda melakukan 1 minggu sekali start enjin kereta, hal bateri kereta kong juga bakal berlaku, namun, tidak secepat tidak start kereta langsung untuk jangka masa yang lama.

Bagaimanakah caranya bagi mengelakkan bateri kereta kong disebabkan lama tak start ?

Caranya ini merupakan langkah yang diambil dari awal. Namun, bukan untuk sebaik sahaja kereta anda sudah lama tidak anda start.

Langkah awal ini adalah bagus sekiranya anda lakukan kerana beberapa perkara iaitu :

Hendak ke luar negara atas beberapa urusan dalam masa yang lama contohnya percutian mahupun bekerja.

Sibuk bekerja tidak sempat untuk menghidupkan enjin kereta pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Memiliki kereta lebih dari 2 sehingga tidak dapat fokus dalam penjagaan kesemua kereta.

Cara yang paling mudah bagi mengelakkan bateri kereta kong lama tak start adalah dengan mencabut wayar positif dan negatif pada panel bateri kereta.

Dengan cara ini bateri kereta tersebut tidak akan terjadinya kong atau cepat habis. Namun, perlu diingatkan tempoh masanya perlulah anda ikuti semenjak ianya dibeli.

Hal ini kerana, tempoh sesebuah bateri kereta juga mempunyai hayatnya walaupun anda tidak menggunakannya.

bateri kereta kong lama tak start
Bateri kereta kong lama tak start

Adakah betul anda hadapi masalah bateri kong atau alternator ?

Kebanyakkan ramai yang keliru dengan masalah bateri kereta kong atau pun alternator yang sudah rosak.

Kedua ini sangat berkait rapat. Namun, paling ketara jika mempunyai masalah alternator adalah semasa enjin kereta hidup, terdapat bunyi yang bising datang dari hadapan bonet kereta.

Namun, ada lagi beberapa cara untuk anda tahu adakah masalah yang anda sedang lalui itu merupakan bateri kong atau alternator.

Bagaimana cara nak tahu masalah bateri kereta kong atau alternator ?

Ada beberapa cara yang anda boleh kenalpasti sekiranya anda mempunyai masalah bateri kereta kong atau alternator antaranya adalah :

1. Start enjin kereta

Sekiranya anda mempunyai masalah bateri kereta kong, maka kereta anda tidak boleh dihidupkan langsung. Semasa enjin nak dihidupkan, ternyata pada paparan meter kereta tidak mempunyai nyalaan lampu langsung. Ada juga mempunyai “tak tak tak” dan ia menandakan bateri kereta anda dah lemah dan hampir kong.

Manakala, sekiranya anda mempunyai masalah alternator, enjin kereta anda masih lagi boleh dihidupkan seperti biasa.

2. Terdapat bunyi dari bonet hadapan

Untuk masalah bateri kereta, tiada sebarang kaitan bunyi yang keluar dari hadapan bonet kereta. Berbeza pula dengan masalah alternator yang sudah teruk, terdapat bunyi yang agak kuat keluar dari bonet hadapan kereta.

Bagi masalah alternator yang tidak ketara, ada kemungkinan bunyi yang dihasilkan tidak kuat seperti ianya sudah teruk.

3. Mencabut wayar bateri kereta sewaktu enjin dihidupkan

Terdapat kesan paling ketara yang boleh anda ketahui sama ada masalah bateri kong atau alternator ini. Anda boleh menguji dengan mencabut wayar pada terminal bateri kereta semasa enjin kereta hidup.

Keputusan bateri kereta kong atau alternator adalah seperti berikut :

PerkaraKeputusan
Bateri kereta kongTidak memberi respon
Masalah alternatorBeri respon
Bateri kereta kong atau alternator

Tidak respon walaupun jika masalah bateri kong yang dimaksudkan di atas adalah semasa enjin kereta hidup, bila anda mencabut wayar salah satu atau kedua dari terminal bateri kereta, ia masih kekal berfungsi dan enjin tetap hidup dengan baik.

Manakala, respon yang diberikan sekiranya terdapat masalah alternator pada kereta anda ialah enjin kereta anda akan terpadam atau mati sebaik sahaja wayar positif atau negatif atau kedua wayar ini dicabut dari terminal bateri kereta.

Apakah langkah boleh dibuat sebaik sahaja antara bateri kong atau alternator ini diketahui ?

Jika bateri kereta kong, maka, tukar bateri kereta anda kepada yang baru. Manakala, jika anda dapati alternator anda yang bermasalah, maka rujuklah bengkel kereta supaya anda menukar alternator yang baru.

Oleh itu, anda juga perlu minta nasihat dari bengkel kereta adakah perlu untuk ganti bateri kereta yang baru atau pun tidak sekiranya masalah alternator anda telah dibaiki.

bateri kereta kong atau alternator

Bateri kereta kong lupa tutup lampu

Dalam situasi ini merupakan dari kecuaian anda sendiri. Walaupun sengaja atau pun tidak, bateri kereta kong lupa tutup lampu ini akan berlaku sekiranya ia kerap berlaku.

Sebaiknya elakkan perkara ini berlaku kerana penggunaan lampu kereta semasa enjin kereta tidak hidup akan memberi kesan bateri kereta kong.

bateri kereta kong lupa tutup lampu
Bateri kereta kong lupa tutup lampu

Ia bakal memendekkan tempoh hayat bateri kereta anda. Bayangkan sepanjang malam lampu kereta anda menyala dan menggunakan elektrik di dalam bateri tersebut sepenuhnya.

Mengapakah apabila menggunakan lampu kereta dan bateri kereta akan digunakan sepenuhnya ketika enjin kereta tidak dihidupkan?

Apakah kemungkinan lain yang bakal berlaku akibat bateri kereta kong lupa tutup lampu ?

Bagaimana bateri kereta kong lupa tutup lampu itu terjadi ?

Ada dua jenis lampu pada bahagian kereta yang ada kebarangkalian mudah untuk kita lupa tutup tersebut. Iaitu lampu hadapan kecil atau lampu besar. Namun, kerap kali bahagian lampu kecil kereta sering terlupa untuk anda tutup.

Bateri kereta kong lupa tutup lampu hadapan kereta

Pengalaman aku sendiri sewaktu parking bertingkat terjumpa kereta terlupa tutup lampu kecil. Kalau seharian tidak ditutup boleh membawa kepada bateri kereta kong.

Selain itu, ada kereta mempunyai sensor jika anda terlupa nak tutup lampu kereta. Maka sensor tersebut akan bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi dari dalaman kereta.

Pernah terjadi kepada aku sendiri, lupa nak tutup lampu kecil kereta. Apabila dah padam enjin kereta, tiba-tiba ada bunyi sensor. 5 minit juga aku cari sebab apa sensor itu mengeluarkan respon bunyi.

Rupa-rupanya lampu depan kecil kereta tidak dipadam. Itu kalau kereta ada sensor, kalau tiada, maka inilah punca kepada bolehnya terjadi bateri kereta kong lupa tutup lampu.

Bateri kereta kong lupa tutup lampu di bahagian dalam kereta

Kedua, lampu dalam kereta. Sama ada ianya terletak pada tengah bumbung kereta atau bahagian berdekatan cermin tengah kereta.

Selalunya pasti ada setting pada lampu kereta tersebut iaitu guna on, door atau off light. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

Boleh terjadi jika dah tekan on tapi lupa nak off kembali lampu tersebut. Manakala, setting kepada door pula kemungkinan besar tidak akan terjadi lupa tutup lampu.

Hal ini kerana, bila pintu kereta dh dikunci atau locked dari luar, sudah pasti pintu kereta ditutup dengan rapat dan kemas.

Oleh itu, apabila pintu dah rapat bermaksud lampu dalaman kereta juga akan automatik terpadam. Kecuali anda lupa nak kunci kereta dalam masa yang sama pintu ditutup tidak rapat.

Keboleh terjadinya perkara ini mungkin akan berlaku kepada sesiapa yang nak cepat untuk masuk ke rumah disebabkan segera nak ke tandas. Habis semua benda ditinggalkan. Walaupun anda seorang yang alert setiap masa. Kecuaian ini boleh berlaku diwaktu yang tidak dijangka.

bateri kereta kong lupa tutup lampu
Bateri kereta kong lupa tutup lampu

Adakah benar bateri kereta akan kong disebabkan lupa tutup lampu kereta ?

Sewaktu kita memandu, penggunaan bateri kereta adalah dibantu oleh alternator kereta yang bertindak sebagai dinamo untuk mengalirkan aliran elektrik mahupun eletronik ke seluruh bahagian kereta yang diperlukan.

Mengikut pengalaman, bateri kereta akan digunakan sepenuhnya sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Oleh itu, potensi untuk bateri kereta kong lupa tutup lampu itu adalah tinggi.

Apakah penentu kepada bateri kereta kong lupa tutup lampu ini ?

Walaupun anda pernah melalui perkara ini, penentu kepada bateri kereta kong disebabkan lupa tutup lampu ini adalah kepada masa. Berapa lamakah tempoh lampu kereta anda itu dibiarkan terbuka ?

Adakah terbiar sehari semalaman lampu kereta itu terbuka? Atau ianya hanya sebentar sahaja 1 hingga 2 jam ? Disinilah akan menentukan bateri kereta kong akan cepat berlaku atau pun tidak.

Apakah langkah yang boleh anda lakukan selepas berlakunya lampu kereta lupa ditutup ini?

Kenal pasti berapa lamakah lampu kereta anda tidak ditutup terlebih dahulu. Jika anda kurang pasti, dalam masa terdekat anda perlu mengenal pasti tanda bateri kereta kong terlebih dahulu.

Selain itu, sekiranya sudah lama lampu kereta anda terbuka, anda boleh merujuk kedai bateri kereta terdekat untuk check berapa voltan baki bateri kereta anda walaupun bateri kereta anda itu baru sahaja anda beli.

Anda tidak perlu risau jika lampu kereta anda terbuka 1 hingga 2 jam. Namun, perlu berjaga-jaga juga jika bateri kereta anda sudah lama tidak ditukar kepada yang baru.

Bila anda dah dapat pastikan bateri kereta kong terjadi kepada kereta anda, maka anda boleh lakukan beberapa perkara seperti cara di bawah :

Kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada bateri kereta jika mengalami lupa tutup lampu kereta

Bagi kesan jangka pendek, tiada sebarang perkara akan terjadi kepada bateri kereta anda. Namun, untuk kesan jangka panjang, tempoh ketahanan waktu bateri kereta anda untuk kong akan menjadi singkat.

Sudah tentu anda tidak boleh ulangi kecuaian lupa tutup lampu kereta ini terjadi lagi. Jika ianya kerap terjadi, maka, siap sedia sekiranya bateri kereta kong lupa tutup lampu itu kerap berlaku walaupun dalam tahun yang sama baru bateri kereta ditukar.

Bateri sel basah kong

Bateri kereta basah yang anda gunakan perlu dipastikan bahawa ianya dimaintain dengan baik atau sebaliknya.

Jika sebaliknya, maka akan terjadi bateri sel basah kong tanpa anda duga kerana berlaku di luar waktu yang dianggarkan.

Ada cara untuk anda check terlebih dahulu sebelum anda nak tentukan bateri sel basah itu kong atau pun masih boleh digunakan lagi.

Jika sudah beberapa kali bateri kereta basah anda tidak memberikan kerjasama, maka anda perlu membuat sesuatu dengan menukar kepada yang baru.

Bagaimana nak menentukan bateri kereta basah anda kong ?

Sudah tentu sebelum anda nak klasifikasikan bateri kereta kong, perlu anda melihat dahulu jenis bateri kereta apakah yang anda sedang gunakan dalam bonet kereta anda.

Jika kita tak biasa, pasti kita ingat semua bateri kereta itu adalah sama sahaja untuk semua kereta. Namun, terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu bateri kereta basah serta bateri kereta kering.

Dalam nak menentukan bateri manakah yang sedang anda gunakan sekarang adalah dengan membuka bonet kereta anda. Lihat pada permukaan bateri kereta yang terdiri daripada beberapa bentuk pada permukaan atas bateri kereta tersebut.

bateri kereta sel basah kong
Bateri kereta sel basah kong

Jika anda melihat gambaran di atas, pada permukaan atas bateri kereta, akan terlihat deretan skru yang menutupi bahagian tempat isinya air bateri kereta.

Di situlah anda boleh pastikan dan klasifikasikan bateri kereta yang sedang anda gunakan adalah jenis basah atas sel basah.

Anda boleh membuka skru tersebut dan melihat sendiri sama ada baki semua dalam kawasan skru tersebut masih mempunyai air bateri atau pun tidak.

Pesanan : Jika anda kurang pasti, lebih baik rujuk pada pihak yang lebih mahir.

Adakah terdapat tanda bateri kereta sel basah kong ?

Bateri sel basah kong juga mempunyai tanda sebelum ianya akan kong atau habis tempohnya. Antara tanda yang paling ketara anda boleh sedar adalah akan keluar atau menyala simbol bateri kereta pada paparan meter kereta sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.

Namun, anda sewajarnya perhatikan dengan betul kereta simbol bateri kereta yang menyala itu tidak akan lama. Ianya adalah sekitar 1 hingga 3 saat ketika enjin baru sahaja dihidupkan.

Lebih ketara lagi tips ini anda boleh gunakan sewaktu start enjin kereta pada waktu pagi sebelum bergerak ke tempat kerja.

Cara paling cepat nak selesaikan bateri kereta sel basah kong

  1. Beli air bateri kereta di petronas, shell atau jenama yang diyakini ianya air bateri kereta. Jangan gunakan air selain dari beli di tempat tersebut.
  2. Buka semua skru pada bahagian air bateri kereta basah anda.
  3. Isikan air bateri mengikut jumlah takat yang boleh dirujuk dari bahagian tepi bateri kereta yang telah disediakan.
  4. Tutup semula semua skru dengan baik.
  5. Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit.
  6. Hidupkan enjin kereta.

Kelebihan menggunakan bateri kereta kering adalah dari segi ketahanannya. Hanya dengan menjaga air bateri kereta, bateri kereta sel basah kong masih boleh diselamatkan lagi.

Tetapi perlu diingatkan, tidak selamanya bateri ini akan dapat dikekalkan dengan menjaga air bateri. Jika sudah mencapat sehingga 6-7 tahun dan ke atas, maka bateri kereta sel basah kong betul-betul berlaku dan digalakkan untuk menggantikannya yang baru.

Bateri kering kong

Berbeza pula dengan bateri kereta kering. Bateri kereta kering agak mudah sedikit untuk anda menjaganya.

Namun, tidak lah mudah seperti yang disangka. Jika bateri kering kong, perlu tahu juga tatacara dalam mengetahui ianya telah betul-betul kong atau masih boleh dicas lagi.

Bateri kering kereta ini boleh dicas semula. Namun, ia juga mempunyai limitnya tersendiri. Bila dah cas, bukan bermakna ianya akan bertahan sama seperti anda beli bateri kereta yang baru.

Ianya perlu dilihat melalui kondisi atau keadaannya juga. Agak-agak berapa kali boleh anda cas bateri kering kong ini ?

Kereta auto bateri kong rumit ke nak handle ?

Bagaimana pula nak hadapi dan selesaikan masalah kereta yang mempunyai transmisi auto dalam masa yang sama bateri kong ini ?

Kalau dah betul-betul kong, silap hari bulan hanya tersadai sahaja tepi jalan jika anda berada di luar. Begitu juga jika kereta masih berada di rumah.

Apakah yang boleh anda lakukan sekiranya kereta auto bateri kong ini terjadi kepada anda ?Kalau boleh kita elak-elakkanlah terjadinya kes kereta auto bateri kong ini.

Hal ini kerana, jika anda berada di luar atau di tempat kerja dan suasana pula pada tengah malam, maka memang tak boleh buat apa dah.

Lebih-lebih lagi sekiranya kereta anda tidak mempunyai sebarang towing insurans yang disedikan kepada anda. Lebih teruk jika kereta auto bateri kong anda berada di kawasan parking bertingkat di pusat membeli-belah.

Adakah terdapat beza terhadap bateri bateri kong sama ada menggunakan gear auto atau manual ?

Kedua transmisi gear ini digunakan di seluruh dunia bagi sebuah kereta. Bila ianya dikaitkan dengan bateri kereta ketika ianya kong, pasti ada beza cara untuk anda mengawal dan atasi perkara ini.

Kereta auto bateri kong lebih rumit untuk ianya dihadapi dibandingkan kereta yang menggunakan transmisi manual.

Seperti yang kita tahu untuk kereta yang menggunakan gear manual, jika bateri kereta kong, anda mampu usahakan lagi dengan cara hidupkan enjin kereta manual dengan mendapatkan bantuan orang lain untuk menolak dan menghidupkan enjin kereta tersebut.

Manakala, kereta yang menggunakan gear automatik tidak boleh menggunakan cara sama seperti kereta gear manual. Namun, pasti ianya boleh diselesaikan juga dengan cara hidupkan enjin kereta auto dengan betul.

Tambahan pula, jika bateri kereta kong itu tidak langsung memberikan apa-apa respon dengan merujuk kepada meter kereta semasa kunci itu telah ditujukan pada “ON”, ini bermakna ianya tidak boleh diselamatkan selain menukar bateri kereta yang baru.

Bezanya adalah anda perlu membuka sendiri bateri kereta kong tersebut, beli bateri kereta baru serta memasang ianya semula.

Apa langkah perlu diambil jika bateri kereta kong untuk kereta gear atau transmisi automatik ?

1. Buka dan pasang sendiri bateri kereta baru jika kereta di rumah kediaman

Beli bateri kereta sendiri dan pasang sendiri merupakan pilihan pertama untuk anda yang mengalami masalah kereta auto bateri kong ini. Kemahiran ini boleh anda pelajari sendiri sama ada bertanyakan pada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Malah, anda boleh turut pelajarinya merujuk kepada internet yang kini semakin banyak tutorial cara pasang bateri kereta. Ianya boleh dilakukan sendiri dari rumah dengan hanya beberapa peralahan.

2. Panggil towing jika berada di luar kawasan kediaman

Pilihan lain jika kereta anda mengalami kereta auto bateri kong adalah dengan meminta bantuan trak tunda kereta atau towing truck. Kemana untuk bawa kereta ini? Sebaiknya bawa terus ke kedai bateri kereta yang terdekat sebaik sahaja anda kenal pasti bateri kereta kong.

Anda juga mempunyai pilihan untuk membawa kereta tersebut towing ke rumah anda. Seterusnya anda boleh menggunakan pilihan 1 di atas iaitu dengan membuka dan memasang bateri kereta sendiri pada bila-bila masa. Terutamanya kejadian bateri kereta kong yang berlaku pada lewat malam semasa kedai bateri kereta telah pun tutup.

Pilihan ini juga digunakan oleh pemilik kereta sekiranya ingin menangguhkan seketika pembelian bateri kereta yang baru.

kereta auto bateri kong
Kereta auto bateri kong

Situasi menjadi cabaran tempat kereta auto breakdown akibat bateri kereta kong

Perhatikan beberapa situasi di bawah ketika anda menghadapai kereta breakdown disebabkan bateri kereta kong :

  • Kediaman yang mempunyai parking bertingkat
  • Pusat membeli belah yang mempunyai parking berbayar
  • Kereta yang tidak mempunyai kemudahan free towing

Ketika situasi di atas tidak boleh anda panggil trak towing. Hal ini kerana, tempat ini mempunyai had ketinggian dan membatasi baginya untuk menyediakan servis towing kereta anda. Oleh itu, anda perlulah memanggil kenalan atau orang kedai bateri kereta yang menyediakan servis tukar bateri kereta “on call” 24 jam.

Selain itu, anda boleh melakukan penukaran bateri kereta sendiri. Dengan cara membuka bateri kereta sendiri dan memasangnya semula dengan cara yang betul. Namun sebelum itu, adalah sewajarnya untuk anda mengetahui sebab enjin kereta anda tidak boleh start adalah disebabkan bateri kereta kong.

Seterusnya, kereta yang dilindungi insuran 3rd party tidak disediakan khidmat free towing. Sudah pasti akan memerlukan duit yang agak tinggi dan boleh jadi ianya akan melebihi harga sebuah bateri kereta yang baru sekiranya mengambil towing di luar.

Hal ini demikian, akan menganggu anda untuk membaiki kereta auto bateri kong secepatnya kerana telah menggunakan budget duit kepada kos towing tadi.

Cara hidupkan kereta bateri kong dan ciri-cirinya

Apakah ada potensi bagi anda nak hidupkan kereta yang baterinya telah kong? Adakah cara hidupkan kereta bateri kong ini telah terbukti penggunaannya?

Terdapat beberapa cara untuk anda hidupkan kereta bateri kong ini. Namun, ia bukanlah satu perkara yang boleh anda selesa dalam terus menggunakannya.

Tukarlah kepada bateri kereta yang baru sebaik sahaja anda berjaya menggunakan cara hidupkan kereta bateri kong ini dengan segera.

Hal ini adalah bagi mengelakkan bateri kereta kong ini menjadi lebih teruk dengan tidak memberi tindak balas langsung kepada cara hidupkan kereta bateri kong yang anda ketahui ini.

Apa yang perlu diketahui sebelum nak hidupkan kereta bateri kong ?

Sebelum kita nak teruskan kepada cara hidupkan kereta bateri kereta kong, anda perlu pastikan adakah benar ianya betul-betul kereta anda tidak boleh di start atas sebab bateri kereta kong.

Penilaian harus dibuat supaya anda boleh mengenal pasti kereta anda berlaku breakdown disebabkan oleh bateri kereta kong ini. Antaranya caranya adalah seperti berikut :

  1. Tiada sebarang respon ketika anda menggunakan alarm kunci kereta untuk membuka lock kereta.
  2. Semasa memasukkan kunci kereta dan pusingkan kunci ke aras “ON”, tiada sebarang nyalaan pada meter kereta anda.
  3. Begitu juga jika kereta anda menggunakan butang keyless start, ianya tidak menyalakan apa-apa lampu pada paparan meter sekiranya anda menekan butang tersebut 1 kali.

Adakah masih dibolehkan untuk hidupkan kereta bateri kong ?

Jawapan yang sesuai untuk diberikan adalah berdasarkan beberapa faktor mengikut keadaan yang kita boleh kaitkan seperti :

1. Kereta yang kerap digunakan seharian, mingguan mahupun bulanan

Bagi anda yang mengalami masalah bateri kereta kong dan dalam masa yang sama kereta tersebut anda gunakan agak kerap bagi kegunaan ke tempat kerja mahupun dibawa ke kedai runcit, ianya masih boleh dihidupkan lagi enjinnya.

Cara hidupkan kereta bateri kong anda boleh buat pembacaan seterusnya di bawah.

2. Kereta yang sudah dibiarkan bertahun tersadai

Berbeza pula bagi kereta yang sudah terbiar tersadai ini. Ianya bergantung berapa lamakah kereta itu terbiar. Kerap kali bagi keadaan begini, walaupun anda gunakan cara hidupkan kereta bateri kong sebetulnya, ianya masih tidak memberi respon yang baik.

Bagaimana cara hidupkan kereta bateri kong ?

Anda boleh menggunakan teknik jumper bateri kereta bagi cara hidupkan kereta bateri kereta kong. Namun, ianya hanyalah sementara waktu sahaja mampu bertahan. Sebaiknya anda cepat-cepat tukar kepada bateri kereta baru selepas berlakunya kejadian ini.

Jika masih boleh dihidupkan melalui jumper bateri kereta, ianya dikira bagus. Namun, jika sebaliknya, maka anda perlu menggunakan cara lain untuk menyelesaikan masalah kereta tersadai ini kerana ia telah memberi kesan kepada selain dari bateri kereta kong.

Bagaimana jika cara hidupkan kereta bateri kong ini tidak berkesan ? Apakah terdapat cara hidupkan kereta bateri kong yang lain ?

Ada kemungkinan ada masalah lain selain masalah bateri kereta kong. Panggil trak tunda atau towing kereta anda untuk ke bengkel baiki kereta anda adalah jalan terbaik.

Di bengkel kedai kereta tersebut, mekanik kereta akan check apakah sebabnya kereta anda tidak boleh di start. Lebih-lebih lagi jika kereta anda tadi sudah tersadai lama tidak digunakan sama sekali.

Namun, akan datang sebaiknya anda telah tahu cara mengatasi bateri kereta kong dan situasi ini pasti tidak akan berlaku lagi kepada anda.

cara hidupkan bateri kereta kong
Cara hidupkan kereta bateri kong

Cara cek bateri kereta kong secara DIY

Sudah pasti ada caranya untuk anda cek bateri kereta kong ini. Jika sudah dipastikan dengan betul menggunakan cara cek bateri kereta kong ini, barulah anda senang dalam membuat keputusan.

Terdapat kes yang baru sahaja membeli bateri kereta, dan baru ketahui ianya bukan berpunca dari masalah bateri kereta kong.

Nasib baik jugalah tidak segera membuat keputusan untuk membeli bateri kereta yang lain. Oleh itu, sangatlah penting untuk anda ketahui cara cek bateri kereta kong ini.

Anda mampu menjimatkan wang dari membeli bateri kereta baru yang padahal ianya merupakan masalah lain salah satunya seperti masalah alternator.

Berikut merupakan cara nak cek bateri kereta sama ada dah habis atau pun bukan :

1. Lihat tarikh yang tertulis pada permukaan bateri kereta

Dalam banyak-banyak cara cek bateri kereta, cara inilah paling senang untuk anda buat. Anda tidak perlu buat apa-apa perubahan.

Malah, anda hanya perlu membuka bonet hadapan kereta. Kemudian, kenal pasti di mana letaknya bateri kereta anda. Jika anda dah tahu kedudukan bateri kereta anda, perhatikan pada permukaan atas bateri kereta anda.

Disitulah ada tertulis bilakah tarikh anda membeli bateri kereta yang sedang anda gunakan. Paling tidak pun anda dah tahu cara mengatasi bateri kereta kong paling terbaik.

Teknik menanda dengan menulis atas permukaan bateri kereta ini sudah diguna pakai oleh setiap kedai bateri kereta.

Hal ini demikian, memudahkan bagi urusan pihak kedai bateri kereta dan juga kepada anda sebagai pemilik kereta untuk mengenal pasti tarikh anda beli bateri kereta tersebut.

cara cek bateri kereta kong
Cara cek bateri kereta kong

2. Lihat pada takat air bateri jika anda gunakan bateri kereta basah

Kelebihan ini terutamanya diberikan kepada pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta basah. Kebiasaannya setiap pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta sel basah akan membuat check up setiap bulan.

Check up yang dibuat adalah kepada takat air bateri kereta.

Jika air bateri kereta anda tidak dijaga dengan baik dan sering dibiarkan ianya kering, maka tempoh bateri kereta anda kemungkinan besar tidak akan bertahan lama.

Bukan sekadar tidak tahan lama, malah ianya tidak akan bertahan walaupun setahun dari waktu ia dibeli jika anda tidak rajin untuk membuat check up pada takat air bateri kereta tersebut.

3. Perhatikan pada indikator yang disediakan pada bateri kereta jika ada

Keunikan pada setiap jenama bateri kereta juga menjadikan faktor ianya menjadi pilihan ataupun tidak sewaktu anda membeli bateri kereta baru. Indikator pada bateri kereta merupakan alat penilaian bahawa sesuatu bateri kereta itu masih boleh diguna pakai, perlu di cas atau perlu terus menukar bateri kereta baru.

Namun, tidak semua jenama bateri kereta menyediakan kemudahan indikator penilaian ini. Anda boleh bertanyakan pada pihak kedai bateri kereta dan meminta saranan bateri kereta yang mempunyai indikator ini sebelum bersetuju membeli bateri kereta baru.

Cara mengatasi bateri kereta kong

Persoalannya di sini adalah adakah bateri kereta itu tidak akan kong ?Malah, jika anda mengamalkan cara mengatasi bateri kereta kong masih tidak boleh anda elak untuk beli bateri kereta yang baru bila masanya sudah tiba.

Namun, kelebihannya disini adalah anda masih mampu menjaga tempoh hayat bateri kereta itu selama yang boleh jika anda menitik beratkan cara mengatasi bateri kereta kong ini.

1. Menjaga servis kereta mengikut jadual dengan baik

Apakah cara-caranya? Antara cara mengatasi bateri kereta kong adalah mengikut dan menjaga waktu servis kereta seperti yang dijadualkan.

Ramai di antara kita berfikir ianya tidak terkait langsung. Namun, jika anda tanya kepada orang yang lebih mahir tentang bateri kereta pasti mereka akan menyetujui perkara ini.

Salah satu contoh penjagaan minyak enjin atau minyak hitam kereta yang melebihi tempoh atau milage akan membuatkan perjalanan kereta anda lebih berat.

Ini akan memberi kesan secara tidak langsung akan segala peralatan dalam kereta termasuklah bateri kereta.

2. Mengenal pasti tanda awal bateri kereta kong

Jika anda mempunyai pengetahuan tentang tanda bateri kereta kong, semestinya anda dapat mengenal pasti dari awal sebelum kereta anda kehabisan bateri kereta.

Bila dah sedar akan tanda-tanda awal bateri kereta kong ini, anda tidak perlu lagi buang masa menunggu sehingga ianya kong sepenuhnya.

Hal ini supaya anda dapat hindarkan masalah lain yang lebih merumitkan keadaan seperti kereta tidak boleh start sewaktu keadaan kecemasan ingin menggunakannya.

Sudah pasti anda boleh memanfaatkan cara cek bateri kereta kong sebelum ianya bakal berlaku kepada anda.

3. Bersiap sedia jika menghadapi sebarang bateri kereta kong dengan menyimpan nombor telefon kedai bateri kereta berhampiran rumah atau tempat kerja anda

Perkara ini kerap kali orang tidak peduli tentang kepentingannya. Hal ini sangat penting semasa kereta anda breakdown disebabkan bateri kereta kong diluar waktu kerja.

Hal ini kerana, cara hidupkan kereta bateri kong pun tidak dapat membantu anda. Ini disebabkan cara nak hidupkan kereta bateri kong tidak boleh dilakukan kecuali anda tukar kepada bateri kereta yang baru.

Ternyata ada pihak kedai bateri kereta juga menyediakan runner membantu kereta dikala ianya mempunyai masalah bateri kereta kong pada waktu malam. Namun, ianya tidak semua kedai bateri kereta yang terlibat.

4. Membeli bateri kereta baru dan menyimpannya di dalam bonet belakang kereta

Jarang sekali pemilik kereta yang nak buat perkara seperti membeli bateri kereta awal-awal dan simpan di dalam bonet kereta. Ini kerana mereka tidak tahu apakah tanda dari awal bateri kereta nak kong bakal berlaku.

Cara mengatasi bateri kereta kong yang ini boleh diguna pakai sekiranya anda ingin menggunakan kereta tersebut untuk perjalanan yang jauh. Begitu juga kepada anda yang tiada masa sepanjang hari bekerja tidak sempat untuk membeli bateri kereta pada waktu ianya kong.

Jadi, anda membeli pada waktu hujung minggu bateri kereta yang baru dan bila-bila masa bersedia sehingga bateri kereta yang digunakan sekarang telah pun habis digunakan.

5. Menyediakan alatan jumper start kereta sekiranya kereta tidak boleh dihidupkan

Jumper kit untuk bateri kereta adalah sangat penting pada waktu anda memerlukannya. Anda boleh membelinya dan simpan di dalam bonet belakang kereta bagi langkah jaga-jaga jika bateri kereta kong itu berlaku.

Setidak-tidaknya jika dah berlaku bateri kereta kong, kereta masih boleh anda hidupkan dibantu oleh kereta lain sebelum anda pergi tukar bateri kereta yang baru.

cara mengatasi bateri kereta kong

Apa perlu buat jika bateri kereta kong ?

1. Tidak panik jika kereta breakdown

Tindakan bertenang adalah sangat penting supaya anda tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu.

Daripada sikap bertenang ini anda mampu membuat sedikit penilaian tentang tanda tanda bateri kereta kong jika pernah berlaku kepada anda.

Jika tiada sekalipun, maka tindakan anda sewajarnya adalah melakukan check sama ada terdapat masalah lain seperti kehabisan minyak kereta tanpa anda sedari.

Hal-hal ini sebenarnya dipandang remeh, namun boleh berlaku kepada anda atas faktor-faktor yang tidak diduga seperti kecuaian.

2. Hidupkan enjin kereta berulang kali tetapi gagal

Kegagalan anda untuk start enjin kereta merupakan salah satu tanda bateri kereta kong sedang berlaku kepada anda.

Kebiasaannya kegagalan ini berlaku sewaktu anda parking kereta dan kemudian ingin hidupkan semula enjin kereta tetapi tidak boleh dilakukan.

Jika nasib anda baik, enjin masih boleh dihidupkan lagi dengan beberapa percubaan.

3. Membuat rujukan bila kali terakhir anda tukar bateri kereta

Sekiranya anda baru saja membeli kereta tersebut, anda cuba ingat semula bila tarikh akhir kereta anda dikeluarkan. Buat pengiraan dari tarikh tersebut hingga tarikh waktu sekarang.

Manakala, jika anda sudah lama menggunakan kereta tersebut, buat sedikit rujukan bilakah tempoh bateri kereta yang sedang anda gunakan itu dibeli atau ditukar kepada baru.

Jika sudah mencapai tahun ke 3, kemungkinan besar bateri kereta anda sudah kehabisan dan tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta yang baru.

4. Buat panggilan kepada ahli keluarga yang berhampiran untuk bantuan jumper bateri kereta anda.

Jika betul-betul anda sudah kenal pasti masalah yang berlaku, anda boleh meminta bantuan kepada ahli keluarga atau rakan anda.

Minta untuk mereka datang membawa kereta serta peralatan jumper bateri kereta supaya anda boleh menghidupkan enjin kereta buat sementara waktu.

Tujuan ini adalah penting supaya enjin kereta dapat dihidupkan dan dalam masa yang sama dapat membawa kereta bateri kereta kong anda itu ke kediaman anda atau ke kedai bateri kereta untuk terus tukar kepada bateri kereta yang baru.

5. Buat carian di internet perkhidmatan bateri kereta 24 jam

Zaman sudah moden, jika anda sudah tahu masalah yang berlaku kepada kereta anda, maka buat panggilan kepada servis bateri kereta secara online ini.

Kawasan persekitaran tersebut pasti mempunyai bantuan khidmat tukar bateri kereta walaupun pada waktu tengah malam.

Bantuan akan datang dengan segera dengan membawa bateri kereta yang sesuai digunakan oleh kereta anda.

Ianya jauh lebih mudah jika dibandingkan perlu memanggil khidmat towing kereta dan bawa ke kedai bateri kereta terdekat.

Dekat situ saja memerlukan dua kos iaitu kos towing kereta serta kos beli bateri kereta yang baru.

Namun, perlu diingatkan supaya anda sudah memastikan tanda tanda bateri kereta kong berlaku kepada kereta anda itu adalah betul.

6. Buat carian di internet khidmat towing kereta

Jika bukan masalah bateri kereta kong berlaku kepada anda, maka buat panggilan kepada khidmat towing kereta supaya kereta anda di bawa ke bengkel kereta berhampiran.

Kadang-kadang kereta anda mengalami masalah alternator yang memerlukan kereta tersebut dibawa ke bengkel kereta.

apa perlu buat jika bateri kereta kong

Bateri kereta kong berdasarkan model kereta

Setiap model kereta yang menggunakan bateri kereta pasti akan mengalami bateri kereta kong sebaik sahaja tiba masa atau tempoh tertentu ianya tamat.

Namun, tiada tempoh yang spesifik boleh ditetapkan tetapi ianya masih boleh dijangkakan mengikut model kereta yang anda gunakan.

1. Perodua Myvi

Antara kereta yang majoritinya di negara kita gunakan adalah seperti perodua myvi. Bateri kereta myvi boleh kong berdasarkan tanda-tanda bateri myvi kong boleh berlaku.

Salah satu pernah terjadi pada pengalaman sendiri adalah tidak boleh membuka lock kereta myvi menggunakan remote.

Dan apabila membuka lock kereta menggunakan cara manual iaitu kunci fizikal dan ingin hidupkan enjin kereta, tiada sebarang nyalaan lampu pada panel meter kereta (kosong).

Itu tandanya bateri myvi anda sudah kong atau dah betul-betul kehabisan tenaga dari bateri kereta itu sendiri.

2. Perodua Alza

Jika anda penggunakan kereta perodua alza, anda boleh rujuk disini terdapat panduan penuh dari saiz, jenis, harga terutamanya jika anda alami bateri alza kong.

Artikel terkait : Bateri kereta alza

2 thoughts on “Bateri kereta kong yang sedang anda alami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *