Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Toyota Avanza : Mpv yang tahan

Bateri kereta Toyota Avanza. Toyota Avanza adalah kereta MPV yang sangat popular di Malaysia kerana ia menawarkan ketahanan dan kecekapan bahan api yang tinggi serta harga yang berpatutan.

Avanza menjadi pilihan ramai keluarga Malaysia yang mencari kenderaan dengan kapasiti penumpang yang lebih besar.

Sebagai kenderaan harian, Avanza memerlukan bateri yang boleh menyokong keperluan elektrik dan menghidupkan enjin dengan lancar.

Jadi, apakah ciri-ciri yang setiap pemilik kereta toyota avanza perlu tahu sebelum nak memiliki bateri ini dan pastikan anda teliti segala maklumat yang telah dikongsikan di bawah.

Saiz Bateri Kereta Avanza

Untuk Toyota Avanza, saiz bateri kereta yang disyorkan adalah NS60R (generasi pertama) dan NS40ZL (generasi kedua). Bateri NS60R dan NS40ZL mempunyai kapasiti sekitar 45Ah hingga 50Ah, yang cukup untuk mengendalikan enjin 1.3L dan 1.5L dan sistem elektrik dalam Avanza.

Saiz dan kapasiti ini memastikan bekalan tenaga yang stabil, menghidupkan enjin dengan mudah dan menyokong komponen elektrik seperti lampu, penghawa dingin, dan sistem audio.

Toyota Avanza menggunakan enjin 1.3 L dan 1.5L yang mampu menghasilkan sekitar 104hp. Sebagai kenderaan MPV yang mampu memuatkan 7 orang penumpang, Avanza terkenal dengan kecekapan bahan api dan kebolehannya untuk menampung perjalanan jauh.

Bateri NS60 memberikan kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga yang diperlukan oleh sistem elektrik dan enjin.

Saiz bateri kereta Toyota Avanza 1.3

Secara lebih teliti, toyota avanza 1.3 tidak memerlukan bateri yang begitu kuat atau besar jumlah Ah (Ampere Hour). Model ini terdapat pada generasi pertama (2004-2011) dan generasi kedua (2012-2019).

Saiz bateri avanza 1.3 yang boleh anda dapatkan adalah seperti 48B24R (NS60R) dan 38B20R (NS40ZL). Jumlah 46Ah dan 38Ah merupakan nilai ampere hour yang dimaksudkan merupakan bacaan minima paling sesuai digunakan oleh avanza 1.3 untuk kedua-dua generasi.

Saiz bateri kereta Toyota Avanza 1.5

Manakala, sedikit berbeza bagi saiz toyota avanza 1.5 yang perlukan jumlah Ah (Ampere Hour) lebih tinggi dibandingkan avanza 1.3. Model avanza 1.5 ini terdapat dari generasi pertama (2004-2011) dan generasi kedua (2012-2021).

Minima bagi kod bateri toyota avanza 1.5 yang generasi pertama sepatutnya gunakan adalah 55B24R (NS60R) dan generasi kedua pula adalah 46B20R (NS40ZL). Nilai ampere hour yang sedikit tinggi dibandingkan bateri avanza 1.3 memberikan kesan yang sama terutamanya dari segi jangka hayat untuk kedua-dua enjin sama ada avanza 1.3 dan 1.5 .

saiz bateri kereta avanza

Jenis bateri kereta Toyota Avanza

Ini bahagian paling mudah untuk setiap pemilik kereta toyota avanza terlepas pandang iaitu jenis bateri kereta.

Pemilihan bagi jenis bateri memerlukan sedikit pemerhatian terhadap keperluan yang anda perlukan tentang bagaimana ianya dapat digunakan sepanjang setiap 1 biji bateri.

Bukan sekadar saiz fizikal dan keperluan jumlah Ah, tetapi jenis bateri memainkan peranannya tersendiri yang boleh kereta avanza anda sesuaikan.

Ada dua jenis bateri toyota avanza dalam pasaran bateri kereta iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/MF)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)

Bateri kereta atau maintainance free merupakan jenis bateri yang selalu anda gunakan dan banyak ada di pasaran.

Hanya “plug & play” iaitu pakai dan terus guna sampai habis dan ganti kepada bateri kering yang baru tanpa perlu fikir apa-apa kaedah nak menjaga bateri jenis ini.

Mudah dan ringkas tetapi anda tak tahu bila ianya akan habis. Itu sudut kelemahan bateri jenis MF ini untuk kereta toyota avanza anda.

Manakala, bateri basah pula terbalik, ianya boleh dijaga dan agak tahan lebih dari bateri kering. Namun, kelemahan kat sini adalah perlu mengisi air bateri kereta apabila ianya berkurang atau kering.

Nak senang dalam penjagaan bateri basah, ikut jadual topup air bateri dengan teratur supaya nak elakkan enjin tiba-tiba tak boleh dihidupkan sebab bateri lemah akibat dari air bateri dah habis.

Jadi, jenis bateri basah ini tiada isu langsung tiba-tiba enjin tak boleh start sebab air bateri dah habis kecuali bateri betul-betul dah lama digunakan sekitar 4-5 tahun untuk kereta toyota avanza anda.

Harga bateri kereta Toyota Avanza

Setiap biji bateri mempunyai harganya tersendiri mengikut saiz dan jenis yang anda gunakan pada toyota avanza anda.

Yang banyak membezakan adalah dari segi jenama, bacaan Ah (ampere hour) yang memainkan peranan besar kepada kualiti yang diberikan untuk support segala keperluan teknikal elektrik dan elektronik kereta toyota avanza.

Toyota avanza kali ini anda dapat bezakan juga dari segi saiz kerana generasi pertama dan generasi kedua kereta ini menggunakan kadar saiz fizikal yang berlainan.

Berikut merupakan harga bateri toyota avanza untuk generasi pertama :

Jenama bateri keretaJenis bateri keretaSaiz bateri keretaHarga bateri kereta Toyota Avanza (NS60)
Century Marathoner MaxKering (Dry/MF)55B24RRM240
Amaron GoKering (Dry/MF)55B24RRM250
MotoliteBasah (Wet/Conventional)NS60RM180
OtopowerKering (Dry/MF)48B24RRM130

Manakala, harga bagi toyota avanza yang digunakan oleh generasi kedua adalah seperti berikut :

Jenama bateri keretaJenis bateri bateriSaiz bateri keretaHarga bateri kereta Toyota Avanza (NS40)
Century Marathoner MaxKering (Dry/MF)46B20RRM190
Motolite Heavy DutyKering (Dry/MF)38B20RRM180
Amaron GoKering (Dry/MF)46B20RRM230
MotoliteBasah (Wet/Conventional)NS40ZLRM160

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *