Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Toyota Avanza : Mpv yang tahan

Bateri kereta Toyota Avanza. Toyota Avanza adalah kereta MPV yang sangat popular di Malaysia kerana ia menawarkan ketahanan dan kecekapan bahan api yang tinggi serta harga yang berpatutan.

Avanza menjadi pilihan ramai keluarga Malaysia yang mencari kenderaan dengan kapasiti penumpang yang lebih besar.

Sebagai kenderaan harian, Avanza memerlukan bateri yang boleh menyokong keperluan elektrik dan menghidupkan enjin dengan lancar.

Jadi, apakah ciri-ciri yang setiap pemilik kereta toyota avanza perlu tahu sebelum nak memiliki bateri ini dan pastikan anda teliti segala maklumat yang telah dikongsikan di bawah.

Saiz Bateri Kereta Avanza

Untuk Toyota Avanza, saiz bateri kereta yang disyorkan adalah NS60R (generasi pertama) dan NS40ZL (generasi kedua). Bateri NS60R dan NS40ZL mempunyai kapasiti sekitar 45Ah hingga 50Ah, yang cukup untuk mengendalikan enjin 1.3L dan 1.5L dan sistem elektrik dalam Avanza.

Saiz dan kapasiti ini memastikan bekalan tenaga yang stabil, menghidupkan enjin dengan mudah dan menyokong komponen elektrik seperti lampu, penghawa dingin, dan sistem audio.

Toyota Avanza menggunakan enjin 1.3 L dan 1.5L yang mampu menghasilkan sekitar 104hp. Sebagai kenderaan MPV yang mampu memuatkan 7 orang penumpang, Avanza terkenal dengan kecekapan bahan api dan kebolehannya untuk menampung perjalanan jauh.

Bateri NS60 memberikan kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga yang diperlukan oleh sistem elektrik dan enjin.

Saiz bateri kereta Toyota Avanza 1.3

Secara lebih teliti, toyota avanza 1.3 tidak memerlukan bateri yang begitu kuat atau besar jumlah Ah (Ampere Hour). Model ini terdapat pada generasi pertama (2004-2011) dan generasi kedua (2012-2019).

Saiz bateri avanza 1.3 yang boleh anda dapatkan adalah seperti 46B24R (NS60R) dan 38B20R (NS40ZL). Jumlah 46Ah dan 38Ah merupakan nilai ampere hour yang dimaksudkan merupakan bacaan minima paling sesuai digunakan oleh avanza 1.3 untuk kedua-dua generasi.

Saiz bateri kereta Toyota Avanza 1.5

Manakala, sedikit berbeza bagi saiz toyota avanza 1.5 yang perlukan jumlah Ah (Ampere Hour) lebih tinggi dibandingkan avanza 1.3. Model avanza 1.5 ini terdapat dari generasi pertama (2004-2011) dan generasi kedua (2012-2021).

Minima bagi kod bateri toyota avanza 1.5 yang generasi pertama sepatutnya gunakan adalah 55B24R (NS60R) dan generasi kedua pula adalah 46B20R (NS40ZL). Nilai ampere hour yang sedikit tinggi dibandingkan bateri avanza 1.3 memberikan kesan yang sama terutamanya dari segi jangka hayat untuk kedua-dua enjin sama ada avanza 1.3 dan 1.5 .

saiz bateri kereta avanza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *