Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Iriz : Hatchback tidak kurang hebatnya

Bateri kereta Proton Iriz. Kereta jenama tempatan proton iriz sehingga kini masih menjadi pilihan untuk para penggemar kereta model hatchback.

Walaupun ianya tidak seperti pilihan kereta lain yang menjadi pilihan ramai, ianya dianggap sebagai kereta yang patut dimiliki oleh kerana faktor tertentu.

Namun, kesemua jenis kereta pun sama ada kereta tempatan mahupun import, pasti perlu dimaintain secara asas bagi mengekalkan prestasi sesebuah kereta. Antara perkara yang perlu anda maintain adalah seperti bateri kereta iriz itu sendiri.

Bateri kereta iriz perlu anda pilih berdasarkan keperluan yang anda gunakan dan perlu mengikut dimensi yang betul agar anda tidak mengeluarkan harga bateri kereta yang melebihi dari yang sepatutnya.

Model enjin proton iriz keluaran tempatan

Ada terdapat 2 model enjin kereta proton iriz yang dikeluarkan oleh pihak jenama proton di negara kita. Model enjin tersebut adalah 1300 atau 1.3cc dan juga 1600 atau 1.6cc untuk proton iriz.

Ada yang tertanya-tanya adalah bateri kereta 1.3 tidak sama dengan bateri kereta 1.6 ? Adakah kedua model ini mempunyai saiz bateri kereta iriz yang berlainan ? Justeru, semestinya jika berbeza pasti akan mempunyai berbeza dari segi harga bateri kereta iriz ini.

Saiz bateri kereta Proton Iriz

Untuk pengetahuan anda, terdapat beza dari segi saiz bateri proton iriz untuk kedua model iaitu bateri iriz 1.3 dan bateri iriz 1.6 . Saiz bateri kereta iriz adalah berdasarkan kod bateri kereta seperti berikut :

  1. NS60
  2. NS60RS
  3. 46B24RS
  4. 55B24RS
  5. 65B24RS

Untuk memudahkan anda, pemilihan saiz bateri proton iriz adalah berdasarkan kod bateri yang lebih jelas seperti 46B24RS atau 55B24RS.

Dimensi yang sesuai berdasarkan bacaan kod untuk bateri iriz 1.3 dan bateri iriz 1.6 adalah sama dan tidak boleh diubah kepada yang lain.

Namun, bezanya adalah berdasarkan pemilihan bacaan tenaga bekalan elektrik sesebuah bateri kereta iriz itu sendiri. Berikut merupakan pemilihan saiz bateri proton iriz mengikut cc enjin kereta iriz anda :

Saiz bateri Proton Iriz 1.3

Untuk bateri iriz 1.3, anda boleh memilih kod bateri yang bermula dengan 46B24RS. Manakala, proton iriz 1.6 battery size pula disarankan bermula dengan kod bateri 55B24RS.

Hal ini kerana, lebih besar cc enjin kereta iriz anda, maka keperluan terhadap bekalan elektrik itu lebih banyak diperlukan sesuai dengan tempoh penggunaan pada sesebuah bateri kereta.

Saiz bateri Proton Iriz 1.6

Namun, untuk bateri kereta proton iriz 1.6 masih tetap boleh dipilih kod bateri 46B24RS sebagai pilihan paling minimum seiring dengan harganya yang lebih murah dan berpatutan.

Bateri kereta Iriz 1.3Bateri kereta iriz 1.6
46B24RS55B24RS
55B24RS65B24RS
saiz bateri kereta iriz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *