Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Exora

Saiz bateri kereta Exora. Apakah saiz bateri kereta yang tepat perlu anda ketahui sebelum memdapatkan bateri kereta exora yang baru ?

Pemilihan bateri kereta exora selalunya ketika anda sedang menghadapi bateri kereta hampir lemah atau bateri exora sudah pun kong.

Namun, ada juga yang rajin dan menjaga segala barangan pakai buang atau wear and tear pada kereta proton exora ini kerana sudah tahu sedikit sebanyak tentang penjagaan barangan kereta.

Kedua-dua situasi ini pasti tidak akan terlepas dengan bateri kereta apakah yang sesuai digunakan bagi kereta proton exora ini. Kesilapan boleh berlaku walaupun pihak kedai bateri kereta yang menentukan bateri mana yang sesuai.

Namun, anda perlulah mengambil tahu sedikit tentang asas bateri kereta exora anda agar kesilapan memilih bateri kereta tidak berlaku.

Apakah jenis bateri kereta exora yang sesuai ?

Apabila anda nak mulakan pemilihan, anda seharusnya mengetahui perkara seperti jenis bateri kereta yang betul. Mengikut pengalaman aku, jenis bateri kereta yang digunakan oleh kereta proton exora ada dua iaitu bateri jenis kering dan juga bateri jenis basah. Keduanya boleh digunakan untuk kereta exora anda.

Namun, keduanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza mengikut kepentingan anda sebagai pengguna. Pilih bateri kereta kering untuk kereta exora anda sekiranya anda hanya ingin start enjin kereta kemudian jalan untuk aktiviti harian.

Manakala, bateri kereta basah untuk kereta exora memerlukan sedikit pemerhatian dengan menjaga takat atau level air bateri kereta. Kebanyakkannya bateri kereta basah jarang dipilih bagi anda yang sering sibuk dan tiada masa.

Buat bandingkan bateri kering vs bateri basah dengan lebih teliti sekiranya anda masih ingin mengetahui lebih dalam terhadap kedua jenis bateri kereta exora manakah yang tepat untuk anda.

saiz bateri kereta exora

Apakah saiz bateri kereta exora yang sebetulnya ?

Saiz bateri exora mempunyai ciri-ciri tertentu. Bila bercakap berkenaan saiz, anda akan mengetahui ianya terdiri daripada :

  1. Kekuatan atau kuasa yang dibekalkan bateri kepada kereta exora anda dengan betul.
  2. Dimensi atau tinggi, lebar dan juga panjang bateri kereta exora dengan tepat.
  3. Kedudukan bateri exora yang menandakan dimanakah tempat bateri itu diletak sama ada sebelah kanan atau kiri.

Saiz bateri kereta exora mudah dibaca berdasarkan kod bateri kereta. Contoh saiz bateri exora adalah seperti berikut 55D23L, 75D23L ,D23, D23L ,NS70 dan juga NS70L. Kesemua saiz bateri kereta exora ini sesuai digunakan oleh saiz bateri exora bold, saiz bateri exora cps, saiz bateri exora cps dan juga spec premium cvt dan executive cvt.

Berikut merupakan penerangan kod bateri kereta 55D23L untuk kereta exora yang mudah anda fahami :

1. Nombor didepan 55

Bacaan elektrik yang disimpan dalam bateri kereta exora anda. Semakin tinggi adalah semakin baik. Sebaiknya tidak digalakkan untuk mendapatkan bateri di bawah bacaan 55.

2. Huruf D

Ianya mewakili bacaan lebar dan tinggi. Ianya mempunyai A,B,C dan D. Huruf D merupakan saiz dimensi lebar x tinggi yang besar. Pemilihan dibawah seperti A,B dan C adalah tidak digalakkan kerana tapak bateri yang tersedia tidak dapat diletakkan dengan kemas.

3. Nombor 23

Nombor ini mewakili panjang bateri kereta exora anda iaitu sebanyak 230mm atau 23cm. Bacaan ini juga tidak digalakkan untuk anda ubah.

4. Huruf L (left atau kiri)

Huruf ini menandakan kedudukan bateri kereta exora dari segi kedudukan terminal positif terletak dimana. Untuk bateri kereta exora, kedudukan wayar positif atau merah terletak di sebelah kiri. Jadi, pilih terminal bateri yang mempunyai positif disebelah kiri dan negatif disebelah kanan.

One thought on “Saiz bateri kereta Exora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *