Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Gen2

Saiz bateri kereta Gen2. Apakah elemen paling penting sebaik sahaja anda mengetahui bateri kereta gen2 anda hampir nak habis atau telah pun kong ? Apakah saiz bateri kereta digunakan oleh kereta proton gen2 ?

Berikut merupakan perkara yang perlu anda ketahui tentang bateri kereta proton gen 2. Walaupun kereta proton gen2 ini sudah lama pengeluarannya, ianya masih digunakan oleh ramai orang dan pemilik.

Hal ini kerana, kereta dari kilang tempatan kita ini merupakan koleksi yang bagus sejak dari awal ianya diperkenalkan. Bukan sahaja dari segi reka ciptanya, malah termasuk sekali bahagian dalamannya termasukkan bateri kereta gen2 itu sendiri.

Berikut merupakan saiz bateri kereta gen 2 yang boleh anda jadikan rujukan ketika anda tidak berapa pasti atau terlupa akan berapakah kod bateri kereta yang boleh digunakan.

Berapakah saiz bateri kereta gen2 yang sesuai anda gunakan ?

Pilihan bateri gen2 tidak begitu banyak dari segi saiz bateri kereta gen2. Namun, dari segi pilihan terhadap jenama bateri kereta terdapat hampir semua jenama bateri terkemuka di negara kita.

Saiz bateri kereta gen2 yang sesuai digunakan oleh kereta proton gen2 anda adalah seperti :

  1. Bateri DIN55R
  2. NS60RS
  3. 46B24R

Cara meilihat saiz bateri kereta gen 2 berdasarkan kod bateri kereta

Jika diikutkan dari segi dimensi, bateri kereta gen 2 amat mudah dilikat berdasarkan kod bateri seperti 46B24R. Angka 24 tersebut menandakan panjang bateri gen2 tersebut adalah sebanyak 24cm atau 240mm.

Manakala, huruf B menandakan lebat dan tinggi itu dalam kategori sederhana. Iannya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Manakala, huruf R pula bermaksud kedudukan wayar positif yang menghubungkan kepada terminal positif bateri kereta terletak di sebelah kanan (right). Kesilapan memilih kedudukan terminal disebelah kiri akan menyebabkan kesusahan untuk menghubungkan wayar dengan terminal bateri dan akan menjadi tegang jika dapat dihubung.

saiz bateri kereta gen2

Manakala, nombor di hadapan menandakan kuasa yang disimpan di dalam bateri kereta. Semakin tinggi bacaan, maka semakin tinggi aliran yang mampu dibekalkan dan semakin lama ianya boleh bertahan. Contohnya, antara bateri 46B24R dan 55B24R mempunyai saiz bateri kereta gen2 yang sama dan sesuai dimasukkan kepada kereta gen2 anda, namun pilihan antara 46 dan 55 adalah terletak di tangan anda.

Semakin tinggi nombor tersebut, maka kosnya juga akan semakin tinggi. Oleh itu, buat pilihan antara keduanya jika anda. Namun, perlu diingatkan bacaan yang lebih rendah adalah tidak digalakkan kerana akan menyebabkan ketahanan bateri kereta gen2 anda berkurangan.

One thought on “Saiz bateri kereta Gen2

Comments are closed.