Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Toyota Hilux : Terkenal seluruh dunia

Bateri kereta Toyota Hilux. Toyota Hilux adalah salah satu model pikap yang terkenal di seluruh dunia, dengan generasi ketujuhnya diperkenalkan pada tahun 2004.

Hilux generasi ketujuh ini mengekalkan ciri-ciri ketahanan dan kebolehpercayaan yang menjadi tanda dagang model Hilux, serta dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan reka bentuk yang lebih moden.

Pada tahun 2015, Toyota memperkenalkan Hilux generasi kelapan, yang membawa pembaharuan besar dari segi prestasi, teknologi, dan reka bentuk luarannya.

Generasi kelapan ini juga menawarkan variasi enjin dan sistem pacuan yang lebih efisien, menjadikannya pilihan utama di kalangan peminat kenderaan utiliti.

Hilux terus menjadi pilihan utama dalam kategori pikap untuk kegunaan komersial dan peribadi, berikutan prestasi yang kukuh dan ketahanan dalam pelbagai keadaan.

Di artikel ini kita mulakan dari generasi toyota hilux ke-7 atas faktor ianya masih ramai digunakan di atas jalan raya dan pasti setiap pemilik nak tahu lebih lanjut mengenai bateri kereta ini.

Saiz Bateri Toyota Hilux

Saiz Bateri Toyota Hilux Generasi Ketujuh (Vigo)

Untuk Hilux generasi ketujuh, terutamanya bagi varian single cab, saiz bateri toyota hilux yang disyorkan adalah minima 95D31L. Bateri ini direka untuk memenuhi keperluan sistem elektrik Hilux yang mempunyai enjin berkuasa, serta ketahanan dalam menghadapi penggunaan yang intensif.

Bateri 95D31L menawarkan kapasiti yang mencukupi untuk menyokong keperluan penghidupan enjin. Dan memastikan sistem elektrik berfungsi dengan lancar, termasuklah lampu, sistem audio, dan komponen lain.

Pemilihan saiz bateri ini memastikan kuasa yang mencukupi untuk perjalanan jauh ataupun beban yang berat. Ini sering kali menjadi ciri penting bagi pemilik Hilux yang menggunakannya untuk tujuan kerja atau pengangkutan.

Saiz bateri ini juga memberikan ketahanan yang baik terhadap suhu ekstrem, yang sering dialami oleh pikap seperti Hilux.

Saiz Bateri Toyota Hilux Generasi Kelapan (Revo)

Bagi Hilux generasi kelapan, saiz bateri yang digunakan adalah lebih pelbagai bergantung pada model dan varian. Saiz bateri hilux minima yang digunakan adalah DIN74L, yang sesuai untuk memenuhi permintaan sistem elektrik kenderaan dengan kapasiti yang lebih besar.

Bateri ini menawarkan kekuatan dan keandalan dalam memberikan kuasa untuk enjin serta komponen elektrik lain yang lebih kompleks berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, Toyota juga memperkenalkan pilihan bateri yang lebih canggih iaitu DIN70/LN3 (EFB) dan DIN70/LN3 (AGM). Ia merupakan bateri dengan teknologi Enhanced Flooded Battery (EFB) dan Absorbent Glass Mat (AGM).

saiz bateri kereta hilux

Jenis bateri kereta Toyota Hilux

Jenis bateri memainkan peranan penting mengikut keperluan dan kehendak anda sebagai pemilik 4×4 toyota hilux.

Ada 4 jenis bateri yang boleh digunakan oleh toyota hilux anda iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/Mf)
  2. Bateri basaah (Wet/Conventional)
  3. Bateri EFB (Enhanced Flooded Battery)
  4. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)

Bateri kering atau digelar sebagai maintenance free (MF) sering digunakan untuk toyota hilux generasi ke 7 dan 8 sebagai pilihan paling mudah untuk dikendali.

Manakala, bateri basah pula untuk yang nakkan penjimatan dan ketahanan yang lama tetapi perlu sedikit penjagaan dengan perlu mengisi air bateri kereta. Pilihan ini sangat sesuai untuk toyota hilux generasi ke 7 kerana teknologinya masih berada di tahap sederhana.

Bateri EFB pula menawarkan kelebihan dalam ketahanan terhadap kitaran pengecasan yang lebih banyak dan suhu tinggi. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk kenderaan yang digunakan dalam perjalanan jarak jauh atau di kawasan yang lebih ekstrem.

Bateri AGM pula memberikan prestasi lebih baik dalam mengurangkan kebocoran asid dan memanjang jangka hayat, sambil menawarkan pengecasan yang lebih pantas dan tahan lama.

Kedua-dua jenis bateri ini adalah pilihan utama untuk Hilux generasi kelapan, terutamanya bagi mereka yang mencari ketahanan yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih stabil dalam semua keadaan.

Jenis bateri keretaKesesuaian mengikut Generasi Toyota Hilux
Bateri kering (Dry/Mf)Generasi ke 7 & 8 Toyota Hilux
Bateri basah (Wet/Conventional)Generasi ke 7 Toyota Hilux
Bateri EFB (Enhanced Flooded Battery)Generasi ke 8 Toyota Hilux
Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)Generasi ke 8 Toyota Hilux

Kesesuaian di atas adalah berdasarkan keperluan yang diperlukan oleh generasi toyota hilux supaya ianya kekal berprestasi baik seiring dengan teknologi yang dibekalkan.

Harga bateri kereta Toyota Hilux

Bila dah tahu saiz dan jenis bateri kereta untuk toyota hilux yang sesuai, barulah mudah untuk anda cari dan bezakan harga bateri mengikut jenama yang anda inginkan.

Ada harga bateri yang murah dan juga mahal. tapi anda sendiri boleh lihat apa yang ditawarkan oleh jenama tersebut berbaloi ataupun tidak.

Jangan anda hanya lihat sesuatu jenama bateri kereta itu tawarkan harga paling murah terus nak beli sebab pernah dengar orang kata lagi tahan dari bateri berjenama.

Sebab itu kena lihat juga pada saiz dan jenis bateri yang digunakan itu adalah asas paling penting kemudian barulah baru anda lihat harga bateri.

Rujuk juga harga, jenis dan saiz bateri kereta untuk anda mudah lakukan perbandingan antara model dan jenama kereta yang lebih kurang sama dengan toyota hilux anda.

Pastikan juga anda lihat sama ada ianya mengikut kesesuaian sama ada anda gunakan toyota hilux vigo atau toyota hilux revo.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta mengikut jenama tersebut :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Toyota Hilux
Motolite Heavy Duty95D31LKering (Dry/MF)RM320
Century HybridN70ZBasah (Wet/Conventional)RM275
ABMDIN74LKering (Dry/MF)RM270
BoschDIN70/LN3EFBRM500
CamelDIN70/LN3AGMRM650
Varta SIlver DynamicDIN70/LN3AGMRM1,140

P/s : Pastikan anda dapatkan jawapan terhadap segala kemusykilan atau permasalahan yang anda cari di bateri kereta sekiranya tidak jumpa di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *