Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta honda city

Saiz bateri kereta honda city. Apakah ketahanan bagi bateri kereta model untuk kereta honda city setiap kali penukaran dibuat ? Berikut merupakan tips-tips penting tentang bateri honda city.

Sebelum anda nak tahu bateri honda city ini, anda perlu tahu beberapa maklumat penting sebelum dapat memilih bateri kereta honda city manakah yang terbaik digunakan oleh anda. Salah satunya adalah tentang saiz bateri kereta untuk kereta ini.

Setiap kereta pasti akan dibekalkan dengan bateri kereta bagi kegunaan dan kemudahan ketika hendak menghidupkan enjin kereta, sedang menggunakan kereta hinggalah anda mematikan enjin kereta.

Jadi, walaupun hanya menggunakan bateri kereta berukuran kecil, ianya menjadi elemen yang sangat penting lebih-lebih lagi jika anda hendak menghidupkan enjin kereta.

Bateri kereta honda city

Tidak terlepas juga bagi kereta jenama dan model honda city, bateri honda city ini membantu bukan sahaja untuk menghidupkan enjin kereta, malah memberikan sumber tenaga elektrik kepada barangan elektronik dalam kereta.

Contoh barangan elektronik yang memerlukan bateri kereta honda city ini adalah seperti radio, lampu kereta dan juga lampu signal. Barangan elektronik ini anda boleh gunakan secara terus walaupun hanya bateri kereta sahaja dihidupkan dengan cara menghalakan kunci kepada “ACC” yang dikenali sebagai aksesori.

Bateri kereta berdasarkan model honda city

Model bagi kereta honda city di negara kita boleh dikatakan terdapat 4 yang bukan sahaja di bawa masuk, namun mendapat sambutan hangat. Sejak dari tahun 2005 honda city facelift menjadi rebutan untuk jenama honda ini.

Antara generasi bagi model honda city adalah seperti berikut :

  1. Honda city generasi keempat dari tahun 2005 hingga 2008
  2. Honda city generasi kelima dari tahun 2008 hingga 2013
  3. Honda city generasi keenam dari tahun 2014 hingga 2018
  4. Honda city generasi ketujuh dari tahun 2019 hingga sekarang

Tujuan untuk anda ketahui generasi di atas adalah mudah untuk mengenal pasti apakah bateri honda city yang sesuai anda gunakan. Contohnya bateri honda city 2014 dan bateri honda city 2018 adalah generasi yang sama.

Namun, ada juga yang akan keliru kerana membeli kereta honda city mengikut tahun walaupun generasi tersebut merupakan generasi akhir dan menggunakan enjin tahun yang sebelumnya.

Jenis bateri kereta honda city

Pilihan pertama yang perlu anda lakukan adalah jenis bateri kereta honda city manakah yang hendak anda gunakan. Memandangkan dari generasi keempat hingga kini kereta honda city belum menggunakan teknologi idle system atau eco idle, maka pilihan hanya terdapat dua yang antara adalah :

  1. Bateri kereta jenis kering honda city
  2. Bateri kereta jenis basah honda city

Apabila sudah tahu antara dua jenis bateri kereta honda city di atas, maka pilihan adalah terletak di tangan anda. Keduanya adalah boleh digunakan. Namun, keduanya mempunyai ciri-ciri yang sesuai berdasarkan cara penjagaan bateri kereta honda city yang anda bakal lakukan.

1. Bateri kereta kering honda city

Pilih bateri kereta kering sekiranya anda hanya setiap hari hidupkan enjin dan terus ke tempat tujuan. Ianya dikategorikan sebagai zero maintainence atau tidak perlu melakukan apa-apa dan digunakan hinggalah habis.

2. Bateri kereta basah honda city

Manakala, pilihan bateri kereta basah pula untuk anda yang tahu serba sedikit tentang penjagaan bateri kereta. Ianya tidak susah kerana ianya perlu dijaga dengan cara mengekalkan level air bateri kereta.

Air bateri kereta pada bateri kereta basah honda city perlu dijaga untuk ketahanan yang lebih baik. Ianya juga bukan aktiviti kerap perlu diisi dan hanya perlu dijaga secara berkala sahaja.


Saiz bateri kereta honda city

Selain itu, apa yang perlu anda lihat seterusnya adalah dari segi saiz bateri honda city. Dari generasi keempat hingga kini, hanya satu pilihan saiz bateri kereta honda city yang amat mudah didapati di pasaran atau kedai bateri kereta.

Saiz bateri kereta honda city ini bergantung kepada bacaan kod bateri kereta. Ianya mempunyai beberapa bacaan yang mudah anda fahami. Bacaan kod bateri ini penting untuk anda yang nak beli bateri kereta honda city dan tukar secara diy.

Bahkan, ianya penting juga ketika anda tukar bateri kereta honda city di kedai bateri kereta. Anda diwajibkan membuat double check terhadap saiz bateri honda city sebelum pihak kedai memasang untuk mengelakkkan dari kecuaian.

Bukan sahaja kecuaian, malah anda dapat mengetahui saiz bateri honda city yang manakah lebih berkualiti. Kualiti bukan sahaja daripada jenama bateri kereta. Ianya juga berdasarkan berapa bacaan kod bateri yang dibekalkan.

Contoh saiz bateri kereta honda city seperti 38B20L , 42B20L, 45B20L dan juga 50B19L. Semakin tinggi nombor di hadapan maka semakin tinggi tenaga elektrik yang dibekalkan dalam bateri kereta anda. Jadi, anda juga tidak hairan mengapakah nilai bagi bateri kod 50B19L adalah lebih mahal dibandingkan 42B20L.

Bateri kereta honda city tahan berapa lama

Secara standardnya jika anda menanyakan bateri kereta honda city tahan berapa lama itu adalah subjektif. Ianya bergantung kepada banyak faktor antaranya adalah seperti cara pengunaan seseorang pemilik.

Untuk kebiasaan, bateri kereta honda city tahan sekitar 2 tahun ketika ianya menggunakan bateri dari kilang. Setelah anda tukar bateri kereta honda city menggunakan jenama bateri kereta luar, kebanyakkan akan bertahan dari 2 tahun hingga 3 tahun.

Ini adalah anggaran ketahanan sekiranya anda tidak membuat sebarang penambahan aksesori pada kereta honda city ini. Penambahan aksesori yang berlebihan dan melibatkan bateri kereta akan memberi kesan terhadap ketahanan bateri kereta honda city anda.

Antara tips untuk mendapatkan bateri kereta honda city yang tahan lama adalah memilih kod bateri yang lebih besar sesuai dengan penambahan aksesori yang dilakukan anda.

saiz bateri kereta honda city

Tukar bateri kereta honda city

Proses bagi tukar bateri honda city perlu dilakukan dengan tertib yang betul agar anda tidak melakukan kesilapan. Ikuti turutan tukar bateri kereta honda city secara diy di bawah dan pastikan anda membuat rujukan lain untuk kepastian sebelum anda melakukannya :

  1. Pastikan bateri kereta honda city yang baru telah pun dibeli.
  2. Enjin kereta berada dalam keadaan hidup.
  3. Buka bonet depan kereta anda.
  4. Pastikan kedudukan bateri kereta anda disebelah kanan jika anda menghadap dari arah depan bonet.
  5. Longgarkan skru wayar hitam (negatif) terlebih dahulu dan tanggalkan dari terminal bateri.
  6. Manakala, longgarkan skru wayar merah (positif) dan tanggalkan dari terminal bateri.
  7. Bawa keluar bateri kereta honda city yang lama.
  8. Bawa masuk bateri kereta honda city yang baru dan letakkan pada kedudukan terminal bateri positif negatif yang betul sama seperti bateri lama.
  9. Pastikan kedudukan bateri telah pun rata dan kemas pada tapak bateri kereta.
  10. Pasang wayar merah(positif) terlebih dahulu pada terminal bateri positif.
  11. Kemudian, pasang wayar hitam (negatif) pada terminal bateri negatif.
  12. Ikat kedua-dua skru wayar merah dan hitam dengan ketat dan kemas.
  13. Selesai tukar bateri kereta honda city.

Bateri remote kereta honda city

Kereta honda city yang menggunakan kunci dan tanpa kunci (keyless) akan dibekalkan dengan bateri kunci di dalamnya. Bateri kunci kereta honda city seharusnya tidak sama dengan honda city antara generasi.

Namun, kebanyakkannya bateri remote honda city akan menggunai bateri 3V dan mempunyai kod iaitu CR2025. Kod yang diberikan ini merupakan bateri kunci honda city sesuai digunakan.

Akan tetapi, untuk kepastian lebih lanjut, adalah lebih bagus untuk anda membuka dan check bateri kunci kereta honda city untuk kepastian berdasarkan bateri remote honda city yang telah lemah.

Bateri remote kereta honda city untuk sebiji agak mahal dengan kadar saiz yang kecil tetapi ketahanannya mampu bertahan hingga 2 tahun mengikut kekerapan pengunaan.

bateri remote kereta honda city

One thought on “Saiz bateri kereta honda city

Comments are closed.