Saiz bateri kereta myvi gen 3 : Teknologi terbaru
Saiz bateri kereta myvi gen 3. Generasi ke 3 untuk kereta myvi dilengkapi dengan beberapa teknologi terbaru yang memberikan kemudahan kepada setiap pemiliknya.
Namun, untuk perodua myvi gen 3 ini masih lagi yang tidak dilengkapi teknologi sistem eco-idle yang memberikan penjimatan kepada penggunaan bateri kereta myvi.
Oleh itu, saiz bateri kereta myvi yang digunakan juga turut berbeza oleh kerana kewujudan sistem eco-idle yang telah dilengkapi ataupun tidak dilengkapi.
Antara model myvi gen 3 yang tidak dilengkapi sistem eco-idle atau start-stop ini adalah myvi gen 3 1.3 sebelum facelift. Sebaik sahaja facelife diperkenalkan, keseluruhan myvi gen 3 sama ada enjin 1.3 atau 1.5 dilengkapi dengan sistem eco-idle.
Saiz bateri kereta myvi gen 3 tanpa sistem eco-idle
Saiz bateri kereta myvi yang digunakan bagi gen 3 yang tidak mempunyai sistem eco-idle adalah ns40zl. Pilihan saiz bateri kereta myvi gen 3 ini sangat banyak tidak mengira jenama apa yang dipilih oleh anda.
Saiz bateri kereta myvi gen 3 dilengkapi sistem eco-idle
Manakala, saiz bateri myvi gen 3 yang dilengkapi sistem eco-idle sesuai digunakan adalah seperti M42 EFB. Kod bateri ini menyokong sistem start-stop kereta myvi gen 3 bagi tempoh yang tertentu.

Kesimpulan
Kenali saiz bateri kereta myvi gen 3 yang perlu digunakan oleh kereta anda. Elakkan tersilap membeli saiz bateri kereta myvi gen 3 kerana ianya mempengaruhi harga bateri kereta myvi yang sepatutnya dibelanjakan.
Pingback: Saiz bateri kereta Myvi : Lama hingga terkini - Mekanikakereta