Saiz bateri kereta Proton Perdana : Model Awal, V6 dan Terbaru
Saiz bateri kereta Proton Perdana. Proton Proton Perdana adalah sebuah kereta sedan premium yang menawarkan prestasi dan keselesaan.
Kereta ini dilengkapi dengan pelbagai sistem elektrik yang canggih dan enjin yang lebih berkuasa. Oleh itu, ia memerlukan bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi untuk menyokong keperluan tenaga yang lebih besar.
Proton Perdana mula diperkenalkan pada tahun 1995 untuk generasi pertama mengeluarkan enjin 2.0cc. Tak lama kemudian Proton Perdana V6 pula dilancarkan bermula dari tahun 1998.
Manakala, bagi Proton Perdana generasi kedua pula bermula dari tahun 2013 hinggalah 2020 yang merupakan kerjasama dengan Honda dengan 2 jenis enjin iaitu 2.0cc dan 2.4cc .
Di artikel ini, anda boleh ketahui ciri-ciri bateri kereta Proton Perdana gunakan mengikut generasi sama ada pertama mahupun kedua.
Ikuti juga panduan bateri kereta proton untuk anda mudah lakukan perbandingan mudah dan ringkas pada model-model di bawah jenama sama.
Saiz bateri kereta Proton Perdana
Saiz bateri kereta Proton Perdana Generasi Pertama (1995-1997)
Setiap penggunaan bateri memerlukan saiz bateri agar ianya dapat membekalkan kuasa mencukupi bagi sesebuah kereta. Termasuklah bateri Proton Perdana model awal ini menggunakan saiz bateri NS70 yang merupakan kod sejak dari ianya keluar dari kilang lagi.
Bukan sahaja dari segi kuasa dan bekalan, malah ukuran fizikal bateri ini adalah cukup untuk memasukkannya kedalam tapak bateri yang telah disediakan dengan kemas dan rapi.
Saiz bateri kereta Proton Perdana V6
Bagi Proton Perdana V6, saiz bateri kereta yang disarankan adalah NS70. Bateri ini mempunyai kapasiti sekitar 60Ah, yang sesuai untuk menyokong enjin yang lebih besar dan pelbagai sistem elektronik canggih dalam Perdana V6.
Dengan saiz ini, ia memberikan bekalan tenaga yang stabil dan mencukupi untuk kenderaan yang lebih berprestasi tinggi.

Saiz bateri kereta Proton Perdana Generasi Kedua (2013-2020)
Dengan gelaran Proton Perdana Accord, kereta ini menggunakan saiz bateri NS60L sama ada 2.0cc mahupun 2.4cc .
Saiz bateri ini memang sama antara 2 enjin dari segi ukuran fizikal, namun ada sedikit perbezaan dari segi keperluan jumlah Ah (ampere hour).
Untuk kod yang lebih teliti seperti B24L, Proton Perdana 2.0 memerlukan minima 50B24L. Manakala, untuk Proton Perdana memerlukan minima digalakkan adalah saiz bateri 55B24L.

Jenis bateri kereta Proton Perdana
Bahagian jenis bateri kereta selalunya ramai yang jarang ambil peduli sebab rasa tak begitu penting pun. Ada terdapat 2 jenis bateri kereta yang boleh digunakan oleh kereta proton perdana anda sama ada generasi awal,V6 mahupun generasi baru perdana accord.
Antara jenis bateri kereta proton perdana tersebut adalah :
- Bateri jenis kering (Dry.Maintenance Free)
- Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
Bateri kering memang jadi pilihan utama pada semua model proton perdana sebab ianya pun dah sangat mudah digunakan sehingga anda tak perasan pun ada lagi 1 jenis bateri yang boleh dipilih.
Memang betul bateri kering paling senang digunakan tak perlukan perhatian dan penjagaan apa-apa pun dibandingkan bateri basah.
Bateri basah pada kereta proton perdana perlukan penjagaan air bateri kereta. Ada yang dah tahu jenis bateri basah boleh digunakan tapi malas nak fikir sebab rasa bateri basah kejap-kejap nak isi air bateri kereta.
Namun, bateri basah kena topup air mengikut jadual yang anda sendiri boleh tentukan sendiri antaranya seperti 1 bulan sekali untuk bateri baru.
Tak susah mana pun nak jaga bateri basah ni, tapi kelebihan dari segi ketahanan memang berbaloi dapat dirasai bila dah biasa guna setiap 1 biji bateri ini dibandingkan bateri kering.
Harga bateri kereta Proton Perdana
Setiap harga bateri Proton Perdana yang dibayar sudah pasti dari titik peluh anda yang inginkan kualiti dan kepuasan bagi setiap buah bateri.
Anda sangat tidak digalakkan untuk sekadar mendapatkan harga bateri yang murah dan fikir asalkan kereta boleh hidup dah cukup.
Ditambah pula dengan cerita beberapa pendapat luar yang kata beli je bateri murah, lagi tahan dari bateri mahal. Itu kalau nasib anda baik, kalau kurang baik boleh jadi bateri baru beli tu ibarat satu mainan tikam yang belum pasti ketahanannya.
Namun, untuk bateri Proton Perdana anda, sudah pasti anda nakkan terbaik agar bila pakai kereta langsung tak buat hal secara tiba-tiba sebabkan bateri habis atau kong.
Oleh itu, pastikan anda utamakan kualiti dari jenama bateri yang sudah ada pengalaman gunakan. Sekiranya nak bertukar arah angin dan ingin cuba jenama bateri baru, pastikan warranty minima 1 tahun diberikan kepada bateri baru tersebut.
Pastikan juga anda ketahui harga, jenis, dan saiz bateri kereta pada model-model di bawah jenama kereta yang sama untuk mudah anda lakukan perbandingan ringkas.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta Proton Perdana yang boleh anda rujuk :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Perdana |
| Motolite Hybrid | NS70 | Basah (Wet/Conventional) | RM240 |
| Century Hybrid | NS60 | Basah (Wet/Conventional) | RM180 |
| Motolite MF | 50B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM160 |
| Amaron Flo | 65D26L (NS70) | Kering (Dry/MF) | RM305 |
| GS | 55B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM235 |
P/s : Dapatkan maklumat lengkap mengenai bateri kereta agar segala permasalahan anda dapat diselesaikan dengan mudah dan ringkas.

Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta