Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta persona

Saiz bateri kereta persona. Apakah saiz bateri kereta yang sesuai untuk sebuah kereta model proton persona gunakan ?Adakah sama saiz untuk kereta persona baru dan persona lama ?

Dalam menggunakan kereta, anda pasti tidak akan terlepas dari melakukan rutin untuk mengekalkan keoptimum dalam penggunaan harian kereta anda.

Begitu juga untuk kereta proton persona anda, maintainance perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah ketika anda menggunakan kereta tersebut.

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Bagi bateri kereta persona ini, anda perlu mengambil tahu tentang saiz bateri persona secara asas dimana ianya penting ketika anda ingin membeli bateri kereta yang baru di kedai bateri kereta.

Saiz bateri kereta proton persona

Dalam mengetahui saiz bateri proton persona, ianya merujuk kepada kod yang ditetapkan pada bateri kereta anda. Bila anda sudah tahu kod dengan jelas, sudah pasti memudahkan anda untuk memilih jenis bateri kereta dan jenama bateri kereta apa sekali pun.

Namun, terdapat perbezaan dari segi saiz battery persona dan ianya berdasarkan keluaran kereta proton persona generasi pertama dan juga kedua. Berikut merupakan saiz bateri kereta proton lama dan juga baru :

1. Saiz bateri kereta persona baru

Ada beberapa pilihan kod bateri kereta bagi menentukan saiz bateri persona baru anda. Antaranya adalah seperti DIN55R, NS60R serta 46B24R. Apa beza antara semua kod bateri yang diberikan di atas ?

Kesemua adalah boleh digunakan untuk saiz bateri kereta persona anda, namun, untuk dapatkan ciri-ciri yang lebih spesifik untuk bateri kereta persona baru seperti tenaga elektrik yang lebih berkuasa atau besar anda perlu faham akan bacaan pada nombor kod tersebut.

saiz bateri kereta persona

2. Saiz bateri persona lama

Begitu juga dengan saiz bateri persona lama, anda boleh memilih kod bateri yang lebih spesifik seperti 55B24R dibandingkan 46B24R. Ini bermakna saiz bateri kereta yang lebih besar boleh dipilih dengan kelebihan dari segi ketahanan.

Namun, anda boleh sahaja memilih kod bateri yang lebih rendah atas sebab harga bateri kereta persona yang lebih murah dan berpatutan.

Adakah saiz bateri kereta persona mempengaruhi harga bateri kereta persona ?

Secara asasnya saiz bateri kereta persona akan terdapat perbezaan dari segi harga bateri kereta persona. Namun, bukan dari segi dimensi bateri kereta persona yang anda gunakan.

Dimensi seperti lebar, tinggi dan panjang bateri kereta persona lama dan baru adalah sama. Yang menjadikan ianya memberi kesan terhadap harga bateri kereta persona adalah berdasarkan kuasa elektrik yang dibekalkan.

Semakin besar tenaga elektrik dalam sesebuah saiz bateri kereta persona, maka semakin tinggi harga bateri kereta persona yang perlu anda keluarkan.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta persona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *