Saiz bateri kereta preve
Saiz bateri kereta preve. Apakah saiz bateri kereta yang tepat boleh digunakan oleh anda yang merupakan pemilik kereta proton preve ?
Pengenalan kepada saiz bateri kereta proton preve merupakan sedikit ilmu pengetahuan sekiranya anda sedang menghadapi bateri kereta lemah atau sudah kong .
Tidak semua orang pasti bateri kereta manakah yang sesuai untuk kereta proton preve. Hal ini demikian, bateri kereta preve tidak ditukar setiap hari, minggu mahupun bulan.
Walaupun bateri kereta preve yang anda gunakan itu perlu ditukar setiap tahun, anda berkemungkinan sudah terlupa dan tidak begitu yakin dengan saiz bateri kereta preve yang sebetulnya.
Kebaikan mengetahui saiz bateri kereta preve
Tidak semua orang yang menggunakan kereta proton preve mengetahui barangan apa yang sesuai digunakan. Hal ini kerana, terlalu banyak bahagian pada kereta preve ini termasuk dalam kategori pakai dan buang (wear anda tear).
Barangan pakai dan buang ini sampai masanya perlu digantikan kepada baru atau 2ndhand yang masih baik supaya kereta preve anda dapat digunakan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Salah satunya adalah bateri kereta preve itu sendiri. Bateri preve termasuk dalam kategori pakai dan buang. Namun, ianya tidaklah perlu diganti untuk setiap tahun.
Secara minimum 2 tahun penggunaan untuk setiap bateri preve adalah cukup bagus. Semakin lama bateri kereta preve digunakan, maka ianya menandakan semakin baik bateri preve yang anda gunakan.
Apakah saiz bateri kereta preve yang sebetulnya ?
Bateri preve saiz bukan hanya sekadar dimensi bateri kereta itu sendiri. Memang betul dimensi seperti panjang, lebar dan tinggi sesebuah bateri kereta preve itu penting untuk ianya kemas diletakkan dalam tapak bateri kereta preve anda.
Justeru, setelah bateri preve yang baru telah dipasang, maka bonet hadapan proton preve anda dapat ditutup dengan baik tanpa gangguan bateri kereta yang lebih tinggi.
Berikut merupakan saiz bateri kereta preve yang boleh anda dapatkan di pasaran atau kedai bateri kereta berdekatan rumah anda atau tempat kerja anda :
Saiz bateri kereta preve | Antara Jenama bateri kereta |
55D23L | Amaron Go |
75D23L | Century Marathoner Max |
75D23L | Robust |
85D23L | Amaron Hi-Life |
Jadual di atas merupakan saiz bateri kereta preve berdasarkan jenama bateri kereta yang boleh anda dapati di kedai bateri kereta. Jika anda lihat, bacaan yang sama diberikan iaitu D23L perlulah dikekalkan sebagai dimensi pada bateri preve.
Namun, bacaan hadapan pada kod bateri kereta preve dibolehkan berlainan yang bermula dari 55aH(minimum) hingga 85aH(antara tertinggi). Ianya adalah sebagai pilihan bekalan tenaga elektrik yang perlu anda pilih mengikut keperluan anda.
Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta