Tanda bateri kereta alza lemah
Tanda bateri kereta alza lemah. Bagaimanakah anda sebagai pemilik kereta nak tahu tanda bateri kereta alza lemah yang bakal berlaku kepada anda supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini ?
Kereta perodua alza merupakan kereta tempatan yang menjadi pilihan yang sudah tentu untuk sebuah keluarga yang bersaiz sederhana bilangannya. Namun, dari masa ke masa setelah ianya dibeli, tiba masanya untuk bateri kereta alza ini menimbulkan sedikit masalah.
Masalah yang dikatakan merupakan hanya masalah barangan kereta pakai dan buang yang perlu anda maintain iaitu bateri kereta untuk kereta alza. Jika anda beli alza keluaran baru pasti tidak mengalami masalah ini dari awalnya.
Namun, tiba masanya akan terjadinya juga tanda bateri kereta lemah alza. Ini menandakan anda perlu membuat sesuatu terhadap bateri kereta anda sama ada menghantar untuk pengecasan atau pun tukar bateri kereta kepada yang baru.
Baca juga : Tanda bateri kereta kong
Senarai tanda-tanda bateri kereta alza lemah
Antara tanda-tanda yang boleh anda pastikan ianya adalah disebabkan bateri kereta alza lemah adalah seperti berikut :
- Enjin kereta alza perlu di start beberapa kali setiap permulaan hari di waktu pagi.
- Lampu kereta pada waktu malam terasa sedikit malap dari kebiasaan.
- Terdapat nyalaan simbol bateri kereta pada meter kereta selepas enjin dihidupkan.
Apakah yang perlu dilakukan sebaik sahaja tanda bateri kereta alza lemah berlaku kepada anda ?
Ada dua tindakan yang perlu anda buat sebaik sahaja tanda bateri kereta alza lemah telah berlaku iaitu :
1. Cek tarikh bateri kereta alza anda
Jika tanda ini telah terjadi, dalam masa terdekat anda perlu melakukan cek pada tarikh bateri kereta alza. Tarikh yang ditulis pada permukaan atas bateri kereta itu menandakan bilakah anda membeli bateri kereta tersebut sebelum ini.
Jadi, anda boleh tahu sudah berapa lama anda menggunakan bateri kereta tersebut. Oleh itu, bila sudah melebihi 2 tahun dan ke atas ianya telah digunakan, maka barulah anda dapat pastikan sudah sampai masanya untuk menggantikan bateri kereta yang baru atau tidak. Ikuti langkah seterusnya di bawah.
2. Bawa kereta ke kedai bateri kereta terdekat
Seterusnya adalah bawa kereta anda ke kedai bateri kereta berdekatan kediaman anda. Tujuannya adalah bagi check bateri kereta anda melalui alat bernama multimeter.
Alat multimeter ini boleh membaca baki kuasa bateri kereta anda. Ada kalanya bateri kereta alza anda hanya lemah sahaja, jadi anda boleh mengecas bateri tersebut dan tidak perlu lagi membeli bateri kereta baru buat seketika.
Anda mempunyai 2 pilihan, sama ada tukar bateri kereta alza baru atau membuat pengecasan saja dulu. Di sinilah bergantung kepada keputusan anda sebaik sahaja kepastian tanda bateri kereta alza lemah anda telah dibuat.
Bagaimana nak tahu jika kereta breakdown namun bukan disebabkan tanda bateri kereta alza lemah ?
Ada faktor lainyang seakan-akan sama dengan tanda bateri kereta alza lemah contohnya seperti alternator kong. Walaupun alternator jarang sekali kong, namun ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Lebih-lebih lagi bila anda dah pastikan tanda bateri kereta alza lemah tadi telah dibuat. Contohnya bila anda cek bateri kereta guna multimeter, bacaan meter menunjukkan masih berada di tahap baik.
Disitulah boleh anda tahu yang masalah anda bukanlah berpunca dari bateri kereta alza lemah. Sebab itulah amat penting anda tidak terus membuat keputusan masalah yang hadapi adalah bateri kereta, malah masalah lain selain darinya.
Berapa lama masa kereta mampu bertahan dari tanda bateri kereta alza lemah itu bermula ?
Sebaiknya anda tidak menangguhkan perkara ini kerana bila-bila masa bateri kereta alza lemah tersebut akan menjadi kong tanpa mengira waktu. Ada orang buat tak tahu sahaja dengan tanda bateri kereta alza lemah ini.
Dan secara beberapa hari kemudian terus menghadapi masalah enjin kereta tidak boleh dihidupkan yang membawa maksud bateri kereta sudah pun habis.
Pingback: Paling ketara Tanda bateri kereta kong sesebuah kereta - Mekanikakereta