Cas bateri kereta tahan berapa lama ?
Cas bateri kereta tahan berapa lama ? Apakah yang menjadikan sesebuah cas bateri kereta itu akan bertahan jauh lebih lama ?
Apakah jaminan terhadap tempoh bateri kereta tertentu bakal memberikan manfaat dari segi keupayaan ianya bertahan ?
Apa kebaikan sekiranya anda mengambil langkah untuk mengecas bateri kereta yang sudah lemah atau hampir kong ?
Kenapa tidak beli saja bateri kereta baru yang lebih menjamin keselamatan terutamanya hendak menggunakan kereta pada waktu kecemasan?
Di artikel ini merupakan pengalaman dan pendapat aku sendiri sekiranya anda nak cas bateri kereta. Perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengupas dan membantu tentang apa di fikiran anda sebelum atau sudah mengecas bateri kereta.
Apa yang boleh anda lakukan supaya cas bateri kereta bertahan ?Tapi sebelum itu mari kita lihat apakah kebaikan sekiranya anda mengecas bateri kereta.
Kebaikan disebalik mengecas bateri kereta
Secara asasnya kita dapat menjimatkan duit dari perlu membeli bateri kereta yang baru buat seketika. Namun, kita perlu lihat kebaikan ini juga perlu selari dengan tempoh penggunaan bateri kereta.
Bukan semua keadaan sesuai untuk bateri kereta anda buat pengecasan. Apa yang penting bila masuk sahaja tahun kedua anda menggunakan bateri kereta ini, dan dalam masa yang sama sudah mempunyai tanda bateri kereta lemah atau nak kong, anda bolehlah menghantar cas bateri kereta tersebut.
Selain itu, tempoh penggunaan bateri kereta akan bertahan lebih lama dari yang anda sangka. Namun, pengecasan bateri kereta perlu mengikut spesifikasi kepada cas bateri kereta. Teruskan pembacaan anda di bawah.
Apakah faktor kepada cas bateri kereta tahan berapa lama ?
1. Berapa lama bateri itu dicas
Bagi anda yang mengecas bateri kereta sendiri mahupun cas bateri kereta di kedai, tempoh pengecasan yang cukup perlu dibuat sehinggalah bacaan multimeter itu menunjukkan perbezaan sebelum cas bateri kereta dan selepas cas bateri kereta dibuat.
Jika tidak cukup tempoh pengecasan, maka cas bateri kereta tersebut tidak akan bertahan lama.
2. Tempoh penggunaan bateri kereta sebelum di cas
Keadaan ini juga perlu anda ambil kira. Jika bateri kereta adalah baru dibeli, ada kemungkinan bukan faktor masalah bateri kereta anda yang menyebabkan elektrik di dalam bateri itu cepat habis.
Kenal pasti terlebih dahulu masalah sebenar mengapa bateri kereta anda cepat habis sebelum pengecasan dibuat.
Seterusnya, jika bateri kereta yang anda gunakan melebihi 4 tahun ke atas, pengecasan bateri kereta adalah tidak digalakkan kerana bateri kereta tersebut sudah sampai limit maksimum ianya digunakan walaupun pengecasan dibuat.
Tempoh bateri kereta yang paling sesuai untuk anda hantar cas adalah antara 2 tahun hingga 3 tahun setengah penggunaan.
3. Kekerapan menggunakan kereta selepas di cas
Sekiranya kereta anda hanya parking sahaja, berkemungkinan ketahanan bateri kereta tersebut walaupun selepas cas dibuat tidak akan berlanjutan lama.
Hal ini kerana, aliran elektrik dalam bateri kereta akan diserap ke bumi sebagai proses aliran neutral atau semula jadi.
4. Penjagaan servis kereta yang baik
Faktor yang agak memainkan peranan dalam cas bateri kereta tahan antaranya adalah penjagaan minyak enjin dengan baik.
Walaupun kereta anda kerap digunakan, punca dari minyak hitam yang telah pekat mengakibatkan tarikan tenaga elektrik lebih kuat berbanding kebiasaan kereta dijaga servisnya.
5. Bergantung kepada nasib jika di atas sudah dijaga namun bateri kereta tetap cepat lemah
Jika faktor di atas sudah dijaga, namun pengecasan bateri kereta tetap tidak bertahan, disarankan supaya tukar saja bateri kereta yang baru.
Hal ini kerana, sekiranya anda bergantung kepada cas bateri kereta tadi, takut akan menjadi masalah kehabisan bateri kereta bila-bila saja akan tanpa anda sendiri duga.
Cas bateri kereta tahan berapa lama secara logiknya ?
Untuk anda yang nak tahu berapa lama bateri kereta akan bertahan selepas anda mengecas bateri kereta, perlu mengikuti faktor di atas dulu supaya anda tahu kelebihan cas bateri kereta atau sebaiknya terus beli bateri yang baru.
Bateri kereta selepas anda membuat pengecasan akan bertahan selama 1 bulan hingga 6 bulan dari tempoh mulanya anda menghantar cas.
Sebaik sahaja bateri kereta tersebut kong selepas itu, anda digalakkan untuk tidak mengecasnya lagi dan membeli bateri kereta yang baru.
Pingback: Cas bateri kereta perlu atau tidak ? - Mekanikakereta