Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Paling ketara Tanda bateri kereta kong sesebuah kereta

Tanda bateri kereta kong. Apakah tanda-tanda awal atau hampir dengan waktunya untuk sesebuah bateri kereta kong itu terjadi kepada kereta anda?

Adakah penting untuk anda ketahui tanda bateri kereta kong ini bila akan terjadi ? Apakah kesan sekiranya anda tidak peduli dengan tanda-tanda bateri kereta kong yang sedang berlaku kepada anda ?

Adakah betul ianya disebabkan bateri kereta kong atau masalah lain pada kereta anda? Apakah langkah yang terbaik yang perlu diambil sekiranya tanda bateri kereta kong itu terjadi ?

Bolehkah untuk anda menangguhkan tukar bateri kereta yang baru ? Berapa lama lagi masa yang berbaki sebaik sahaja anda baru saja menerima tanda bateri kereta kong ?

Persoalan di atas akan di jawab mengikut pengalaman dari aku sendiri. Sudah tentu lain orang lain permasalahannya. Jika ianya sama, moga dapat membantu sedikit sebanyak merungkai apa yang tertanya di fikiran anda.

Adakah penting bila terjadinya bateri kereta kong ?

Situasi setiap orang tidaklah sama. Namun, ianya boleh dijadikan pembelajaran sebaiknya kepada orang yang sama menghadapinya. Tanda tanda bateri kereta kong merupakan perkara yang penting untuk anda ketahui.

Tanda bateri kereta nak habis pasti akan berlaku sama ada anda perasan ataupun tidak perasan sama sekali. Hal ini demikian, jika sudah merasai tanda bateri kereta nak habis pasti anda membiarkannya kerana tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Jika anda seorang yang start enjin dan terus jalan, pastinya akan berlaku kepada anda. Setidak-tidaknya anda mempunyai pengetahuan tanda bateri kereta dah nak habis atau kong agar menjadi satu langkah pencegahan kepada kesan yang bakal anda hadapi.

Apakah kesan sekiranya tidak peduli dengan tanda bateri kereta nak kong ?

Kesannya tidaklah seteruk mana. Namun, bila ianya tidak mengira tempat dan waktu, pasti akan menjadi kerisauan terutamanya tentang keselamatan diri anda. Hal ini kerana, kesan yang bakal anda lalui dapat dielakkan bila berhadapan dalam situasi seperti :

  1. Kereta tidak boleh start semasa betul-betul perlu menggunakan kereta diwaktu kecemasan.
  2. Kerosakan atau breakdown terjadi semasa berada di atas jalan raya terutamanya semasa menghadapi traffic jam.
  3. Kereta tidak boleh dihidupkan sewaktu hendak balik dari tempat kerja pada lewat malam.

Perkara ini perlu dipandang serius supaya anda tidak melalui episod gelap ini. Disebabkan itulah tanda bateri kereta kong amat penting diambil kira supaya anda dapat mengelakkan masalah lebih buruk terjadi.

tanda bateri kereta kong
Tanda bateri kereta kong

Adakah betul ianya disebabkan bateri kereta kong atau masalah lain ?

Persoalan ini akan terjawab sekiranya anda mengetahui tanda bateri kereta kong dari awal lagi. Jika anda beri perhatian pada tanda-tanda tersebut, memang anda dah boleh agak masalah bateri kereta habis adalah jawapannya.

Ianya sangat senang untuk anda ketahui. Lebih-lebih lagi aku akan beritahu cara nak dapatkan kepastian sebaik sahaja tanda-tanda bateri kereta kong tadi sudah terjadi sama ada berturut-turut atau sekali sahaja ianya terjadi.

Tanda-tanda bateri kereta kong terjadi kepada kereta anda

Ada beberapa tanda bateri kereta kong anda boleh lihat dan laluinya sendiri. Bila dah tahu, pastikan anda alert dengan situasi yang akan datang terjadi kepada kereta anda.

Antara tanda bateri kereta kong adalah seperti berikut :

1. Start enjin kereta melebihi 1 kali

Tanda bateri kereta kong ini tidaklah terlalu ketara. Jika anda hanya mengalaminya sekali sahaja dalam seminggu, ia bukanlah tanda bateri kereta kong yang kuat untuk anda klasifikasikan sebagai kehabisan bateri kereta.

Sekiranya kerap ianya terjadi sewaktu start enjin kereta terutamanya pada waktu pada anda start enjin, maka ianya merupakan tanda bateri kereta kong yang awal.

Ianya tidak tertakluk kepada tanda bateri kering kereta kong sahaja, malah juga untuk bateri kereta basah.

2. Simbol bateri kereta

Sebaik sahaja kereta anda dah dihidupkan enjin kereta, anda akan perasan simbol bateri kereta akan menyala pada paparan meter kereta anda. Nyalaan simbol bateri kereta itu akan keluar lebih kurang 1 hingga 2 saat sahaja.

Itu menandakan tanda bateri kereta kong akan terjadi dalam masa terdekat. Tetapi pastikan terlebih dahulu ianya terjadi dalam beberapa hari anda perasan ianya mula mengeluarkan simbol bateri kereta itu.

3. Alarm kereta berbunyi

Alarm kereta berperanan mengeluarkan bunyi dan memberikan amaran kepada persekitaran akibat dari pencerobohan pada kereta melalui pintu kereta secara tidak sah.

Jangan terkejut jika tiba-tiba alarm kereta anda tiba-tiba sahaja berbunyi walaupun tiada berlaku sebarang pencerobohan. Hal ini kerana, tanda bateri kereta kong akan berlaku alarm berbunyi secara tiba-tiba.

Alarm kereta berbunyi sendiri ini menandakan amaran kecil supaya anda beri perhatian kepada tahap kurangnya cas bateri kereta anda sebelum ianya kong secara sepenuhnya.

4. Lampu amaran bateri menyala

Lampu pada meter yang timbul simbol bateri kereta akan menyala sekiranya bateri kereta anda hampir kehabisan.

Tanda bateri kereta cepat kong ini juga boleh akan perasan sebaik sahaja enjin kereta baru sahaja dihidupkan.

Lampu bateri menyala sebelum start enjin itu bukanlah tandanya. Lampu amaran bateri kerete menyala sebaik sahaja kereta telah anda start.

lampu amaran bateri menyala
Lampu amaran bateri menyala

Adakah terdapat cara bagi memastikan tanda tanda bateri kereta nak kong itu adalah benar ?

Walaupun anda dah didedahkan dengan tanda bateri kereta kong di atas, namun, terdapat cara akhir supaya anda betul-betul mendapatkan kepastian bateri kereta kong itu adalah betul.

Ada dua cara yang mudah untuk anda pastikan tanda bateri kereta dah kong itu adalah benar iaitu :

  1. Check pada bateri kereta anda dan rujuk tarikh yang ditanda semasa pembelian sebelum ini adakah sudah melebihi 2 tahun ataupun tidak.
  2. Bawa kereta ke kedai bateri kereta dan minta untuk check baki bateri kereta anda berada ditahap mana. Kemudian, minta nasihat sebaik sahaja anda perlu tukar bateri kereta baru atau boleh cas sahaja dulu.

Bagaimanapun, kedua cara di atas perlu anda dahulukan dengan melihat kembali pada tarikh bila anda membeli bateri kereta yang sedang anda gunakan itu.

Baca juga : Tanda bateri kereta alza lemah

Apakah langkah terbaik sebaik sahaja anda dah pastikan tanda bateri kereta kong itu adalah betul ?

Sebaik sahaja anda sudah melepasi tarikh 2 tahun penggunaan bateri kereta tersebut dan dalam masa yang sama sudah mempunyai tanda bateri kereta kong seperti dinyatakan, sudah pasti jawapannya adalah segera tukar bateri kereta yang baru.

Buat survey di kedai bateri kereta atau di internet bateri kereta yang sesuai untuk kereta anda. Lebih baik anda menggunakan jenama yang sama seperti bateri kereta yang sedang anda gunakan ini.

Seperi aku sendiri, bila dah tahu tanda bateri kereta myvi kong, aku terus buat servey di internet kedai bateri kereta berdekatan.

Berapa lama bateri kereta boleh bertahan jika sudah ketahui tanda bateri kereta kong ?

Saranan sebaiknya untuk anda segera tukar bateri kereta yang baru. Jika anda ingin menangguhkan hasrat tukar bateri kereta baru buat seketika, anda boleh menghantar bateri kereta untuk di cas semula.

Namun, proses mengecas bateri kereta memerlukan masa 6 hingga 8 jam. Hantar bateri kereta anda di kedai bateri kereta untuk dicas pagi dan ambil semula pada waktu petang.

Oleh itu, jika anda dah buat pengecasan, ianya tidak akan bertahan lama. Paling lama ia akan bertahan 1 minggu minimum hingga 6 bulan maximum mengikut ketahanan sesebuah bateri kereta.

3 thoughts on “Paling ketara Tanda bateri kereta kong sesebuah kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *