Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Wayar merah dan hitam positif negatif

Wayar merah dan hitam positif negatif. Apakah sebenarnya itu wayar merah hitam positif negatif dan fungsi yang boleh anda ketahui sebelum melakukan sesuatu terhadap bateri kereta anda ?

Sesebuah kereta akan dibekalkan dengan wayar yang berperanan sebagai menyalurkan aliran elektrik kepada bahan-bahan elektronik dalam kereta anda.

Ianya bukanlah sesuatu yang perlu dipandang serius dan jika kesilapan berlaku boleh mengakibatkan beberapa kesan yang lebih buruk kepada keseluruhan bahan elektronik kereta anda.

Bahkan, litar pintas juga boleh terjadi kerana kesilapan yang dianggap remeh oleh segelintir pengguna kereta akan membawa kepada kebakaran kereta itu terjadi.

Apakah itu wayar merah hitam positif negatif ?

Wayar merah dan hitam menandakan ianya mempunyai unsur positif dan negatif. Wayar merah menandakan ianya membawa aliran positif. Manakala, wayar hitam merupakan unsur negatif.

Keduanya mempunyai fungsi membawa aliran dengan bermula dari wayar merah positif dan kembali semula aliran elektrik kepada wayar hitam atau negatif.

wayar merah dan hitam positif dan negatif

Wayar merah positif dipasang pada terminal positif bateri kereta. Namun, untuk wayar hitam dipasang kepada terminal bateri negatif yang merupakan datang dari arah badan kereta atau body kereta.

Aliran wayar merah dan hitam positif negatif merupakan satu aliran lengkap dan jika tiada salah satunya, maka bateri kereta tidak dapat bekerja. Malahan, jika salah satu wayar tersebut longgar dan tidak diikat dengan kemas, akan menyebabkan enjin kereta gagal untuk dihidupkan.

Baca juga : Cara pasang bateri kereta positif negatif

Cara bezakan wayar positif dan negatif

Kehadiran warna pada wayar positif dan negatif akan memudahkan anda dalam pemasangan dan penyambungan barangan elektronik. Ianya bukan khusus untuk bateri kereta sahaja, malah pelbagai lagi barangan yang menggunakan asas elektrik dan elektronik.

Untuk membezakan wayar kedua ini, maka penetapan warna wayar merah adalah sebagai positif dan hitam adalah negatif secara dasarnya. Jadi, jika anda lihat sahaja pada warna ini, maka mudah untuk anda melakukan kerja-kerja pemasangan.

Ciri-ciri bagi membezakan warna wayar merah dan hitam positif dan negatif ini amat ditekankan terutamanya dari segi aspek keselamatan. Warna wayar yang betul dilapik dengan getah yang berwarna untuk mengelakkan dari tercampur satu dengan lain.

Justeru, wayar merah hitam positif dan negatif dapat digunakan dengan baik walaupun ianya diletakkan dalam satu komponen yang sama.

One thought on “Wayar merah dan hitam positif negatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *