Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta kancil

Saiz bateri kereta kancil. Apakah saiz yang sepatutnya bateri kereta kancil gunakan sekiranya anda ingin menukar kepada bateri yang baru ?

Fungsi sesebuah bateri kereta adalah sebagai membekalkan tenaga kepada kereta kancil anda. Tenaga elektrik akan di simpan dalam bateri kereta supaya ianya dapat digunakan bermula dari menghidupkan kereta kancil anda.

Penggunaan bateri kereta kancil tidaklah secara sepenuhnya kerana ianya disokong oleh komponen lain seperti alternator. Jadi, setiap bateri kereta itu akan bertahan lebih lama.

Sekiranya sudah tiba masanya bateri kereta kancil berada dalam keadaan lemah atau hampir kong/habis, maka di sini lah peranan untuk membeli bateri kereta kancil yang baru perlu dilakukan.

Sebelum hendak membeli, sudah pasti anda perlu mengetahui beberapa spesifikasi yang salah satunya adalah saiz bateri kereta kancil.

Apakah saiz bateri kereta kancil yang sesuai anda gunakan ?

Setiap saiz bateri kereta yang dijual di kedai bateri kereta adalah tidak sama. Ada pelbagai pilihan yang mungkin akan memeningkan anda jika anda terus datang ke kedai bateri kereta tanpa mengetahui saiz bateri kancil yang anda inginkan.

Justeru, dengan mengetahui apa yang anda inginkan tidak menampakkan anda berasa kekok dengan terus meminta saiz bateri kancil dalam keadaan yakin.

Saiz bateri kereta kancil adalah berdasarkan kod bateri kereta. Kod inilah akan menentukan saiz bateri kancil anda betul atau sebaliknya. Kod bagi saiz bateri kereta kancil tersebut adalah NS40, NS40ZL, 38B19L , 38B20L dan juga 40B20L.

Bacaan saiz bateri kereta kancil melalui kod ini memudahkan anda walaupun anda meminta pihak kedai bateri kereta memasang bateri kereta yang baru mahupun anda membeli bateri kereta kancil dan memasangnya sendiri.

saiz bateri kereta kancil

Bolehkah untuk menukar jenama bateri kereta lain tetapi mempunyai saiz bateri kereta kancil yang sama ?

Penukaran jenama bateri kereta kerap kali menjadi persoalan daripada orang ramai. Ada pemilik yang berasa takut untuk menukar jenama bateri kereta atas faktor akan memberi kesan negatif kepada kereta kancil tersebut.

Namun, adakah betul jenama bateri kereta boleh menyebabkan kesan negatif tersebut ? Jawapannya adalah tidak benar. Seseorang pemilik kereta kancil sudah pasti mempunyai jenama bateri kereta yang telah dipercayai sejak dari dahulu lagi.

Jadi, penukaran kepada jenama bateri kereta yang lain tidak menjadikan kesan apa-apa. Apa yang penting anda perlu mencari saiz bateri kereta kancil yang sama dan bacaan AH yang sama dan juga lebih tinggi.

Contohnya, jenama bateri kereta A menggunakan saiz bateri kancil 38B19L, maka jika anda menukar jenama bateri kereta lain, pastikan anda menggunakan kod yang sama atau yang lebih baik dari itu seperti 45B20L.

Kelebihan mengetahui saiz bateri kereta kancil lebih awal

Melalui saiz bateri kereta kancil turut dapat mengelakkan anda dari membayar harga bateri kereta kancil yang salah. Harga bagi saiz bateri kancil tidaklah terlalu mahal, dan juga tidak terlalu murah.

Selain itu, anda juga boleh menentukan saiz bateri kancil berdasarkan cc enjin anda. Jika anda ingin mendapatkan saiz bateri kancil 850, maka buat pilihan berdasarkan bacaan (AH) hadapan yang lebih besar seperti 40B20L.

Lebih besar bacaan hadapan, maka lebih besar kapasiti yang bakal dibekalkan dari bateri kereta kancil kepada kereta anda. Namun, ianya terdapat had berdasarkan saiz bateri kancil.

Oleh yang demikian, anda juga boleh terus membuat pemasangan bateri kereta kancil yang baru tersebut dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta kancil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *