Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Ativa

Saiz bateri kereta Ativa. Apakah ukuran bagi bateri kereta ativa yang sesuai untuk anda ketahui sebelum pergi menukar bateri kereta yang baru ?

Proses memiliki bateri kereta baru seharusnya dimulakan dengan beberapa langkah. Antara langkahnya adalah sama ada anda ingin melakukan tukar bateri kereta dengan cara bagaimana.

Melalui cara tersebut, anda tetap masih perlu melalui proses mengenali saiz bateri kereta. Terdapat banyak saiz bateri kereta yang dijual di kedai-kedai bateri kereta.

Di artikel ini, anda boleh mengetahui saiz bateri ativa yang sesuai untuk anda. Langkah yang diambil ini sangatlah penting supaya pemasangan bateri kereta ativa anda berjalan dengan teratur dan juga tiada sebarang masalah.

Proses tukar bateri kereta ativa

Terdapat 2 cara dalam tukar bateri kereta ativa anda iaitu :

  1. Tukar bateri kereta ativa di kedai bateri kereta
  2. Tukar bateri kereta ativa secara sendiri atau diy (do it yourself)

Dua cara dalam proses tukar bateri kereta ativa di atas perlu dipilih oleh anda. Nak mudah pilih tukar bateri kereta di kedai bateri kereta. Jika anda hendak tukar bateri kereta yang baru sendiri di rumah pun amat di galakkan atas beberapa faktor.

Antara kelebihan menukar bateri kereta secara sendiri adalah anda lebih tahu banyak maklumat tentang kereta ativa anda lebih-lebih lagi mengenai saiz bateri ativa yang tepat.

saiz bateri kereta ativa

Apakah saiz bateri kereta ativa yang sesuai digunakan ?

Saiz bateri ativa yang betul akan memberikan ketenangan kepada setiap pemilik kereta ativa semasa pemanduan. Pemilihan saiz bateri kereta ativa perlu dititik beratkan lebih-lebih jika anda membeli bateri kereta ativa sendiri dan memasangnya di rumah.

Oleh itu, pastikan saiz bateri ativa anda adalah mempunyai kod bateri M42. Secara lebih jelasnya pilih kod bateri M42 atau M42L. Kod tersebut adalah amat sesuai untuk sebuah kereta ativa gunakan.

Saiz bateri kereta m42 untuk ativa akan menyokong sistem teknologi terkini iaitu idle system atau dikenali sebagai sistem eco idle. Objektif bateri kereta bagi kod ini adalah terhadap ketahanan akan menghidupkan enjin untuk jumlah yang banyak.

Dibandingkan dengan saiz bateri kereta biasa, ianya tidak dapat menyokong teknologi yang terbaru ini dan boleh menyebabkan bateri kereta tersebut akan cepat kehabisan sumber tenaga elektrik.

Apakah kesan sekiranya anda tersalah memilih saiz bateri ativa ?

Secara asasnya jika anda memilih salah saiz bateri ativa akan menyebabkan bateri kereta tidak boleh memasuki tapak bateri kereta ativa yang asal.

Jika diikutkan saiz bateri kereta ativa ini merupakan berskala paling kecil. Jika anda menggunakan saiz bateri yang lebih lebih, maka ianya tidak boleh diletakkan dengan kemas.

Selain itu, kadar tenaga dalam bateri kereta m42 battery ativa cukup untuk memberikan tempoh penggunaan sama seperti bateri kereta biasa. Namun, dalam masa sama saiz bateri ativa memberikan kelebihan kepada penjimatan minyak yang lebih baik.

Jika menggunakan saiz bateri ativa selain m42, ianya akan memberikan masalah kepada objektif yang ingin diberikan yang salah satunya adalah kegagalan mengaktifkan eco idle.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Ativa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *