Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Ativa : Pemilihan mana paling tepat

Bateri kereta ativa. Apakah ciri-ciri bagi bateri kereta ativa yang perlu anda beri perhatian sebelum anda hendak menukar kepada bateri kereta yang baru ?

Pada masa sekarang sudah ramai yang memilih kereta SUV sebagai kenderaan harian. Antara kereta suv yang menjadi pesaing terkini adalah perodua ativa.

Apabila sudah memiliki kereta ativa ini, anda perlulah mengetahui tentang cara nak maintain dengan baik. Di artikel ini, bateri kereta perodua untuk ativa merupakan salah satu perkara yang perlu anda beri fokus.

Setiap bateri kereta pasti akan ada tempoh tamatnya. Bateri ativa juga tidak terlepas daripada kehabisan tenaga elektrik dalam bateri tersebut. Jadi, apakah yang perlu anda tahu tentang bateri kereta ativa ini ?

Ikuti ciri-ciri penting mengenai bateri kereta ativa selanjutnya supaya anda dapat maintain akan penggunaan kereta ativa ini secara harian, mingguan mahupun jarang-jarang.

Saiz bateri kereta Ativa

Untuk mencari bateri kereta ativa yang betul, anda boleh mulakan dengan mengetahui tentang saiz bateri kereta ativa.

Saiz bateri ativa perlu anda rujuk dengan baik agar ianya sesuai dengan saiz tapak bateri bagi kereta ativa anda serta memberikan bekalan elektrik yang mencukupi kepada seluruh komponen elektrik dan elektronik kereta ativa anda.

Rujukan kod bateri kereta pada perodua ativa antaranya adalah seperti m42 battery ativa. Saiz bateri ativa ini agak sensitif dan tidak boleh disamakan dengan bateri kereta biasa.

Hal ini kerana m42 battery ativa perlu dinyatakan pada bateri kereta yang baru anda beli bagi menyatakan ianya adalah kod bateri m42 itu sendiri.

bateri kereta ativa

Apakah kesan sekiranya anda tersalah memilih saiz bateri ativa ?

Secara asasnya jika anda memilih salah saiz bateri ativa akan menyebabkan bateri kereta tidak boleh memasuki tapak bateri kereta ativa yang asal.

Jika diikutkan saiz bateri kereta ativa ini merupakan berskala paling kecil. Jika anda menggunakan saiz bateri yang lebih lebih, maka ianya tidak boleh diletakkan dengan kemas.

Selain itu, kadar tenaga dalam bateri kereta m42 battery ativa cukup untuk memberikan tempoh penggunaan sama seperti bateri kereta biasa. Namun, dalam masa sama saiz bateri ativa memberikan kelebihan kepada penjimatan minyak yang lebih baik.

Jika menggunakan saiz bateri ativa selain m42, ianya akan memberikan masalah kepada objektif yang ingin diberikan yang salah satunya adalah kegagalan mengaktifkan eco idle.

Jangan tersilap pasang bateri ns40zl, walaupun saiz fizikalnya nampak sama, tetapi kereta ativa untuk semua spec memerlukan bateri M42 kerana sistem eco-idle. Kalau dah terbeli, alamatnya jangka hayat pasti akan berkurang hingga boleh capai dalam beberapa bulan sahaja – MekanikaKereta Tips

Jenis bateri kereta Ativa

Selain itu, anda perlu mengenali jenis bateri kereta ativa. Ada banyak jenis bateri kereta dijual di kedai-kedai bateri kereta. Bagi kereta perodua ativa juga mempunyai spesifik jenis bateri kereta.

Tujuan bagi memilih jenis bateri kereta ativa sudah pasti untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik yang optimum yang boleh anda gunakan selama mungkin dan sebaik mungkin.

Sekiranya anda memilih jenis bateri kereta ativa yang salah, ianya memberi kesan terhadap penggunaan harian. Ianya tidak mampu bertahan sama seperti bateri ativa sejak anda baru memilikinya.

Hal ini demikian akan melibatkan urusan harian anda terganggu dan akan memakan masa setiap kali bateri kereta habis atau kong.

bateri ativa

Harga bateri kereta ativa

Lebih utama lagi bila anda ingin tahu tentang harga bateri kereta ativa ini. Ada perlu faham, kesemua model bagi kereta perodua ativa ini iaitu spec advance atau AV, H spec dan juga X spec menggunakan jenis bateri kereta ativa yang sama.

Harga bateri ativa sebenarnya agak mahal sedikit dibandingkan bateri kereta biasa. Ianya mahal kerana didatangkan dengan sokongan terhadap teknologi idle system atau eco idle.

Jika anda hanya ingin mendapatkan harga bateri perodua ativa yang murah tanpa mengambil kira teknologi eco idle ini, maka kesannya akan di rasai tidak lama selepas itu.

Anda ingat nak jimat, rupanya lebih banyak duit kena keluarkan disebabkan bateri kereta biasa tidak akan tahan sama seperti jenis bateri kereta ativa yang sepatutnya anda gunakan.

Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

1. Harga bateri kereta ativa baru

Untuk anda memiliki sebuah bateri yang baru, harga bateri kereta ativa yang dijual di pasaran kini adalah antara RM280 hingga RM300 sahaja. Anggaran harga bateri perodua ativa ini adalah terhad kepada beberapa jenama bateri kereta.

Berikut merupakan anggaran bagi harga bateri ativa berdasarkan jenama bateri kereta :

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta Ativa
CenturyRM290
AmaronRM280
TachiRM250
VartaRM300
RobustRM295

2. Harga bateri kereta ativa secondhand

Walaupun sangat jarang bateri kereta secondhand ini dijual, tetapi masih terdapat kedai-kedai bateri kereta akan menjual barangan terpakai termasuklah bateri kereta secondhand.

Bateri secondhand ini mempunyai harga di antara RM120 hingga RM150 sahaja. Namun, tiada sebarang warrantly diberikan sekiranya anda membeli bateri ini.

harga bateri kereta ativa

Apakah bezanya bateri kereta baru dan secondhand selain dari harga bateri kereta ativa ?

Kelebihan antara bateri kereta ini adalah berdasarkan keupayaan sesebuah bateri kereta itu digunakan. Namun, ianya bergantung kepada bagaimana cara anda mengelola kereta anda setiap hari, minggu dan juga bulan.

Selalu anda fikir bateri kereta baru adalah lebih tahan lama dibandingkan bateri kereta seocndhand. Malah, bateri kereta ativa secondhand juga mampu bertahan lebih lama sekiranya dijaga dengan baik.

Adakah harga bateri kereta ativa mempengaruhi ketahanan sesebuah bateri kereta ?

Selain itu, ada juga yang berfikir bahawa di antara jenama bateri kereta paling mahal la yang paling akan tahan lama. Ini kesilapan kebiasaan dibuat oleh pemilik kereta perodua ativa.

Pilihlah bateri kereta ativa berdasarkan nilai bacaan aH yang baik. Bacaan aH yang baik tidak semestinya mempunyai harga bateri ativa yang mahal. Kadang-kadang harga bateri kereta ativa itu mahal disebabkan oleh jenama bateri kereta yang telah dipercayai ramai orang.

Contohnya, harga bateri amaron ativa adalah RM280,

Pesanan : Untuk sebarang permasalahan, anda boleh rujuk di bateri kereta untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang lebih terperinci.

3 thoughts on “Bateri kereta Ativa : Pemilihan mana paling tepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *