Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kering tahan berapa lama ?

Bateri kereta kering tahan berapa lama. Apa yang menyebabkan sesebuah bateri kereta kering anda akan bertahan lebih lama dari biasa ?

Seperti kita tahu bateri kereta terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenisnya adalah bateri kereta jenis kering. Mengapa ianya dikatakan sebagai bateri kereta kering?

Bateri kereta kering dalam kata mudah adalah tidak memerlukan bahan tambahan air bateri kereta sebagai penyumbang kepada penjaga aliran cas elektrik secara dalaman kepada kereta anda.

Antara penggerak utama kereta kita dari kediaman ke tempat tujuan adalah bateri kereta. Bateri kering kering merupakan pilihan pemilik kereta sendiri dan berkait rapat dengan cara menjaganya.

Ianya terpulang kembali kepada pemilik kereta sama ada menginginkan kelebihan bateri kereta tersebut disamping tahu tentang kekurangan disebalik pemilihan tersebut.

Bateri kereta kering tahan berapa lama sepatutnya ?

Jika diikutkan setiap bateri kereta mempunyai tempoh tamatnya. Hal ini demikian, setiap bateri kereta adalah dalam kategori pakai buang.

Jadi, tidak hairan sekiranya bateri kereta akan bertukar-tukar dari lama kepada baru. Namun, setiap kali tukar bateri kereta yang baru, apakah ianya perlu dibuat setiap tahun atau kurang dari itu atau lebih dari tempoh itu ?

Baca juga : Bateri kereta tahan berapa lama

Disini, kita akan fokuskan kepada bateri kereta jenis kering. Adakah bateri kereta kering tahan untuk masa berapa lama ? Jawapannya adalah ya dan tidak.

Secara asasnya, kita boleh ketahui bahawa bateri kereta kering akan bertahan dalam tempoh selama 2 tahun hingga 3 tahun penggunaan.

Artikel berkaitan : Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar

Mengapa ada bateri kereta kering tak tahan lama ?

Sebab kepada bateri kereta kering tak tahan lama antaranya adalah bergantung kepada faktor-faktor di bawah :

  1. Sangat jarang start enjin kereta walaupun tidak menggunakannya.
  2. Kereta berada dalam keadaan enjin hidup terlalu lama. Peranan elektrik dalam bateri kereta sangat tinggi ketika ini kerana tidak melakukan sebarang pergerakkan.
  3. Kerap terjadi kecuaian seperti terlupa tutup lampu dalam kereta.

Artikel selanjutnya : Bateri kereta century tahan berapa lama

bateri kereta kering tahan berapa lama
Bateri kereta kering tahan berapa lama

Langkah penjagaan bateri kereta kering supaya tahan lebih lama

Penjagaan bateri kereta kering adalah paling mudah sekali dalam kalangan jenis-jenis bateri kereta yang lain.

Berikut langkah penjagaan bateri kereta kering yang boleh anda lakukan :

1. Sentiasa servis kereta awal atau pada masanya.

Jagalah waktu servis kereta anda dengan betul dan baik. Kekerapan lewat servis minyak enjin atau minyak hitam kereta akan menyebabkan enjin kereta bekerja lebih kuat berbanding biasa.

Justeru, memberi kepada bateri kereta kering untuk memberikan tenaga yang lebih dari biasa bermula dari ianya start, semasa pemanduan dan sehingga enjin kereta anda dimatikan.

2. Sering double check sekiranya terdapat lampu kereta belum dipadam sebelum meninggalkan kereta anda.

Elakkan dari kecuaian terlupa menutup lampu kereta anda. Hal ini sering terjadi sekiranya anda hendak cepat dan mengejar masa terutamanya bila tidak di tempat kerja.

Pastikan anda membuat kepastian beberapa kali supaya bateri kereta kering anda tidak digunakan walaupun semasa ketiadaan anda di dalam kereta.

Hal ini sangatlah merugikan kerana aliran elektrik dalam bateri kereta kering digunakan sepenuhnya dan terbazir tanpa anda sedar.

Baca selanjutnya : Cara check bateri kering kereta

3. Tidak membuat sebarang tambahan wiring berlebihan terutamanya aksesori kereta.

Tiada salahnya untuk anda menambah aksesori dalaman kereta yang memerlukan wiring tambahan. Namun, sekiranya tambahan aksesori dibuat tanpa keperluan, ianya bakal menyebabkan bateri kereta kering anda tidak tahan lama.

Gunakan aksesori tersebut sebagai keperluan, bukan sebagai kehendak yang dipandang cantik namun mengakibatkan bateri kereta kering anda terjejas.

Adakah terdapat bateri kereta yang mudah dijaga selain bateri kereta kering ?

Buat masa ini, bateri kereta kering yang paling mudah untuk anda jaga. Hanya perlu start dan gerakkan kereta anda dari satu destinasi ke destinasi lain.

Walaupun pada masa akan datang akan terdapat banyak teknologi terbaru, penggunaan bateri kereta kering memudahkan anda yang sering sibuk dan tiada masa untuk cek keadaan bateri kereta.

3 thoughts on “Bateri kereta kering tahan berapa lama ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *