Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Honda : Rujukan Semua Model

Bateri kereta Honda. Setiap kereta pastinya dibekalkan dengan sebuah bateri kereta bagi menyimpan dan menggunakan apabila diperlukan.

Tidak terlepas bagi kereta jenama honda, bateri kereta yang digunakan oleh jenama ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa perkara penting.

Antara model kereta bagi jenama honda yang akan dihuraikan dalam artikel ini adalah seperti honda jazz,wrv, brv, honda city, hrv, civic, accord, crv , odyssey, prelude, stepwagon, stream, crz, insight, integra dan juga s2000.

Anda sebagai bakal pemilik atau yang telah memiliki antara model-model kereta honda ini sememangnya amat mudah untuk merujuk kepada perkara-perkara berkait rapat dengan bateri kereta honda.

bateri kereta honda

Senarai bateri kereta bagi model-model kereta Honda

1. Bateri kereta Honda Jazz

Bateri kereta honda jazz yang boleh setiap pemilik rujuk adalah generasi kedua yang bermula pada tahun 2007/2008 dan juga generasi kedua pada tahun 2013/2014.

2. Bateri kereta Honda Wrv

Untuk bateri kereta honda wrv pula merupakan model kereta yang terbaru diperkenalkan. Kereta ini merupakan sebuah SUV yang berdaya saing dengan jenama kereta lain.

Ikuti panduan lengkap pada bateri kereta Honda Wrv agar mendapatkan maklumat lebih detail mengikut model kereta anda.

3. Bateri kereta Honda Brv

Manakala, untuk bateri kereta honda brv pula hanya boleh dirujuk untuk model brv generasi pertama sahaja. Model honda brv generasi pertama adalah bermula dari tahun 2016 hingga tahun 2021.

Rujuk pada bateri kereta Honda Brv sepenuhnya untuk anda ingin ketahui maklumat dengan lebih teliti.

4. Bateri kereta Honda City

Selain itu, bateri kereta honda city pula boleh dirujuk berdasarkan model kereta untuk generasi keempat bermula pada tahun 2002 hingga 2008, generasi kelima yang bermula pada 2008 hingga 2013, generasi keenam bermula pada tahun 2014 hingga 2018 dan terkini generasi honda city yang ke 7 yang bermula dari tahun 2019.

Bateri kereta honda city turut mempunya versi hatchback iaitu honda city hatchback yang juga diperkenalkan seiring dengan generasi ke 7.

5. Bateri kereta Honda Hrv

Seterusnya, bateri kereta honda Hrv juga turut boleh dirujuk oleh pemiliknya yang bermula dengan generasi kedua yang bermula pengeluarannya pada tahun 2015 hingga 2022.

Dan juga anda boleh merujuk pada bateri kereta honda hrv sekiranya anda memiliki kereta honda hrv untuk generasi ketiga yang bermula pengeluarannya dari tahun 2022 hingga kini.

Saiz bateri kereta Honda Hrv

  1. Generasi kedua Honda Hrv menggunakan kod bateri NS60L/B24L.
  2. Generasi ketiga Honda Hrv gunakan saiz kod bateri LN2L diantara DIN55, DIN60 dan juga DIN62.

Harga bateri kereta Honda Hrv

Harga bateri bagi generasi honda hrv generasi kedua adalah sekitar RM200 hingga RM250. Manakala, harga bagi bateri honda hrv generasi ketiga pula adalah sekitar RM250 hingga RM350.

Nilai bagi harga bateri agak bergantung kepada jenama bateri dan tawaran yang diberikan sama ada dari segi jumlah Ah atau tawaran warranty.

6. Bateri kereta Honda Civic

Kereta honda civic merupakan pilihan sedan yang menjadi fenomena sehingga kini. Dengan pelbagai generasi honda civic keperluan bateri kereta adalah berbeza-beza dari segi saiz dan jenis.

Harga bateri honda civic juga akan turut berbeza mengikut jenama bateri yang diperlukan dari minima hingga pilihan yang optimum.

Ikuti panduan bateri kereta Honda Civic sepenuhnya agar anda tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada kesalahan dalam pilihan.

7. Bateri kereta Honda Accord

Selain itu, bateri kereta accord pula bermula dengan generasi ke tujuh iaitu dari tahun 2003 hingga 2007. Dan seterusnya generasi ke lapan bermula dari tahun 2008 hingga 2013. Selepas itu, honda accord diteruskan generasi ke sembilan bermula dari 2013 hingga 2019 dan generasi kesepuluh dari tahun 2020 hingga 2023.

Saiz bateri kereta Honda Accord

  1. Honda accord generasi ke 7 menggunakan kod saiz bateri NS60/B24L pada semua varian enjin 2.0 , 2.4 dan 3.0 .
  2. Honda accord generasi ke 8 pula menggunakan kod saiz bateri D23L untuk semua varian enjin 2.0, 2.4, dan 3.5 .
  3. Honda accord generasi ke 9 pula gunakan saiz kod bateri NS60/B24L bagi enjin 2.0 dan 2.4 .
  4. Honda accord generasi ke 10 menggunakan saiz bateri LN2L seperti DIN55, DIN60, DIN62.

Harga bateri kereta Honda Accord

Harga bagi bateri kereta accord untuk kod NS60 bermula dari RM180. Manakala, bateri D23 pula bermula dari sekitar RM270 dan bateri LN2 bermula dengan harga RM300.

8. Bateri kereta Honda Crv

Di samping itu, bateri kereta honda crv pula boleh anda rujuk sekiranya anda memiliki generasi ke 2 yang bermula pada tahun 2003 hingga 2006 dan juga generasi ke 3 yang bermula pada tahun 2007 hingga 2012.

Kemudian, honda crv generasi ke 4 disambung pada tahun 2013 hingga 2017 dan generasi ke 5 pula pada 2017 hingga 2023. Dan generasi ke 6 iaitu terkini dari tahun 2023 hingga kini.

Saiz bateri kereta Honda Crv

  1. Generasi kedua Honda Crv menggunakan saiz bateri NS60L/B24L.
  2. Generasi ketiga Honda Crv pula menggunakan kod saiz bateri NS60L/B24L.
  3. Generasi keempat Honda Crv gunakan kod saiz bateri juga NS60L/B24L.
  4. Generasi kelima Honda Crv masih menggunakan kod yang sama iaitu NS60L/B24L.
  5. Generasi keenam Honda Crv juga masih menggunakan NS60L/B24L.

Harga bateri kereta Honda Crv

Memandangkan kod yang digunakan semua generasi honda crv adalah sama, maka harga akan berbeza mengikut jenama bateri dan juga mengikut jenis dan jumlah Ah (ampere hour) yang ditawarkan.

Contohnya, harga dari jenama Century Marathoner Max 55B24L iaitu sekitar RM240 sahaja. Manakala, jenama Amaron Go pula dengan kod yang sama harga sekitar RM250 sahaja.

9. Bateri kereta Honda Odyssey

Selain itu, tidak lupa juga bagi model import (CBU) yang terkenal dengan reka bentuknya yang aerodinamik iaitu honda odyssey. Honda odyssey merupakan antara mpv yang luas dan besar sesuai dengan keluarga sedehana besar.

Kita mulakan dengan honda odyssey generasi ketiga (RB1/RB2) yang bermula dari tahun 2003 hingga 2008. Kemudian generasi keempat honda odyssey (RB3/RB4) masuk pada tahun 2008 hingga 2013 dan generasi kelima (RC1/RC4) dari tahun 2013 hingga 2022.

Saiz bateri kereta Honda Odyssey

  1. Generasi ketiga Honda Odyssey menggunakan saiz bateri D23L.
  2. Generasi keempat Honda Odyssey gunakan kod saiz bateri B24L/NS60L.
  3. Generasi kelima Honda Odyssey kembali menggunakan kod saiz bateri D23L.

Harga bateri kereta Honda Odyssey

Berdasarkan jenama bateri di negara kita seperti Century Marathoner Max untuk 75D23L adalah berjumlah sekitar RM310 sahaja dan untuk kod NS60L atau 55B24L adalah sekitar RM240. Ada lagi jenama-jenama bateri yang terkenal boleh anda jadikan rujukan.

10. Bateri kereta Honda Prelude

Terdapat model sporty iaitu honda prelude yang kini (2026) tampak lebih bergaya dengan diberi nafas baru dengan reka bentuk lebih menawan. Model terkini didatangkan dengan 2.0cc eHev (hybrid) yang lebih jimat dan dalam masa sama lebih berkuasa.

Saiz bateri kereta Honda Prelude

Dalam nak maintain kereta honda prelude sebenarnya agak berbaloi kerana permintaan kereta ini dalam penggunaan bateri 12v hanyalah menggunakan kod saiz NS60L/B24L sahaja.

Tak perlu nak pening kepala sebab saiz bateri tambahan ini sangat mudah nak dicari di mana-mana kedai bateri sekiranya ianya habis/kong secara tiba-tiba.

Harga bateri kereta Honda Prelude

Dengan pelbagai jenama bateri kereta ternama mahupun tidak yang menawarkan saiz bateri untuk kegunaan honda prelude anda, harga boleh didapati paling murah sekitar RM170 dan standard harga sekitar RM250 sahaja.

Ianya sangat bergantung kepada keperluan dan kehendak lebih-lebih lagi dengan cara pemanduan anda. Pilih jumlah Ah (Ampere hour) lebih besar bagi mendapatkan ketahanan dan harga boleh bermula dari RM300 sahaja.

Contoh jenama bateri untuk ketahanan kereta honda prelude anda adalah seperti Amaron FLO (60B24L) dan jika nak lebih dari itu Amaron PRO (65B24L) juga boleh didapati.

11. Bateri kereta Honda Stepwagon

Model mpv yang juga diminati ramai lebih-lebih lagi yang nakkan keluasan kabin dalam kereta untuk keluarga sederhana besar iaitu honda stepwagon. Cumanya ia sama seperti honda odyssey iaitu didatangkan dengan CBU atau import secara recond di negara kita.

Kemasukkan kereta honda stepwagon ini mula rancak dan mendapat permintaan sebenarnya bermula dari generasi ke 5 iaitu kereta keluaran tahun 2015 hingga 2022 dengan enjin 1.5 turbo dan juga hybrid.

Kemudian, untuk generasi ke 6 kalau dilihat masih kurang nampak di atas jalan raya tetapi masih mendapat sambutan iaitu model tahun 2023 hingga kini dengan enjin 1.5 turbo dan 2.0 eHev hybrid.

Saiz bateri kereta Honda Stepwagon

  1. Generasi ke 5 Honda Stepwagon biasanya orang akan cari saiz kod N55/80B24L (EFB). Atau pilihan lain NS60/B24L sebagai bateri asas.
  2. Generasi ke 6 Honda Stepwagon pula menggunakan kod yang sama iaitu NS60L/B24L. Pilihan N55/80B24L (EFB) adalah lebih baik tetapi dipasaran agak terhad dengan kod ini. Setakat ini yang ada dari jenama Varta Silver Dynamic dan Energizer.

Harga bateri kereta Honda Stepwagon

Berdasarkan kod bateri tadi, bateri asas sahaja boleh dimiliki dengan serendah RM170 sahaja. Namun, sekiranya anda nak bateri kod N55, harga bateri boleh mencapai RM500 hingga RM600 sahaja.

12. Bateri kereta Honda Stream

Honda stream mempunyai 2 generasi yang memasuki negara kita. Generasi pertama bermula dari tahun 2001 hingga 2006. Generasi kedua honda stream pula bermula dari tahun 2007 hingga 2014.

Hingga kini ramai gunakan kereta honda steam walaupun ianya adalah secondhand. Dalam penjagaan kereta ini salah satunya adalah bateri kereta.

Saiz bateri kereta Honda Stream

Kedua-dua generasi honda stream menggunakan saiz kod bateri NS60L/B24L. Kod ini sesuai digunakan dan yang membezakannya adalah jumlah Ah (ampere hour) sebagai keperluan bagi berbeza enjin sama ada 1.7, 1.8 atau 2.0 .

Harga bateri kereta Honda Stream

Jumlah harga bateri untuk anda memiliki bateri yang baru adalah sekitar RM180 hingga RM280 sahaja. yang membezakan adalah jumlah Ah dari jenama bateri yang berlainan.

Pastikan juga anda utamakan warranty bateri selain meilhat pada harga bateri honda stream yang murah.

13. Bateri kereta Honda CR-Z

Kereta honda crv merupakan sebuah kereta hatchback 3 pintu yang mula dilancarkan di negara kita pada tahun 2011 hingga 2016.

Honda crv merupakan sebuah kereta 1.5 cc dengan bantuan hybrid yang hingga kini menjadi pilihan anak muda dalam pemilihan kereta seakan sporty.

Saiz bateri kereta Honda CRZ

Kereta honda crz juga dilengkapi dengan bateri 12v yang memainkan peranan utama ketika enjin tidak hidup dan menghidupkan enjin serta keperluan asas seperti radio, lampu dan juga alarm kereta crz.

Saiz bateri kereta honda crz atau bateri tambahan 12v yang digunakan adalah menggunakan kod NS40ZL/B19L/B20L/M42L. Pilihan lain untuk yang nakkan kuasa bateri lebih tahan adalah menggunakan jenis bateri EFB.

Harga bateri kereta Honda CRZ

Jika anda baru memiliki kereta honda crv dan nak gantikan bateri baru, harga bateri dengan kod NS40ZL adalah paling dalam pasaran bateri iaitu sekitar RM150 hingga RM200 dan mudah untuk dicari.

Manakala, jika anda nakkan bateri yang lebih tahan seperti M42, harga bateri ini adalah sekitar RM240 hingga RM320 sahaja.

14. Bateri kereta Honda Insight

Honda insight sejak dari dulu menjadi antara pemula kepada enjin ditambah dengan bantuan hybrid/elektrik sebagai pengemudi.

Hanya generasi kedua sahaja dibawa masuk ke negara kita iaitu honda insight (ZE2) yang dari tahun akhir 2010 hingga awal tahun 2014.

Saiz bateri kereta Honda Insight

Kereta insight juga dilengkapi dengan bateri 12v atau bateri tambahan. Saiz bateri kereta honda insight gunakan adalah NS40ZL/B19L/B20L.

Bateri auxiliary untuk honda insight ini antara paling mudah untuk didapati di pasaran bateri kereta.

Harga bateri kereta Honda Insight

Apabila bateri 12v yang digunakan honda insight adalah antara paling mudah didapat, maka itu salah satu tandanya harga bateri ini juga antara termurah iaitu bermula dari RM150 hingga RM200 sahaja.

15. Bateri kereta Honda Integra

Honda integra sangat terkenal dengan reka ciptanya yang unik dan menawan di mata para penggemar kereta. Jika ternampak di atas jalan raya, dikira sebagai bertuah apalagi bila anda yang memilikinya.

Honda integra masuk ke negara kita dengan 2 generasi global iaitu generasi ketiga yang dikenali sebagai DC2/DB8 dan generasi keeampat yang merupakan paling terkenal iaitu DC5.

Honda integra Tyoe R DC2 keluarannya adalah sekitar tahun 1993 hingga 2001 dan mempunyai 2 jenis iaitu 2 pintu dan sedikit rare adalah 4 pintu dengan enjin 1.8 .

Manakala, untuk honda integra DC5 pula juga ada 2 model iaitu Type R DC5 dan juga Type S/iS yang kedua merupakan coupe 2 pintu.

Namun, honda integra DC5 Type R 2.0 merupakan kereta performance dengan 6 kelajuan. Manakala, honda integra DC5 2.0 type s pula untuk santai dengna 5 kelajuan.

Saiz bateri kereta Honda Integra

Honda integra Type R DC2 gunakan saiz bateri NS70R atau D26R yang sesuai dengan tapak fizikal bateri ini. Manakala, untuk saiz bateri honda integra DC5 Type R dan Type S menggunakan kod iaitu NS70L atau D26L. Bezanya hanya pada terminal positif di terletak di sebelah kiri.

Kepeluan jumlah Ah (ampere hour) bagi honda integra DC5 Type R adalah sangat digalakkan lebih besar dibandingkan Type S kerana ianya merupakan kereta prestasi tinggi. Contoh kod bateri yang boleh digunakan adalah seperti 95D26L.

Harga bateri kereta Honda Integra

Untuk harga bateri honda integra, paling minima sebenarnya boleh dapat murah dengan permulaan sekitar RM250 sahaja untuk yang nak santai.

Sekiranya jika anda menggunakan versi upgrade atau type R DC5, harga bateri kereta honda integra mampu mencapai permulaan harga dari RM400 sahaja.

16. Bateri kereta Honda S2000

Kereta yang sangat rare bila ianya ada di negara ini dibawa masuk secara CBU/recond iaitu honda s2000 mempunyai 2 model iaitu AP1 dari tahun 1999 hingga 2003 dan AP2 dari tahun 2004 hingga 2009.

Saiz bateri kereta Honda S2000

Honda s2000 AP1 menggunakan kod bateri NS60L/B24L dan honda s2000 AP2 pula menggunakan saiz bateri NS60R/B24R.

Bezanya hanyalah terminal bateri positif tetapi saiz fizikal adalah sama memuatkan tapak bateri kedua-dua honda s2000.

Harga bateri kereta Honda S2000

Ni bahagian paling best sebab boleh ada banyak pilihan bateri berdasarkan kod di atas. Harga paling murah boleh dapat sekitar RM170 sahaja.

Tetapi honda s2000 ni kan kereta performance, jadi bateri yang lebih baik diperlukan untuk ketahanan dan menyokong keperluan kereta ini. Anda boleh gunakan bateri dengan jumlah Ah lebih tinggi iaitu 80B24L/R (N55) yang bermula dengan harga RM450 sahaja.

3 thoughts on “Bateri kereta Honda : Rujukan Semua Model”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *