Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara cek tarikh bateri kereta

Cara cek tarikh bateri kereta. Bagaimanakah untuk anda sendiri yang ingin melakukan proses cara cek tarikh bateri kereta supaya dapat anda monitor tempoh berbaki yang masih anda boleh gunakan untuk sesebuah bateri kereta ?

Seperti yang kita tahu, bateri kereta pasti akan sampai tempoh hayatnya. Dari ianya mula dibeli sehinggalah mempunyai tanda-tanda lemah dan seterusnya sudah kong sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Namun, apa yang kita nak elak sebolehnya adalah berlaku kehabisan bateri kereta diluar jangkaan kita. Tanpa kita sedari tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan walaupun beberapa kali cuba untuk start.

Tidak bukan lagi tidak hairan sudah tiba masanya bateri kereta anda telah mengalami kehabisan cas elektrik. Hal ini demikian, memberi kesan sekiranya anda tidak bersedia langsung menghadapi bateri kereta kong ini.

Jika anda masih lagi di rumah tiada masalah kerana masih boleh lagi bertenang. Namun, jika berada di luar jauh dari kawasan kediaman dan waktu pula pada tengah malam, ini akan menimbulkan kerisauan kenapa tiba-tiba kereta tidak boleh start.

Maka, di artikel inilah anda perlu sedikit sebanyak mengetahui cara cek tarikh bateri kereta bagi mengelakkan perkara-perkara di atas berlaku kepada anda.

cara cek tarikh bateri kereta
Cara cek tarikh bateri kereta

Bagaimanakah cara cek tarikh bateri kereta mampu mengelakkan situasi bateri kereta tiba-tiba kong ?

Langkah dalam cara cek tarikh bateri kereta merupakan idea yang mampu mengelakkan anda mengalami kereta tiba-tiba tidak boleh start disebabkan bateri kereta telah pun kehabisan.

Hal ini demikian, kita sudah boleh anggarkan tempoh bila bateri kereta yang sedang digunakan oleh kereta anda itu akan tamat tempoh dan tidak berfungsi dengan baik.

Bateri kereta yang lemah merupakan tanda awal supaya anda boleh mulakan cara cek tarikh bateri kereta ini. Jika anda membiarkan tanda-tanda bateri kereta lemah itu berlalu begitu saja, maka akan tiba masanya bateri kereta anda akan kehabisan bateri kereta tidak lama kemudian.

Penilaian dalam cara cek tarikh bateri kereta juga bukan sekadar dapat mengelakkan dari kereta tiba-tiba breakdown, namun anda dapat mengenal pasti sekiranya ia selain dari masalah bateri kereta.

Ramai juga pemilik kereta terus membuat keputusan dengan tukar bateri kereta baru sebaik sahaja mengalami kereta tak boleh start. Namun, bila dah beli bateri kereta baru, masalah kereta tak boleh start masih juga berlaku.

Ini bermaksud anda sudah mengeluarkan duit membeli bateri kereta baru tanpa anda sedar bateri kereta yang sedang digunakan itu masih mempunyai cas elektrik di dalamnya. Ini adalah satu kerugian kerana membeli bateri kereta baru sebelum tiba masanya.

Artikel terkait : Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar

Cara cek tarikh bateri kereta dengan betul

1. Enjin kereta ketika mulai cara cek tarikh bateri kereta

Soal enjin kereta boleh dihidupkan atau tidak bukan menjadi persoalan. Semasa anda nak mulakan cara cek tarikh bateri kereta, pilihan untuk hidupkan enjin atau pun tidak keduanya adalah dibolehkan dan tidak terikat mana-mana proses ini.

2. Buka bonet hadapan

Buka bahagian bonet hadapan kereta anda kerana anda perlu sendiri melihat tarikh tersebut pada permukaan bateri kereta yang sedang digunakan.

3. Perhatikan pada permukaan bateri kereta

Cari dimana kedudukan bateri kereta anda terletak. Ada kereta terletak pada bahagian kanan, malah ada juga disebelah bahagian kiri. Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda bagi mengenal pasti tarikh tersebut.

4. Dapatkan tarikh pada bateri kereta

Tarikh pada bateri kereta anda merupakan tarikh yang ditulis sewaktu anda baru membeli bateri kereta yang sedang anda gunakan. Kebanyakkan tulisan ditulis menggunakan marker permanent dan ada juga yang ditulis menggunakan penebuk plastik yang akan diukir pada permukaan atas bateri kereta.

Apa yang perlu dilakukan sebaik saja mengetahui tarikh pada bateri kereta ?

Di sinilah peranan anda sebaik sahaja sudah melakukan cara cek tarikh bateri kereta seperti di atas. Buat kiraan tempoh sekarang bermula dari tarikh yang telah ditulis pada permukaan bateri kereta anda itu.

Contoh :

Tarikh pada permukaan bateri kereta : 13/12/2021

Tarikh sekarang : 13/12/2022

Tempoh di atas membezakan 12 bulan dari tarikh pembelian bateri kereta yang sedang anda gunakan. Tempoh ini anda dikira masih baru lagi anda menggunakan bateri kereta tersebut.

Sesi penilaian setelah menentukan tempoh yang sedang digunakan itu masih setahun

Sekiranya semasa anda membuat cara cek tarikh bateri kereta ini tidak mempunyai sebarang tanda bateri kereta lemah, maka gunakan bateri kereta tersebut sehingga ianya menimbulkan tanda bateri kereta lemah.

Manakala, jika anda dapati baru setahun menggunakan bateri kereta tersebut, namun sudah terdapat tanda bateri kereta lemah, maka anda perlu ke peringkat seterusnya iaitu dengan merujuk kedai bateri kereta untuk mengetahui masalah lain selain dari bateri kereta.

Hal ini demikian, tempoh bateri kereta adalah minimum 24 bulan hingga 36 bulan kegunaan sebelum ianya akan kehabisan. Jika dalam tempoh 12 bulan sudah menimbulkan tanda bateri kereta lemah, kemungkinan besar masalah yang sedang anda hadapi bukan dari bateri kereta.

Segera membuat check bagi mengelakkan kereta anda secara tiba-tiba breakdown. Tambahan pula, supaya anda dapat mencegah sesuatu masalah lain yang bakal membuatkan anda keluarkan duit lebih.

One thought on “Cara cek tarikh bateri kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *