Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Kenari : Pengguna Setia

Bateri kereta Kenari. Siapa yang tidak mengenali kereta perodua kenari ini sehingga kini ianya masih setia digunakan di atas jalan raya dengan tujuan kegunaan harian.

Kelebihan memiliki kereta perodua kenari adalah dengan saiz ruang yang agak berbeza dibandingkan dengan kereta lain.

Ianya mempunyai ruang yang tinggi walaupun kereta ini mempunyai ground yang biasa seperti kereta sedan. Sudah pasti kelebihan ini terletak pada bonet belakangnya yang boleh memasukkan pelbagai barangan berskala besar.

Namun, itu bukan fokus utama kita. Apa yang kita nak sampaikan di sini adalah tentang bateri kereta kenari yang manakah patut digunakan dengan kesesuaian kereta ini.

Adakah setelah memiliki kereta ini, penggunaan bateri kereta kenari membebankan penggunanya?Adakah ianya sangat efisien seiring dengan kelebihan saiz ruangnya?

Saiz bateri kereta Kenari

Bagi Perodua Kenari, saiz bateri yang sesuai adalah NS40ZL. Kod ini merujuk kepada saiz dan spesifikasi bateri yang direka khas untuk model ini. Bateri dengan kod NS40ZL mempunyai dimensi yang tepat untuk muat pada ruang bateri di dalam enjin Kenari.

Dimensinya adalah sekitar 238 mm panjang, 129 mm lebar, dan 227 mm tinggi. Selain itu, kapasiti bateri ini biasanya berada pada 35Ah, yang mencukupi untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh sistem elektrik dan enjin Perodua Kenari.

Kod NS40ZL juga menggambarkan orientasi terminal bateri. Huruf “ZL” di akhir kod menunjukkan bahawa terminal positif berada di sebelah kiri. Ini adalah ciri penting untuk memastikan sambungan yang betul dan mengelakkan kesalahan semasa pemasangan bateri.

saiz bateri kereta kenari

Memilih bateri yang tepat seperti NS40ZL sangat penting untuk memastikan prestasi kereta yang optimal dan mengelakkan masalah teknikal yang boleh timbul daripada penggunaan bateri yang tidak sesuai.

Selain dimensi, kapasiti dan orientasi terminal, faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah jenis penggunaan kenderaan dan cuaca di tempat tinggal.

Jika kenderaan sering digunakan dalam keadaan yang ekstrem seperti suhu tinggi atau rendah, memilih bateri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi akan memberikan perlindungan tambahan kepada sistem elektrik kereta.

Bateri NS40ZL direka untuk memberikan prestasi yang stabil dalam pelbagai keadaan.

Jenis bateri kereta Kenari

Berdasarkan pilihan pada kod bateri ns40zl, terdapat dua pilihan pada jenis bateri kereta kenari yang boleh anda gunakan.

Ianya adalah antara bateri kereta kering atau maintainence free (MF) yang begitu mudah digunakan. Penggunaan bateri kering pada kereta kenari tidak memerlukan apa-apa maintain dengan hanya gunakan sehingga ianya kong/habis.

Manakala, jenis kedua adalah bateri basah (wet) yang mempunyai kelebihan ketahanan yang lebih lama dibandingkan bateri kereta kering.

Cumanya ianya perlu dimaintain dengan membuat tambahan air bateri kereta jika ianya kurang mengikut jadual. Penggunaan bateri basah memerlukan sedikit perhatian untuk menjaga air bateri ini agar sentiasa berada ditahap optimum untuk menjamin kelebihan ketahanan.

Harga bateri kereta Kenari

Harga bateri kereta perodua kenari sangatlah berpatutan dan mudah dicari dimana-mana kedai bateri kereta tanpa perlu anda risau.

Pilihan bateri kering atau MF kereta kenari adalah berjumlah sekitar RM170 dan bateri basah untuk kereta kenari adalah bermula dari RM150 sahaja.

Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Jenama bateri yang sesuai dan selalu jadi pilihan pemilik kereta kenari

Ada terdapat banyak jenama bateri kereta yang berdaya saing secara sihat di pasaran negara kita. Sampaikan boleh jadi keliru nak pilih jenama bateri mana yang sesuai digunakan untuk kereta kenari anda.

Macam saya, pilihan yang sejak dari dulu lagi dipilih adalah seperti bateri jenama yokohama. Jenama ini dari dahulu hingga sekarang digunakan oleh pelbagai kereta termasuk kereta kenari.

Sudah tentu ketahanannya yang terjamin dan disebabkan itulah ianya dipercayai sejak dari dahulu lagi tanpa sebarang keraguan kualiti.

Selain itu, bila anda nak beli bateri yokohama bagi menggantikan bateri dah kong yang sama pun tak susah kerana hampir setiap kedai bateri kereta mempunyai stok ini.

Bateri jenama yokohama pun ada jenis kering dan juga basah. Bateri kering (dry/mf) seperti Yohohama Gold MF Seriesdan untuk bateri basah (wet) pula ada Yokohama Beta Conventional Series.

Keduanya merupakan bateri yokohama yang original boleh anda dapatkan di pasaran lebih-lebih lagi di kedai dealer yokohama yang boleh dipercayai.

Bateri kereta kenari tahan berapa lama

Secara asas bateri untuk kereta kenari boleh tahan hingga 3 tahun untuk yang menggunakan jenis bateri MF/kering. Manakala, bagi yang menggunakan bateri jenis basah pula mampu mencapai hingga 5 tahun.

Seriusly cakap kereta kenari antara kereta yang tak banyak ragam bila melibatkan tentang bateri kereta. Anda sendiri boleh lihat di bengkel-bengkel kereta atau tepi jalan sangat jarang ianya tersadai disebabkan bateri kereta ataupun lain-lain masalah.

Bukan kerana ianya sudah ramai tidak gunakan, tetapi kualiti barangan elektroniknya yang baik hingga sekarang boleh dimanfaatkan setiap pemilik kereta ini.

Bila kualiti barangan elektronik yang melibatkan bateri kereta seperti alternator berkualiti, pengecasan bateri pun berjalan secara optimum dan tahan lasak.

Perodua kenari ini sekarang sering kali dijadikan sebagai kereta kedua bagi perjalanan dekat seharian, jadi cara penggunaan ini juga mampu membuatkan jangka masa bateri lebih panjang dari tempoh yang diberikan. Kiranya dapat extra tempoh 6 hingga 1 tahun dari jangka masa yang dinyatakan di atas.

Sekiranya ianya jarang digunakan, maka tempoh yang diberikan tersebut sebenarnya adalah asas dengan syarat 2-3 hari dibawa ke sesuatu tempat melebihi 8-10 kilometer untuk mendapatkan pengecasan alternator yang terbaik.

Jika hanya sekadar hidupkan enjin kenari seminggu sekali sahaja, ketahanannya boleh menurun kepada 1 tahun setengah kepada 2 tahun bagi bateri kering dan 2 tahun setengah kepada 3 tahun untuk bateri basah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *