Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton S70 : Sedan hangat pilihan utama

Bateri kereta Proton S70. Proton S70 merupakan model sedan yang diperkenalkan oleh Proton pada tahun 2023 sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk meraih lebih banyak pasaran dalam segmen sedan.

Kereta ini dibangunkan dengan fokus kepada prestasi, keselesaan, dan teknologi moden, memenuhi keperluan pengguna yang mencari kenderaan yang elegan dan praktikal.

Proton S70 dilengkapi dengan enjin 1.5L turbocharged yang menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api yang baik. Model ini turut menawarkan ciri-ciri keselamatan canggih serta sistem hiburan yang inovatif. Ianya menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pengalaman pemanduan yang selesa dan teknologi terkini.

Proton S70 hadir dengan beberapa varian untuk memberi fleksibiliti kepada pengguna. Dengan penekanan kepada reka bentuk premium dan kelebihan dalam keselamatan.

Saiz Bateri Kereta Proton S70

Proton S70 menggunakan beberapa pilihan saiz bateri mengikut keperluan varian dan jenis sistem elektrik yang digunakan. Saiz bateri asas yang digunakan dalam model Proton S70 adalah DIN60L/LN2. Yang memberikan kuasa mencukupi untuk menyokong operasi enjin dan sistem elektrik pada tahap penggunaan biasa.

Nak gunakan bateri lebih berkuasa dengan naikkan kod perlu sedikit berpada agar bateri fizikal tak melebihi dari ukuran tapak asal proton s70 anda.

Antara kod yang masih boleh anda gunakan seperti DIN62/LN2 yang merupakan sama ukuran fizikal tetap mempunyai lebih kuasa.

Sekiranya anda inginkan kuasa yang lebih besar, maka rujuk pada jenis bateri berbeza seperti EFB ataupun AGM untuk bateri proton s70 anda.

saiz bateri kereta proton s70

Ada ke beza saiz bateri kereta Proton S70 3 silinder dan 4 silinder (S70 MC1) ?

Proton S70 3 silinder merupakan keluaran pertama pada tahun 2023 kereta ini diperkenalkan. Manakala, sejak dari tahun 2026, proton S70 4 silinder yang dikenali sebagai Proton S70 MC1 merupakan model facelift terbaru yang membawa beza besar dari segi enjinnya yang berbeza walaupun di bawah cc yang sama iaitu 1.5 .

Jadi, persoalan disini, adakah jika enjin sudah berubah, apakah terdapat beza antara kedua saiz bateri yang digunakan oleh model proton S70 awal dan MC1 ?

Penggunaan saiz bateri kedua-dua proton S70 3 silinder dan 4 silinder ini adalah sama iaitu DIN60L/LN2 dari jenama Camel dan tidak termasuk dalam perubahan yang dilakukan pihak proton.

Bateri ini sudah cukup untuk menampung bagi penggunaan kereta proton S70 anda sesuai dengan aksesori yang disediakan.

Jenis bateri kereta Proton S70

Jika saiz bateri proton s70 adalah merujuk kepada jumlah kod, berbeza pula untuk jenis bateri proton s70 yang merupakan karakter yang menjadi penentu kepada bagaimana anda nak sesebuah bateri itu berfungsi.

Senang cerita bateri proton s70 boleh menggunakan bateri jenis :

  1. Bateri kering (Dry/Maintainance Free)
  2. Bateri Basah (Wet/Conventional)
  3. EFB (Enhanced Flooded Battery)
  4. AGM (Absorbent Glass Mat)

Bateri kering (Dry/MF) ini amatalah mudah dicari di pasaran berdasarkan kod saiz yang digunakan proton s70 anda. Penggunaannya antara paling mudah dan boleh pakai sampai habis lepas dah pasang.

Manakala, bateri basah pula mengikut kedai yang mempunyai stok bateri ini. Tidak semua kedai bateri mempunyai bateri jenis basah. Penggunaannya agak berbeza dengan perlu mengisi air bateri secara berjadual pada bateri proton s70 anda.

Selain itu, bateri Enhanced Flooded Battery (EFB) ini memberikan prestasi yang lebih baik di bawah beban tinggi dan dalam cuaca panas. Ini memastikan voltan stabil semasa penggunaan pelbagai sistem elektrik secara serentak. Bateri ini digalakkan bagi anda yang gunakan spec flagship proton s70 yang memerlukan support lebih terhadap aksesori kereta ini.

Bateri ini cukup untuk memenuhi keperluan harian bagi pemanduan biasa di bandar atau perjalanan jarak dekat. Namun, bagi pengguna yang menginginkan prestasi lebih kuat dan ketahanan lebih lama, pilihan yang lebih tinggi iaitu DIN60L/LN2 (EFB) disediakan.

Teknologi AGM memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap getaran dan suhu yang berubah-ubah, menjadikannya pilihan yang lebih tahan lama dan lebih sesuai untuk kegunaan jarak jauh atau keadaan pemanduan yang lebih mencabar.

Bateri AGM juga lebih efisien dalam menahan kerosakan akibat pengecasan yang tidak stabil, menawarkan jangka hayat yang lebih panjang, serta meningkatkan prestasi sistem elektrik secara keseluruhan. Ini memastikan bahawa Proton S70 dapat beroperasi dengan lancar walaupun dalam situasi yang lebih intensif. Namun, harganya adalah jauh lebih mahal dari bateri EFB boleh mencapai hingga 2 kali ganti.

Untuk mereka yang lebih menuntut dalam prestasi dan ketahanan, Proton S70 juga menawarkan pilihan bateri DIN60/LN2 (AGM). Bateri Absorbent Glass Mat (AGM) ini direka khas untuk memberikan prestasi terbaik dalam keadaan ekstrem dan beban yang tinggi.

Dengan pilihan jenis bateri yang berbeza ini, Proton S70 memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih bateri yang paling sesuai dengan gaya pemanduan dan keperluan mereka.

Penggunaan bateri yang lebih kuat seperti EFB dan AGM akan memberikan ketahanan yang lebih lama dan kestabilan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Pilihan bateri ini membantu memastikan prestasi yang lebih stabil dan lebih baik untuk sistem elektronik kereta, terutamanya dalam keadaan cuaca atau trafik yang ekstrem.

Harga bateri kereta Proton S70

Harga bateri untuk kereta proton s70 yang bakal anda lihat ini merupakan anggaran terhampir berdasarkan jenama yang terhampir.

Jadi, sebelum anda nak keluarkan budget, boleh buat rujukan disini agar terus sedia nak ganti kepada bateri proton s70 yang baru.

Jenama bateriSaiz bateriJenis bateriHarga bateri kereta Proton S70
Camel PlusDIN62/LN2Kering (Dry/MF)RM360
Camel PlusDIN60/LN2AGMRM600
Century Marahoner MaxDIN55Kering (Dry/MF)RM325
Varta Silver DynamicDIN60/LN2EFBRM625
Amaron GoDIN55Kering (Dry/MF)RM430
Amaron ProDIN60/LN2Kering (Dry/MF)RM650

Semua kod-kod di atas memang sesuai digunakan oleh proton s70 anda, tetapi saya faham, anda pasti melihat dari aspek harga terlebih dahulu sebagai keutamaan.

Berdasarkan jadual di atas, anda wajib perhatikan jenis bateri yang anda hendak gunakan terlebih dahulu, kemudian baru harga dan jenama.

Hal ini kerana, jenis bateri memainkan peranan besar mengenai ketahanan dengan kesesuaian teknologi kereta proton s70 anda.

Jika anda utamakan harga bateri proton s70 yang murah, maka pilihan jenis bateri kering (maintainance free) adalah spec asas.

Manakala, jika anda memilih jenis bateri EFB dan AGM, maka harga sedikit tinggi tetapi apa yang anda dapatkan dari segi ketahanan adalah terbaik lebih-lebih lagi anda gunakan spec proton s70 flagship dan flagship X.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *