Bateri kereta Perodua Kembara : SUV terawal tempatan
Bateri kereta Perodua Kembara. Saiz bateri kereta kembara. Perodua Kembara merupakan sebuah kenderaan kompak yang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan dalam keadaan jalan yang pelbagai.
Bagi memastikan prestasi Kembara kekal optimum, pemilihan bateri yang tepat adalah penting. Saiz bateri kereta yang sesuai untuk Kembara perlu memenuhi kapasiti yang diperlukan untuk menghidupkan enjin dan memastikan sistem elektrik berfungsi dengan baik.
Saiz Bateri Kereta Perodua Kembara
Bagi Perodua Kembara, saiz bateri yang sesuai adalah NS40ZL. Bateri ini mempunyai dimensi yang sesuai dengan ruang bateri Kembara, dengan kapasiti sekitar 35Ah. Kod NS40ZL merujuk kepada saiz, kapasiti, dan orientasi terminal yang sesuai.
Bateri ini cukup untuk menyokong sistem elektrik Kembara, menghidupkan enjin, serta memberi kuasa kepada komponen-komponen lain seperti lampu dan penghawa dingin.

Jenis bateri kereta Perodua Kembara
Penggunaan jenis bateri untuk kereta perodua kembara juga adalah mudah didapati di pasaran iaitu :
- Bateri jenis kering (Dry/MF)
- Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
Pilihan jenis bateri di atas memainkan peranan sebenar terhadap cara yang diperlukan oleh setiap pemilik atau pengguna kereta SUV mini yang agak kecil saiznya tetapi berkuasa di pelbagai tempat.
Gunakan bateri kering sekiranya anda kurang gemar untuk kerap kali membuka bonet kereta ini. Walaupun kereta ini sudah hampir 3 dekat iaitu sejak tahun 1998, ianya juga agak tahan lasak dan tak perlukan penjagaan yang begitu rapi.
Manakala, guna bateri basah sekiranya anda nakkan kepuasan dari segi penggunaan terhadap sesebuah bateri kereta dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Penjagaan air bateri yang baik memberikan kelebihan dari segi ketahanan walaupun anda menggunakan SUV dari perodua kembara secara harian.
