Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta Aruz dan ciri-ciri penting

Bateri kereta Aruz. Berikut merupakan maklumat serta ciri-ciri penting tentang bateri kereta aruz yang perlu anda ambil tahu sebaik sahaja memiliki kereta perodua aruz ini.

Bateri kereta perodua untuk aruz ini sama seperti kereta-kereta lain yang mempunyai barangan pakai buang atau dikenali sebagai “wear & tear”. Aspek-aspek ini perlu anda beri perhatian lebih-lebih ia merupakan peranan penting untuk didahulukan jika bermasalah.

Sewaktu pembelian kereta perodua aruz, anda sudah pasti dibekalkan dengan bateri aruz yang baru. Ianya adalah termasuk dalam penjagaan maintainance berkala yang perlu anda tukar apabila sudah tiba masa ianya habis.

Sebelum anda nak tukar bateri kereta aruz yang baru, anda perlulah ketahui maklumat-maklumat yang sesuai dengan bateri kereta aruz anda. Hal ini demikian, sesuai walaupun anda tukar bateri kereta aruz di kedai bateri kereta dan juga membuat penukaran secara sendiri.

Jenis bateri kereta aruz

Untuk kereta aruz ini, ianya merupakan keluaran baru yang dihasilkan oleh jenama tempatan iaitu pihak perodua. Jenis bateri aruz yang digunakan adalah hanya satu iaitu EFB atau dikenali sebagai Enhanced Flooded Battery.

Jenis bateri kereta aruz ini adalah mudah untuk dijaga atau dikenali sebagai free maintainence. Ciri-ciri jenis bateri aruz ini adalah tidak perlu anda berbuat apa-apa setelah ianya siap dipasang.

Hanya pakai sehingga bateri kereta aruz tersebut lemah atau habis. Ianya memudahkan anda tanpa membuat apa-apa penjagaan yang lebih rumit dan agak manja jika anda seorang yang kurang mengambil tahu tentang maintain kereta.

Agak untung sebenarnya jika menggunakan bateri kereta EFB ini untuk kereta aruz anda. Hal ini kerana, ianya memberi penjimatan minyak lebih-lebih lagi kereta anda kerap kali menghadapi trafik jem pergi dan balik kerja.

Saiz bateri kereta aruz

Apabila berkata mengenai saiz bateri perodua aruz, anda perlu ketahuinya dengan baik supaya dapat mengelakkan tersalah membeli bateri kereta aruz.

Sekiranya tersalah membeli saiz bateri kereta aruz, ianya boleh merugikan anda kerana kebanyakkan tempat sekiranya sudah membeli, tidak boleh ditukar lagi atas sebab ianya telah ditandai tarikh dan tempoh warrantly telah pun berjalan.

Saiz bateri aruz yang betul sebenarnya agak lain dari yang lain kerana kedudukan bateri kereta aruz yang terletak di sebelah kanan. Di tambah lagi dengan jenis bateri kereta, maka semakin susah untuk ianya dijumpai di kedai bateri kereta.

Dari segi ukuran pada saiz bateri kereta sememangnya mudah dijumpai, namun tidak bagi kedudukan terminal disebelah kanan. Mungkin pada masa akan datang saiz bateri aruz ini sudah banyak dijual oleh kerana permintaan yang tinggi para pengguna saiz bateri kereta aruz ini.

bateri aruz

Harga bateri kereta aruz

Seterusnya untuk harga bateri aruz pula juga menjadi perbincangan oleh para pemiliknya. Ada yang mengatakan bateri aruz mahal. Walaupun bateri aruz mahal, ianya masih boleh anda buat pilihan berdasarkan jenama bateri kereta yang lain.

Bateri aruz original tidak semestinya mengikut jenama bateri kereta yang sama dikeluarkan semasa baru anda beli. Anda boleh mendapatkan harga bateri kereta perodua aruz yang jauh lebih murah walaupun menggunakan bateri kereta jenama kurang dikenali.

Namun, harga bateri kereta aruz secara purata perlu anda ketahui lebih awal sebelum membuat keputusan membeli. Hal ini kerana, anda tidak membeli bateri kereta secondhand dengan harga bateri perodua aruz yang tidak jauh dengan bateri kereta aruz yang baru.

Harga bateri kereta aruz yang sebaiknya adalah bermula dari RM280 hingga RM330 mengikut jenama bateri kereta yang berbeza. Jika anda ingin lebih murah, pilihan mendapatkan bateri kereta aruz secara secondhand terletak pada anda akan risiko yang bakal berlaku dari segi ketahanannya.

Bateri kereta aruz tahan berapa lama ?

Jika anda tertanya-tanya bateri kereta aruz tahan berapa lama, adakah ianya seiring dengan harga bateri aruz yang agak mahal ? Jangka hayat bateri kereta aruz hanya dalam anggaran tempoh dari 2 hingga 3 tahun sahaja.

Ianya bergantung kepada banyak aspek yang antaranya adalah :

  1. Kekerapan anda menggunakan kereta aruz.
  2. Cara pemanduan
  3. Pemasangan aksesori tambahan
  4. Penjagaan yang berkait rapat seperti minyak enjin kereta

bateri kereta aruz

Cara tukar bateri kereta aruz

Teknik dalam cara tukar bateri kereta aruz adalah seakan anda menukar bateri kereta lain. Namun, ianya perlu diteliti lebih baik sebelum anda membuka bateri kereta aruz yang lama. Ambil gambar jika perlu sekiranya anda tidak begitu pasti akan kedudukan bateri kereta aruz yang lama.

Ketika anda ingin memasang bateri kereta aruz ini perlu di letakkan dalam petak bateri kereta yang telah disediakan. Pastikan ianya diletakkan dengan kemas tanpa ada sebarang ruang yang membolehkan ianya beralih sekiranya kereta anda berada dalam keadaan bergerak.