Bateri kereta Proton Arena : Kereta 2 pintu dicari hingga kini
Bateri kereta Proton Arena. Ciri-ciri bateri kereta apakah yang diperlukan oleh sebuah kereta yang bukan dalam mana-mana-mana kategori sama ada suv atau 4×4 yang agak unik seperti proton arena?
Mengapa saya katakan begitu?Sebab pihak proton tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada kereta proton arena ini merupakan dari segmen suv ataupun 4×4.
Ianya merupakan sebuah kereta 2 pintu yang diinovasikan dari sebuah proton wira. Namun, adakah ciri-ciri pada bateri kereta proton wira turut ada pada proton arena ini?Boleh pada panduan tersebut.
Penggunaan kereta proton arean sedikit berbeza, ianya berfungsi sebagai mengangkut barangan yang lebih berat hingga boleh mencapai setengah tan.
Ini merupakan satu keunikan proton arena iaitu produk tempatan dari tahun 2002 hingga 2010. Ianya juga diimport ke luar negara dengan gelaran Jumbuck.
Sekiranya anda nak memiliki atau dah memiliki kereta proton arena, berikut merupakan spesifikasi bateri kereta yang digunakan kereta ini.

Saiz bateri kereta Proton Arena
Saiz bateri untuk kereta proton arena yang digunakan perlulah mengikut ukuran sedia ada yang asal (original) sejak ianya keluar dari kilang lagi.
Ianya sangat penting bila nak diletakkan pada tapak bateri kereta sedia ada bateri proton arena dapat duduk dengan kemas dan tidak berlaku pergerakkan.
Saiz bateri proton arena tersebut adalah NS60R atau B24R yang merupakan kod yang perlu anda cari untuk menggantikan bateri yang telah habis atau kong.
Utamakan dulu saiz fizikal iaitu ukuran panjang, tinggi dan lebar yang tepat kemudian baru boleh anda fikir jumlah tenaga Ah (ampere hour) mana yang hendak anda pilih mengikut citarasa anda.
Paling minima dalam kod saiz bateri NS60R yang ada di pasaran sekarang adalah 46B24R dan semakin bacaan hadapan itu tinggi maka ianya lebih bertenaga dan menyimpan kuasa yang lebih supaya ketahanan dapat dikekalkan.
Pilihan minima tidak semestinya tidak bagus, ia sebenarnya dah mencukupi untuk kegunaan proton arena. Tahan atau tidak tahan juga bergantung kepada banyak faktor dan bukan pada saiz kod Ah sahaja.
