Bateri kereta Proton Juara : Mpv lain dari yang lain
Bateri kereta Proton Juara. Bateri kereta apakah yang digunakan oleh sebuah mpv yang dahulunya menjadi fenomena dengan reka bentuk yang agak unik dari produk tempatan iaitu proton juara ?
Proton juara atau dengan gelarannya sebagai town box merupakan sebuah kereta mpv kerana luarannya berbentuk seperti empat petak segi tak sama.
Ianya berada dalam segmen mpv yang dimuatkan dengan 6 tempat duduk. Nampak kecil tapi berpotensi membawa seramai 6 orang dewasa tanpa masalah.
Ianya dilancarkan dari tahun 2001 hingga 2004 sahaja. Pengeluarannya tidak lama disebabkan permintaan yang agak kurang. Tetapi kini masih ramai yang memiliki kereta ini.
Kalau dulu produk tempat ini pernah dikritik sebab reka bentuknya, dan sekarang lihat pada kereta mpv lebih kurang sepertinya honda N-Box diketengahkan dan di negara matahari terbit itu memang ramai menggunakan kereta ini disebabkan ianya kecil, luas dan sesuai dengan segmennya MPV (multi purpose vehicle).
Kepada yang masih tetap memiliki dan menggunakan kereta proton juara, rujukan pada artikel ini mengenai bateri kereta sangat dialu-alukan untuk mendapatkan manfaat dari perkongsian bersama.
Dapatkan juga maklumat mengenai model-model di bawah jenama sama mengenai bateri kereta proton bagi memudahkan anda membuat perbandingan ringkas dan padat.

Saiz bateri kereta Proton Juara
Setiap bateri kereta mempunyai saiznya tersendiri sejak ianya dikeluarkan dari kilang proton lagi. Bagi proton juara, ianya dilengkapi dengan saiz bateri dengan kod NS40ZL atau B19/B20.
Saiz ini sudah mencukupi sebenarnya untuk kegunaan sebuah mpv yang tidak terlalu berat dengan enjin kereta 1.1cc .
Namun, dengan kelebihan seperti tapak bateri yang sedikit besar diberikan, saiz kod bateri NS60 juga turut boleh dimasukkan sekiranya pemilik kereta proton juara mahu.
Dua saiz kod ini memang tidak menjadi masalah. Sekiranya ada tambahan aksesori dibuat, maka tukar kepada saiz bateri NS60 juga digalakkan untuk memenuhi keperluan elektrik dan elektronik kereta ini.
Sekiranya anda membeli kereta proton juara secara secondhand, lihat pada bawah seat kereta pada bahagian pemandu dan penumpang sebelah pemandu dimana terletaknya enjin serta peralatan termasuklah bateri kereta juara ini.
Sama ada nak kekal dengan saiz bateri asal NS40ZL atau tukar NS60 atau kembali semula ke kod bateri original proton juara itu juga dibolehkan atas faktor harga untuk pemilik maintain akan datang.
Jenis bateri kereta Proton Juara
Terdapat dua pilihan jenis bateri kereta yang boleh dan sesuai digunakan oleh kereta proton juara anda iaitu :
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
Jenis bateri adalah satu pilihan yang boleh anda sendiri sebagai pemilik kereta proton juara tentukan. Antara dua pilihan di atas ditentukan mengikut apa yang anda perlukan.
Gunakan bateri kering sekiranya anda kurang gemar untuk ambil tahu tentang alat ganti dalam kawasan bawah tempat duduk anda iaitu bahagian bateri, enjin dan peralatan utama proton juara.
Biasanya anda yang dah guna bateri kering memang tak perasan pun sebab sedar-sedar memang dah pakai bateri kering yang lebih mudah tanpa perlu nak selenggara apa-apa.
Berbeza pula dengan bateri basah, keperluan selenggara bateri ini adalah wajib dengan sentiasa membuat check air bateri dan topup air bateri sekiranya ianya berkurang.
Pilihan bateri basah sudah tentu kepada pemilik proton juara yang dah tahu serba sedikit tentang penjagaan bateri. Bagi yang baru tahu, anda boleh mencuba bateri basah sekiranya mahupun penjimatan dan ketahanan lebih lama berbanding bateri kering.
Harga bateri kereta Proton Juara
Ada beza harga bateri proton juara bagi saiz antara NS40ZL dan NS60. Begitu juga terdapat beza pada harga bateri bagi jenis bateri yang anda pilih.
Saranan paling utama adalah anda utamakan warranty bateri yang bakal anda beli. Minima warranty bateri baru adalah 1 tahun.
Jika ada bateri yang tawarkan warranty lebih dari 1 tahun dan harganya mahal sedikit, sudah pasti itu lebih baik kerana sesuatu jenama bateri berani meletakkan jaminan yang menandakan kualiti yang mereka berikat itu adalah bagus.
Anda juga boleh lihat pada harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model dan jenama lain untuk rujukan mudah bagi membuat perbandingan secara ringkas.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton juara :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Juara |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Century Marathoner Max | 55B24L (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Motolite Hybrid | NS60 | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
| Yokohama Advance | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
P/s : Rujuk pada post utama kami di bateri kereta bagi mendapatkan solusi terhadap segala permasalahan yang anda ingin selesaikan.
