Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Proton Arena : Kereta 2 pintu dicari hingga kini

Bateri kereta Proton Arena. Ciri-ciri bateri kereta apakah yang diperlukan oleh sebuah kereta yang bukan dalam mana-mana-mana kategori sama ada suv atau 4×4 yang agak unik seperti proton arena?

Mengapa saya katakan begitu?Sebab pihak proton tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada kereta proton arena ini merupakan dari segmen suv ataupun 4×4.

Ianya merupakan sebuah kereta 2 pintu yang diinovasikan dari sebuah proton wira. Namun, adakah ciri-ciri pada bateri kereta proton wira turut ada pada proton arena ini?Boleh pada panduan tersebut.

Penggunaan kereta proton arean sedikit berbeza, ianya berfungsi sebagai mengangkut barangan yang lebih berat hingga boleh mencapai setengah tan.

Ini merupakan satu keunikan proton arena iaitu produk tempatan dari tahun 2002 hingga 2010. Ianya juga diimport ke luar negara dengan gelaran Jumbuck.

Sekiranya anda nak memiliki atau dah memiliki kereta proton arena, berikut merupakan spesifikasi bateri kereta yang digunakan kereta ini.

Dapatkan juga ringkasan pada model-model yang seakan dengannya di bawah jenama yang sama iaitu bateri kereta proton.

bateri kereta proton arena

Saiz bateri kereta Proton Arena

Saiz bateri untuk kereta proton arena yang digunakan perlulah mengikut ukuran sedia ada yang asal (original) sejak ianya keluar dari kilang lagi.

Ianya sangat penting bila nak diletakkan pada tapak bateri kereta sedia ada bateri proton arena dapat duduk dengan kemas dan tidak berlaku pergerakkan.

Saiz bateri proton arena tersebut adalah NS60R atau B24R yang merupakan kod yang perlu anda cari untuk menggantikan bateri yang telah habis atau kong.

Utamakan dulu saiz fizikal iaitu ukuran panjang, tinggi dan lebar yang tepat kemudian baru boleh anda fikir jumlah tenaga Ah (ampere hour) mana yang hendak anda pilih mengikut citarasa anda.

Paling minima dalam kod saiz bateri NS60R yang ada di pasaran sekarang adalah 46B24R dan semakin bacaan hadapan itu tinggi maka ianya lebih bertenaga dan menyimpan kuasa yang lebih supaya ketahanan dapat dikekalkan.

Pilihan minima tidak semestinya tidak bagus, ia sebenarnya dah mencukupi untuk kegunaan proton arena. Tahan atau tidak tahan juga bergantung kepada banyak faktor dan bukan pada saiz kod Ah sahaja.

Jenis bateri kereta Proton Arena

Ada kesan ke jenis bateri terhadap penggunaan proton arena anda? Jawapannya pasti ada kesan dari segi keupayaan ataupun ketahanan.

Terdapat 2 pilihan jenis bateri kereta bagi proton arena boleh gunakan iaitu :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Dalam banyak-banyak stok di kedai bateri kereta, dua pilihan ini memang tak menjadi masalah dan sentiasa menjadi permintaan ramai.

Namun, yang membezakan antara jenis bateri proton arena adalah bagaimana anda gunakan kereta ini mengikut kelebihannya.

Sekiranya kereta proton arena kerap digunakan untuk mengangkat barangan berat, maka anda sangat digalakkan untuk memilih bateri basah sebagai pilihan utama. Hal ini kerana, bateri basah mampu bertahan jauh lebih lama dan sangat sesuai digunakan bagi anda yang melakukan bisnes yang mementingkan penjimatan.

Manakala, bagi anda yang ingin gunakan bateri kering pun tiada masalah sebenarnya, ianya juga tahan lama lebih-lebih lagi bagi anda yang menggunakan kereta arena sehari-harian bagi urusan tertentu. Tentang pengisian barangan di belakang sekadar jarang-jarang dan masih boleh digunakan apabila memerlukan. Biasala kadang-kadang tak ramai yang gunakan kereta ini hari-hari untuk mengangkat barangan berat tetapi ianya sentiasa ada walaupun tidak selalu digunakan.

Harga bateri kereta Proton Arena

Begitu juga dengan harga bateri proton arena juga sangat banyak pilihan di pasaran sehingga terdapat pelbagai jenama bateri baru wujud.

Pelbagai jenama bateri yang meningkat naik sangatlah bagus bagi memberikan sedikit tekanan kepada jenama bateri sedia ada agar saling berdaya saing satu sama lain.

Jadi, harga bateri kereta proton arena tidak akan melonjak terlalu tinggi disebabkan anda sebagai pemilik mempunyai pilihan lain di bawah kod saiz dan jenis yang anda perlukan untuk proton arena.

Jika anda nak lihat pada bateri kereta model-model jenama proton, boleh juga buat rujukan pada panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta utama di sini.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton arena untuk rujukan mudah anda :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Arena
Century Marathoner Max55B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM240
Amaron Go55B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM290
Camel Plus60B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM260
Osima46B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM230
MotoliteNS60RBasah (Wet/Conventional)RM170

P/s : Rujuk pada panduan utama kami di bateri kereta untuk mendapatkan solusi penuh dan lengkap terhadap segala permasalah yang anda alami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *