Bateri kereta Proton Ertiga : Mpv tak banyak tapi jadi pilihan
Bateri kereta Proton Ertiga. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang digunakan oleh sebuah mpv dari jenama tempatan yang hingga kini agak rare tetapi tetap dipilih iaitu proton ertiga ?
Ramai saja pemilik akan kereta 6 tempat duduk proton ertiga ini sebenarnya. Tapi ianya tidak seakan nampak banyak sebab ianya jarang dibawa keluar oleh kerana kereta ini sering digunakan pada hujung minggu.
Ada juga mak-mak yang membawa kereta ini bertujuan untuk hantar dan ambil anak di sekolah tetapi sedikit jarang kecuali jika mempunyai bilangan anak yang ramai.
Keperluan terhadap kereta proton ertiga adalah di tahap tengah-tengah kerana saiz kereta ini tak begitu besar dan tak juga begitu kecil.
Namun, apakah juga keperluan dari segi bateri kereta proton ertiga ini turut berada di tahap yang sama ?
Di artikel ini, kita akan kupaskan mengenai bateri kereta ertiga yang menjadi nadi kepada keperluan elektrik dan elektronik kereta ini.
Dapatkan juga panduan bateri kereta proton sekiranya anda nak buat perbandingan antara model di bawah satu jenama.

Saiz bateri kereta Proton Ertiga
Kod bagi saiz bateri kereta proton ertiga gunakan adalah NS40ZL. Saiz ini adalah keluaran dari kilang proton lagi yang merupakan ukuran original.
Bahagian paling utama ketika anda nak gantikan bateri lama kepada bateri baru adalah mengekalkan saiz bateri proton ertiga.
Bukan hanya untuk kereta ini saja, kereta-kereta lain juga pun sama. Saiz bateri wajib diikuti supaya ianya mudah untuk dipasang dan diletakkan pada tapak bateri yang telah disediakan.
Bila bateri duduk di tapak dengan kemas dan boleh diikat semula dengan betul, maka ianya tidak bergerak atau melompat keluar ketika setiap perjalanan berlaku.
Paling penting ianya tidak perlu diubah suai walaupun nampak macam banyak ruang lagi masih ada. Gunakan kelebihan pilihan Ah (ampere hour) bagi mendapatkan kuasa yang lebih dalam masa yang sama ukuran fizikal bateri kekal sama.
Contohnya sebelum ini saiz kod proton ertiga gunakan 38B19L, anda boleh tukar kepada 46B20L yang membekalkan tenaga elektrik lebih kepada kereta anda. Bezanya hanya pada perubahan bacaan kod hadapan (Ah) tetapi dikekalkan kod belakang B19/B20 (NS40ZL) sebagai ukuran fizikal bateri .
Jenis bateri kereta Proton Ertiga
Ada dua jenis pilihan bagi bateri kereta sesuai digunakan untuk proton ertiga anda iaitu :
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
Keduanya memang bagus sebab terdapat banyak dijual dipasaran kedai bateri kereta. Bila mana-mana dah boleh jumpa, maka mudah la didapati bila anda nak gantikan kepada bateri baru. Stok memang tak akan jadi isu punya.
Pilih bateri kering jika anda seorang yang nakkan kemudahan dan taknak perkara yang rumit. Hanya bayar, pakai hingga habis/kong dan tukar kepada bateri kering yang baru.
Berbeza pula bateri jenis basah, ianya perlu diservis. Buat sendiri saja di rumah sekiranya anda tiada masalah dan ada masa untuk mengisi air bateri kereta secara berkala. Manfaatnya adalah bateri jauh lebih tahan dari bateri kering.
Apa-apa pun kedua bateri ini mempunyai kelebihan dan kekurangan mengikut kehendak dan keperluan anda sebagai pemilik dan pengguna kereta proton ertiga.
Kereta keluarga ini ada yang jarang digunakan sekadar hujung minggu sahaja bagi jarak jauh dan ada juga guna kereta proton ertiga untuk harian dengan jarak yang dekat.
Ini semua tergantung pada urusan anda sebab anda yang sendiri yang akan menjadi bateri kereta tersebut. Sebab itu lah kena buat pilihan yang tepat sesuai dengan jenis bateri kereta agar kepuasan memakai setiap biji bateri itu berbaloi.
Harga bateri kereta Proton Ertiga
Soal harga pula yang pasti sebarang seorang ketua keluarga, sudah pasti anak nakkan bateri kereta proton ertiga paling terbaik.
Tapi bateri kereta terbaik tu dari sudut apa?Nak tahan lama?nak berkuasa dan tak lemau? nak murah tapi nak tahan dan berkuasa?
Setiap kelebihan pasti akan ada kelemahan. Tak semua anda boleh dapatkan dalam satu biji bateri untuk kegunaan proton ertiga anda.
Jika anda pilih harga bateri murah, siap sedia dengan jangka hayat bateri kurang tahan lama. Namun, bateri mahal pula dah confirm-confirm ke tahan lama? Jawapannya tidak juga.
Oleh itu, nak dapatkan bateri proton ertiga terbaik, sila utamakan dulu :
- Warranty bateri minima 1 tahun
- Jenama bateri dipercayai
- Jumlah Ah (ampere hour tinggi)
- Kesesuaian anda mengikut jenis bateri
Warranty biasanya untuk bateri baru minima akan diberi 1 tahun. Jika diberi lebih lagi bagus. Ada saja jenama bateri berani memberikan tempoh warranty hingga 36 bulan.
Utamakan dulu jenama bateri yang sering didengari, sebab syarikat besar ini perlu mengekalkan nama mereka dalam pasaran dan perlu memberikan yang terbaik dalam kualiti bateri. Jika nak cuba jenama bateri jarang dikenali juga boleh, tapi pastikan harganya sesuai dan tidak terlalu mahal.
Jumlah Ah yang tinggi memberikan kuasa elektrik yang lebih tahan lama untuk penggunaan proton ertiga anda. Harganya sedikit tinggi sebab peranan Ah merupakan keutamaan. Ada saja jenama bateri baru sanggup memberikan jumlah Ah tinggi tapi harga lebih murah.
Nak tahan lama sudah pasti gunakan bateri basah, tapi tak semua jenama bateri ada jenis bateri basah. Harga jauh lebih murah untuk jenis bateri basah. Yang pasti bila dah pakai, pastikan anda check dan isi air bateri sebelum nak mulakan perjalanan menggunakan kereta proton ertiga.
Lihat pada panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model-model lain agar anda boleh membuat perbandingan walaupun di bawah jenama kereta yang sama.
Berikut senarai harga bateri kereta proton ertiga untuk rujukan anda :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Ertiga |
| Century Marathoner Max | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM200 |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Yokohama Advance | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Motolite Hybrid | NS40ZL | Basah (Wet/Conventional) | RM150 |
P/s : Sila rujuk pada post utama kami di bateri kereta untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan anda.
