Bateri kereta Proton Juara : Mpv lain dari yang lain
Bateri kereta Proton Juara. Bateri kereta apakah yang digunakan oleh sebuah mpv yang dahulunya menjadi fenomena dengan reka bentuk yang agak unik dari produk tempatan iaitu proton juara ?
Proton juara atau dengan gelarannya sebagai town box merupakan sebuah kereta mpv kerana luarannya berbentuk seperti empat petak segi tak sama.
Ianya berada dalam segmen mpv yang dimuatkan dengan 6 tempat duduk. Nampak kecil tapi berpotensi membawa seramai 6 orang dewasa tanpa masalah.
Ianya dilancarkan dari tahun 2001 hingga 2004 sahaja. Pengeluarannya tidak lama disebabkan permintaan yang agak kurang. Tetapi kini masih ramai yang memiliki kereta ini.
Kalau dulu produk tempat ini pernah dikritik sebab reka bentuknya, dan sekarang lihat pada kereta mpv lebih kurang sepertinya honda N-Box diketengahkan dan di negara matahari terbit itu memang ramai menggunakan kereta ini disebabkan ianya kecil, luas dan sesuai dengan segmennya MPV (multi purpose vehicle).
Kepada yang masih tetap memiliki dan menggunakan kereta proton juara, rujukan pada artikel ini mengenai bateri kereta sangat dialu-alukan untuk mendapatkan manfaat dari perkongsian bersama.

Saiz bateri kereta Proton Juara
Setiap bateri kereta mempunyai saiznya tersendiri sejak ianya dikeluarkan dari kilang proton lagi. Bagi proton juara, ianya dilengkapi dengan saiz bateri dengan kod NS40ZL atau B19/B20.
Saiz ini sudah mencukupi sebenarnya untuk kegunaan sebuah mpv yang tidak terlalu berat dengan enjin kereta 1.1cc .
Namun, dengan kelebihan seperti tapak bater yang sedikit besar diberikan, saiz kod bateri NS60 juga turut boleh dimasukkan sekiranya pemilik kereta proton juara mahu.
Dua saiz kod ini memang tidak menjadi masalah. Sekiranya ada tambahan aksesori dibuat, maka tukar kepada saiz bateri NS60 juga digalakkan untuk memenuhi keperluan elektrik dan elektronik kereta ini.
Sekiranya anda membeli kereta proton juara secara secondhand, lihat pada bawah seat kereta pada bahagian pemandu dan penumpang sebelah pemandu dimana terletaknya enjin serta peralatan termasuklah bateri kereta juara ini.
Sama ada nak kekal dengan saiz bateri asal NS40ZL atau tukar NS60 atau kembali semula ke kod bateri original proton juara itu juga dibolehkan atas faktor harga untuk pemilik maintain akan datang.
