Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Proton Suprima S : Hatchback turbo pilihan tempatan

Bateri kereta Proton Suprima. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang diperlukan oleh kereta hatchback yang pernah menjadi fenomena ketika dahulu iaitu proton suprima s ?

Pemerhatian terhadap bateri kereta suprima s merupakan satu keutamaan penting dalam penjagaan kereta supaya ianya kekal berada di tahap optimum.

Walaupun keluaran proton suprima s agak lama berada di pasaran iaitu bermula dari tahun 2013 hingga 2019, kereta ini tetap dicari di kedai-kedai kereta secondhand.

Pembeli asal yang guna hingga kini sebenarnya sangat berpuas hati terhadap prestasi kereta ini. Walaupun ianya dilengkapi teknologi turbo, penggunaan bateri suprima s ibarat macam pakai kereta biasa dah tak rumit dalam penjagaannya.

Sebab itulah, bagi yang nak mula berjinak-jinak dengan kereta turbo design ala sporty tapi nak sebuah kereta yang kabin dalamnya luas, inilah kereta yang tepat.

Rujuk juga pada bateri kereta proton agar anda boleh membuat pemerhatian ringkas terhadap model-model lain di bawah satu jenama proton.

Di artikel ini, anda boleh dapatkan maklumat penuh tentang bateri kereta proton suprima s dari segi saiz, jenis, harga dan lain-lain lagi berkaitan bateri kereta ini.

bateri kereta suprima s

Saiz bateri kereta Proton Suprima S

Kod saiz bateri bagi kereta proton suprima s gunakan adalah D23L. Jika anda ingin menggantikan kepada bateri baru bagi suprima s anda, gunakan kod ini sebagai panduan utama.

Kod ini sebenarnya tidak susah untuk dicari tetap kena betul-betul pergi ke kedai bateri kereta baru boleh jumpa pilihan dengan berbeza jumlah Ah (Ampere Hour) dan jenama bateri.

Jika anda pergi ke bengkel kereta, kedai aksesori kereta atau kedai tayar kereta kemungkinan besar hampir tiada kod saiz ini dan jika ada pun tiada pilihan lain.

Rujuk ke kedai bateri kereta untuk pilih sendiri kod saiz bateri proton suprima s contohnya seperti 65D23L atau 75D23L yang merupakan kod paling sesuai digunakan oleh kereta anda.

Untuk kod saiz 55D23L pun tidak menjadi masalah bagi proton suprima s, tetapi bagi sebuah kereta berprestasi turbo sudah semestinya perlukan lebih kuasa bagi ketahanan kereta ini.

Jenis bateri kereta Proton Suprima S

Hanya terdapat dua sahaja pilihan bagi jenis bateri kereta proton suprima s. Ianya terdiri daripada :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Dua jenis bateri ini adalah cukup bagus sebenarnya sebab ianya merupakan antara stok paling banyak dalam pasaran di kedai bateri kereta.

Jenis bateri kereta proton suprima s ini boleh dipilih salah satu mengikut apa yang anda perlukan. Keduanya mempunyai karakter berbeza. Yang penting anda tahu karakter masing-masing dan terus buat pilihan mengikut kesesuaian anda nak terutamanya dari segi kelebihan dan juga penjagaan.

Pilih bateri kering untuk proton suprima s anda sekiranya anda nak mudah. Pakai saja bateri jenis ini hingga ianya habis dan tak perlu fikir apa-apa tentang penjagaan bateri langsung. Ini faktanya iaitu tak pening kepala nak jaga.

Manakala, pilih bateri basah sekiranya anda tahu serba sedikit tentang penjagaan air bateri sebab nanti kena topup air bateri dalam bateri basah secara berkala atau berjadual supaya ianya kekal berada di tahap optimum. Faktanya di sini, bateri basah ada kelebihan jauh lebih tahan dari bateri kering.

Harga bateri kereta Proton Suprima S

Peminat kereta proton suprima s yang tercari-cari tentang maklumat bateri kereta ini bukan sahaja dari golongan lelaki, malah ada juga golongan wanita menjadi pemilik dan pengguna kereta ini.

Berkaitan tentang harga bateri ketika anda nak beli bateri baru, sila pastikan keutamaan diberi kepada warranty bateri terlebih dahulu.

Kadang golongan lelaki pun boleh terlepas pandang perkara ini. Ini boleh terjadi sebab hanya nak utamakan harga bateri yang murah.

Secara tak langsung, memang mana-mana jenama bateri akan beri minima 1 tahun warranty untuk bateri baru.

Tapi untuk lebih berbaloi dengan jumlah duit yang anda bakal keluarkan adalah walaupun sedikit mahal, pastikan warranty ditawarkan lebih dari 1 tahun untuk dikategorikan sebagai “value for money”.

Di jadual memang tidak dinyatakan jumlah warranty, tapi semasa anda nak beli bateri nanti, pastikan warranty itu ditanya dari awal.

Dapatkan juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta bagi model-model di bawah jenama proton yang lain untuk anda lakukan perbandingan mudah.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta untuk rujukan anda :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Suprima S
Motolite HybridD23LBasah (Wet/Conventional)RM245
Camel Plus70D23LKering (Dry/MF)RM355
Century Marathoner Max75D23LKering (Dry/MF)RM320
Amaron Go75D23LKering (Dry/MF)RM350
Bosch55D23LKering (Dry/MF)RM315

P/s : Pastikan anda dapatkan jawapan yang membawa kepada solusi terhadap segala permasalahn yang anda hadapi mengenai bateri kereta .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *