Bateri kereta kong atau alternator ?
Bateri kereta kong atau alternator. Bagaimanakah situasi yang boleh anda kategorikan antara permasalahan bateri kereta kong atau pun disebabkan oleh alternator ?
Di artikel ini akan menjawab sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh anda apakah tentang bateri kereta kong mahupun alternator.
Kesalahan dalam menjangka salah satu masalah ini akan membawa kepada kerugian terutamanya dalam kewangan anda sebagai pemilik kereta.
Kenal pasti beberapa tanda yang boleh anda lihat sebelum menghantar kereta ke bengkel sama ada untuk tukar bateri kereta atau tukar alternator yang baru.
Bateri kong atau alternator
Peranan bateri kereta adalah saling berkait dengan alternator. Bateri kereta membekalkan tenaga elektrik kepada sesebuah kereta. Manakala, alternator pula bertanggungjawab mengalirkan elektrik sebaik sahaja enjin kereta anda dihidupkan.
Anda perlu ketahui yang bateri kereta dan alternator memerlukan satu sama lain. Bateri kereta tanpa alternator, maka kereta tidak boleh berjalan. Manakala, alternator tanpa bateri kereta, kereta tidak dapat dihidupkan.
Bila dah dapat tahu masalah yang mana satu, barulah anda boleh selesaikannya dengan baik tanpa perlu buat kerja 2 kali atau lebih.
Bagaimana cara nak tahu masalah bateri kereta kong atau alternator ?
Ada beberapa cara yang anda boleh kenalpasti sekiranya anda mempunyai masalah bateri kereta kong atau alternator antaranya adalah :
1. Start enjin kereta
Sekiranya anda mempunyai masalah bateri kereta kong, maka kereta anda tidak boleh dihidupkan langsung. Semasa enjin nak dihidupkan, ternyata pada paparan meter kereta tidak mempunyai nyalaan lampu langsung. Ada juga mempunyai “tak tak tak” dan ia menandakan bateri kereta anda dah lemah dan hampir kong.
Manakala, sekiranya anda mempunyai masalah alternator, enjin kereta anda masih lagi boleh dihidupkan seperti biasa.
2. Terdapat bunyi dari bonet hadapan
Untuk masalah bateri kereta, tiada sebarang kaitan bunyi yang keluar dari hadapan bonet kereta. Berbeza pula dengan masalah alternator yang sudah teruk, terdapat bunyi yang agak kuat keluar dari bonet hadapan kereta.
Bagi masalah alternator yang tidak ketara, ada kemungkinan bunyi yang dihasilkan tidak kuat seperti ianya sudah teruk.
3. Mencabut wayar bateri kereta sewaktu enjin dihidupkan
Terdapat kesan paling ketara yang boleh anda ketahui sama ada masalah bateri kong atau alternator ini. Anda boleh menguji dengan mencabut wayar pada terminal bateri kereta semasa enjin kereta hidup.
Keputusan bateri kereta kong atau alternator adalah seperti berikut :
Perkara | Keputusan |
Bateri kereta kong | Tidak memberi respon |
Masalah alternator | Beri respon |
Tidak respon walaupun jika masalah bateri kong yang dimaksudkan di atas adalah semasa enjin kereta hidup, bila anda mencabut wayar salah satu atau kedua dari terminal bateri kereta, ia masih kekal berfungsi dan enjin tetap hidup dengan baik.
Manakala, respon yang diberikan sekiranya terdapat masalah alternator pada kereta anda ialah enjin kereta anda akan terpadam atau mati sebaik sahaja wayar positif atau negatif atau kedua wayar ini dicabut dari terminal bateri kereta.
Apakah langkah boleh dibuat sebaik sahaja masalah ini diketahui ?
Jika bateri kereta kong, maka, tukar bateri kereta anda kepada yang baru. Manakala, jika anda dapati alternator anda yang bermasalah, maka rujuklah bengkel kereta supaya anda menukar alternator yang baru.
Oleh itu, anda juga perlu minta nasihat dari bengkel kereta adakah perlu untuk ganti bateri kereta yang baru atau pun tidak sekiranya masalah alternator anda telah dibaiki.
Pingback: Bateri kereta kong yang sedang anda alami - Mekanikakereta