Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Mitsubishi XForce : Suv teknologi AYC

Bateri kereta Mitsubishi XForce. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang wajib diketahui oleh setiap dari pemilik kereta mitsubishi X-Force yang merupakan salah satu SUV yang diyakini ramai?

Setiap kereta dibekalkan sebuah bateri kereta yang merupakan nadi utama kepada pemula sebelum ianya diserahkan kepada alternator.

Untuk mitsubishi sudah pasti akan memberikan bateri kereta terbaik sejak dari ianya dikeluarkan lagi dari kilang tersebut bagi menjamin keperluan peralatan elektrik dan elektronik kereta XForce.

Di artikel ini, anda akan menjumpai pelbagai persoalan mengenai bateri kereta Mitsubishi XForce dan berkait rapat dengannya serta akan menemui jawapan terbaik bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

bateri kereta mitsubishi xforce

Saiz bateri kereta Mitsubishi XForce

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah tentang saiz bateri yang digunakan oleh mitsubishi xforce.

Saiz bateri mitsubishi xforce yang digunakan bagi saya adalah yang terbaik iaitu NS40ZL. Walaupun ini sebuah kereta compact SUV yang banyak juga kelengkapan teknologi terkini seperti ADAS, pihak mitsubishi tidak ragu-ragu dengan saiz bateri ini sudah cukup untuk ianya digunakan.

Mitsubishi Xforce spec Urban gunakan separa ADAS,manakala, mitsubishi xforce spec ultimate menggunakan ADAS penuh menggunakan NS40ZL sahaja. Dengar macam tak percaya tapi mengikut pengalaman kami ianya adalah bagus dari segi sudut ekonomi dan stok.

Stok bateri ini sangatlah mudah nak dapat. Hampir setiap kedai bateri kereta anda kod saiz ini, malah kedai bengkel kereta biasa dan kedai tayar pun pasti ada bateri ini.

Ini menunjukkan pihak mitsubishi sangatlah memudahkan pemilik atau bakal pemilik kereta xforce supaya tidak risau nak cari stok bateri walaupun dimana berada dibandingkan suv lain yang gunakan saiz bateri jauh lebih besar dan tidak semua bengkel kereta kod tersebut akan disimpan.

Jenis bateri kereta Mitsubishi XForce

Antara kelebihan pemilik atau bakal pemilik kereta mitsubishi xforce boleh nikmati adalah pilihan jenis bateri yang mudah didapati di pasaran.

Terdapat 3 jenis pilihan bateri sesuai digunakan oleh mitsubishi xforce iaitu :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Free Maintenance)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
  3. Bateri jenis EFB (Enhanced Flooded Battery)

Jenis bateri kereta manakah paling sesuai untuk anda?Aik, boleh dipilih ya untuk jenis bateri bukan jenama sahaja ke? Jawapannya adalah ya, jenis pun boleh dipilih dengan kehendak dan keperluan yang anda perlukan.

Setiap pemandu atau pemilik lain kehendak, ada nak senang dan mudah, ada nak penjimatan malah ada yang tak kisah pasal kos dan nak ketahanan.

Semua ni tidak ada pada 1 bateri, tapi kelebihan ini ada antara salah satunya. Jom lihat jenis bateri mana sesuai anda pilih :

  1. Bateri jenis kering atau selalu ada tulis kat badan bateri dengan tulisan MF – Bateri ini antara paling mudah digunakan. Kiranya seperti beli, pasang di kedai dan guna sampai habis dan lepastu tukar bateri kering yang baru.
  2. Bateri jenis basah – Nak kenal pasti kena tengok pada bahagian atas bateri ada 6 skru (jika tenggelam) atau nut (jika timbul) yang memerlukan anda tambah air bateri mengikut jadual yang boleh anda tetapkan sendiri. Yang penting ada tahu serba sedikit cara isi air bateri kereta dan jika ianya terjaga, maka jangka hayat lebih lama dapat digunakan dan lebih jimat poket anda.
  3. Bateri jenis EFB – Nak kenal pasti bateri ni seakan bateri kering yang bezanya akan tertera pada badan bateri M42 EFB/auto start-stop function (walaupun tiada fungsi ini pada kereta xforce anda). Bateri ni memang dijamin ketahanan dia sesuai digunakan oleh xforce anda.

Nota : Jenis bateri EFB tu sebenarnya bonus sahaja, ianya agak mahal dan sesuai dengan teknologi mitsubishi xforce sekarang tapi tak menjamin ketahanan jika cara pemanduan anda terlalu agresif mahupun jarang menggunakannya.

Harga bateri kereta Mitsubishi XForce

Senarai harga bateri kereta mitsubishi xforce yang diberikan untuk untuk kemudahan bagi anda membuat perbandingan dengan jenama-jenama bateri yang ada.

Ada yang mahal tapi kualiti belum tentu, malah ada murah tapi bila pakai tahan lama pula. Yang penting anda sendiri pernah ada pengalaman sebelum ini tentang sesebuah jenama bateri.

Sekiranya ini first car anda, maka rujuk pada jumlah Ah (Ampere hour) untuk kelebihan dari segi ketahanan, bukan pada harga yang murah sahaja.

Sebab harga kena letak pada hujung sekali dalam senarai pilihan selepas saiz, jenis dan jenama bateri yang anda perlukan.

Ikuti juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model dan jenama lain sekiranya anda pernah memiliki kereta lain sebelum ini.

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Mitsubishi XForce
Yokohama Advance46B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM230
Motolite HybridNS40ZLBasah (Wet/Conventional)RM150
Century Marathoner Max60B20L (M42L)EFBRM320
Amaron Go46B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM230
Astra40B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM218

P/s : Selesaikan masalah anda jika anda mempunyai permasalahan umum yang boleh anda rujuk pada post utama kami di bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *