Bateri kereta Perodua Nautica : Suv rare dan harga kekal tinggi
Bateri kereta Perodua Nautica. Ciri-ciri manakah yang sesuai digunakan oleh kereta perodua nautica terutamanya dari segi bateri kereta jika ianya perlu digantikan kepada baru?
Apabila bateri kereta nautica habis sudah pasti anda perlukan bateri baru supaya penggunaan kereta anda dapat kembali dioptimumkan seperti sedia kala.
Ini memang kebiasaan sebab bateri kereta 12v yang ada dalam semua model dan jenama kereta berupaya membekalkan elektrik sementara sebelum diserahkan tugas kepada alternator.
Sebab itu, kereta suv seperti perodua nautica juga memerlukan bateri yang tepat agar permulaan ketika ingin hidupkan enjin itu berlaku dengan lancar dan baik.
Sekiranya enjin dapat dihidupkan, maka peranan bateri bukan tidak diperlukan langsung, tetapi sebagai penyokong utama dalam menghidupkan peralatan elektrik dan elektronik dalam kereta nautica anda.
Lihat juga panduan pada bateri kereta perodua dan anda dapat lakukan perbandingan antara model di bawah satu jenama perodua.
Oleh itu, di artikel ini, anda boleh ketahui maklumat dengan lengkap tentang bateri kereta perodua nautica yang membantu sebelum proses nak tukar bateri yang baru.

Saiz bateri kereta Perodua Nautica
Perkara asas paling wajib anda kena tahu adalah saiz bateri yang perodua nautica gunakan. Ia bukan saja berkenaan kepada keperluan elektrik, tetapi kepada kelengkapan tempat letak bateri.
Dalam bonet hadapan perodua nautica memang tampak luas dan ke dalam. Namun, tapak bateri yang disediakan cukup untuk saiz bateri yang asal diletakkan dengan kemas tanpa sebarang pengubahsuaian.
Kalau terbeli saiz bateri yang salah, akan menjadi masalah terutamanya nak letak bateri kerana tapaknya tidak bersesuaian dengan perodua nautica ini.
Oleh itu, pastikan anda gunakan saiz bateri kereta NS40ZL kerana keperluan dari sudut fizikal iaitu panjang, lebar dan tinggi bateri ini betul-betul sama dengan original kilang.
Saiz ini juga banyak kelebihan lain antaranya mudah untuk ianya didapati di pasaran bateri kereta sama ada di kedai bateri, kedai aksesori mahupun bengkel baiki kereta yang berdekatan rumah atau tempat kerja anda.
Jenis bateri kereta Perodua Nautica
Jika pada saiz bateri nautica anda perlu gunakan yang betul lebih-lebih lagi dari sudut fizikal panjang, tinggi serta lebar bateri yang telah ditetapkan.
Namun, berbeza pula pada jenis bateri perodua nautica yang boleh anda sendiri pilih antara 2 jenis bateri kereta yang dibolehkan iaitu :
- Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri jenis basah (Wet/Conventional)
Secara mudahnya nak faham pasal jenis bateri ini adalah mengikut cara dan kehendak anda. Jika kena pada kehendak anda, maka ianya memberikan manfaat baik buat kereta perodua nautica anda.
Gunakan bateri kering sekiranya anda tak mahu nak pening-pening dalam penjagaan bateri. Cukup sekadar beli, kedai pasangkan bateri baru dan pakai hingga ianya habis/kong. Kelebihannya memang langsung tak pening kepala nak jaga.
Lain pula bagi bateri basah, bila dah pakai, perlukan sedikit kerajinan untuk kekalkan air bateri kereta dalam bateri basah berada dalam tahap takat(level) air antara rendah ke tinggi. Kelebihannya pula, ianya jauh lebih tahan dari bateri kering tadi.
Buat keputusan yang tepat supaya anda mendapat manfaat yang telah dinyatakan dan kalau nak cuba keduanya pun tiada masalah. Ramai saja yang suka-suka mencuba nak lihat jenis bateri manakah paling sesuai untuk diri anda.
Harga bateri kereta Perodua Nautica
Selesai memilih jenis bateri, kita akan terus kepada harga bateri perodua nautica. Sudah pasti ada banyak jenama, saiz dan jenis terdapat di pasaran boleh dijadikan pilihan.
Jenama boleh dipilih berdasarkan pengalaman anda pernah guna jenama bateri mana yang menyakinkan anda.
Manakala, dari segi saiz bateri, kekalkan saiz fizikal tetapi pilihan saiz dari segi jumlah Ah (ampere hour) boleh dipilih untuk ketahanan tetapi harga lebih tinggi.
Jenis bateri juga memainkan peranan pada harga. Nak lebih murah pilih bateri jenis basah. Bateri kering lebih mahal oleh sebab kelebihannya yang mudah dan ramai pilih ini sebagai keutamaan.
Rujuk juga pada harga, jenis dan saiz bateri kereta sekiranya anda nak lakukan perbandingan antara model mahupun jenama kereta atau bateri lain.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta perodua nautica yang boleh dijadikan pilihan :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Perodua Nautica |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Yokohama Advance | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Motolite Hybrid | NS40ZL | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
| Yokobatt Hybrid | NS40ZL | Basah (Wet/Conventional) | RM240 |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Century Marahoner Max | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM200 |
| Bosch | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM180 |
P/s : Buat rujukan lebih lengkap sekiranya anda mempunyai permasalahan dan ingin dapatkan jalan penyelesaian di post utama kami bateri kereta.
