Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Perodua QV-E : Produk EV tempatan

Bateri kereta Perodua QV-E. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang digunakan oleh kereta EV sepenuhnya yang dihasilkan oleh perodua iaitu qv-e di zaman peningkatan kereta elektrik ini?

Bateri kereta di artikel ini maksudkan merupakan 12V atau auxiliary battery yang digunakan untuk kereta perodua qv-e guna sama seperti kereta petrol lain gunakan.

Jangan terkejut bahawa kereta full EV yang lain juga turut menggunakan bateri 12V asas ini sebagai penyokong utama ketika nak hidupkan enjin dan keperluan peralatan elektronik seperti lampu depan, signal, brek dan lain-lain lagi.

Bateri 12V ini juga akan habis atau kong bila tiba masanya. Sebab itu artikel ini wujud untuk kemudahan para pemilik dan pengguna membuat rujukan

Pastikan juga keperluan bateri kereta 12V pada perodua qv-e yang anda nak gantikan menggunakan saiz dan jenis yang betul agar keperluan tadi dapat dipenuhi.

Rujuk juga pada model-model lain yang juga merupakan di bawah satu jenama perodua dan buat perbandingan bateri kereta perodua.

bateri kereta perodua qv-e

Saiz bateri kereta Perodua QV-E

Reka bentuk fizikal sesebuah bateri kereta 12V pada perodua qv-e penting supaya ianya dapat memuatkan tapak bateir yang telah disediakan.

Selain saiz fizikal, saiz dari segi Ah (ampere hour) merupakan faktor terpenting untuk pembekalan tenaga yang mencukupi sesuai dengan kereta ini.

Bateri original dari kilang perodua yang dibekalkan pada kereta qv-e ini menggunakan saiz NS60L yang merupakan dari jenama ABM sebagai pembekal utama.

Jadi, gunakan saiz asal tersebut yang merupakan paling sesuai digunakan oleh perodua qv-e dan ianya antara bateri yang mudah dijumpai di pasaran bateri kereta.

Jenis bateri kereta Perodua QV-E

Jenis bateri perodua qv-e yang boleh digunakan ada dua iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)

Bateri yang dibekalkan dari kilang perodua adalah jenis kering yang memberikan kemudahan dalam penggunaan kerana tak perlu diselenggara langsung.

Pilihan bateri basah juga boleh digunakan sekiranya anda inginkan bateri yang lebih tahan lama tetapi memerlukan sedikit perhatian dari segi penjagaan air bateri kereta 12V tersebut.

Harga bateri kereta Perodua QV-E

Segmen ni paling dinanti-nantikan oleh anda sebagai pemilik kereta perodua qv-e sebab nak dapatkan bateri paling murah tapi berbaloi.

Sebelum itu mari kita perbetulkan niat dulu, nak pakai bateri berkualiti seharusnya tidak mengutamakan harga dari awal.

Sebabnya bateri yang bagus, sudah pasti sedikit mahal oleh kerana kualitinya yang perlu dijaga. Namun, ada juga bateri murah tetapi berkualiti oleh sebab persaingan.

Jenama bateri yang baru naik mampu memberikan kualiti terbaik dibandingkan bateri yang sudah lama dikenali dan dijual murah oleh kerana ianya nak dikenali dari awal.

Namun, tetap perlu anda utamakan dari segi saiz dan jenis bateri selain warranty yang diberikan paling minima untuk bateri baru adalah 1 tahun.

Lihat pada harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model perodua lain supaya anda faham sebab lengkap bateri yang digunakan oleh kereta perodua lain.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta perodua qv-e yang boleh anda rujuk :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Perodua QV-E
Century Marathoner Max55B24L (NS60L)Kering (Dry/MF)RM240
Amaron Go55B24L (NS60L)Kering (Dry/MF)RM250
Motolite HybridNS60LBasah (Wet/Conventional)RM170
Varta Blue55B24L (NS60L)Kering (Dry/MF)RM220
Camel Plus60B24L (NS60L)Kering (Dry/MF)RM200

P/s : Untuk dapat maklumat lebih lengkap tentang masalah yang anda hadapi berkenaan dengan auxiliary bateri atau bateri kereta, sila buat rujukan di post utama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *