Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri sel kering boleh tambah air ?

Bateri sel kering boleh tambah air ? Adakah betul bateri sel kering boleh tambah air ? Dimanakah tempat untuk anda isikan air bateri sekiranya bateri kereta kering boleh anda tambah air ?

Seperti kita tahu, air bateri kereta membantu menjana kuasa elektrik kepada keseluruhan bahagian kereta yang memerlukan tenaga ini. Jika air bateri kereta kering dan tidak ditopup sebetulnya, maka akan membawa kepada kerosakan pada bateri kereta itu sendiri.

Seterusnya, memberikan tindak balas kepada kereta anda seawal ingin anda menghidupkan enjin kereta. Bila start enjin, ia tidak memberi respon yang baik kepada enjin kerana tidak mencukupi tenaga elektrik.

Jadi, bagaimana pula kepada anda yang menggunakan bateri kereta jenis kering? Adakah tindak balas di atas berperanan yang sama seperti yang diceritakan di atas mengenai air bateri kereta?

Adakah boleh untuk bateri kereta sel kering ditambah air ?

Keperluan kepada air bateri kereta untuk bateri kereta kering adalah tidak perlu sama sekali. Ini bermakna, menjawab kepada persoalan adakah bateri kereta sel kering boleh tambah air adalah tidak benar sama sekali.

Bateri kereta jenis kering membawa maksud seperti namanya yang tidak memerlukan bantuan air bateri kereta sebagai maintenance bulanan mahupun tahunan. Ia bersifat pakai dan buang atau dalam kategori Wear & Tear dalam keperluan barangan kereta.

Bateri kereta sel kering tidak perlu dijaga. Ianya hanya beli bateri kereta baru, kemudian pakai sehingga mencapai tahap tempoh waktunya tamat. Jika anda jenis tidak suka membuat maintain sendiri secara berkala pada kereta anda, bateri kereta sel kering ini adalah untuk anda.

Macam mana nak tahu jenis bateri kereta perlu di isi air atau pun tidak perlu di isi air ?

Walau apa pun, anda wajib melihat pada permukaan atas bateri kereta. Perhatikan dan kenali tanda-tanda bateri kereta kering dengan cara hanya mempunyai 2 terminal yang menghubungkan wayar positif dan negatif kepada bateri kereta anda.

Lebih mudah, anda hanya perlu pastikan tiada sebarang skru berupa plastik sebesar ibu jari. Tanda kedua bateri kereta sel kering adalah skry plastik tersebut akan mempunyai 5 atau 6 biji berderet mengikut lebar bateri kereta anda.

Seterusnya, bila anda lihat pada keliling bateri kereta, tiada sebarang tanda atas yang menulis “MIN” dan “MAX” yang menandakan ianya dalah water level air bateri kereta.

Jika ketiga ciri-ciri di atas tiada, maka pasti bateri kereta yang anda gunakan adalah bateri kering yang tidak boleh ditambah air.

Kekurangan menggunakan bateri kereta sel kering

Dari segi asasnya ada kelebihan menggunakan bateri kereta jenis sel kering ini. Namun juga terdapat kekurangan kerana bateri kereta kering tidak boleh ditambah air bateri kereta.

Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman, untuk tempoh luput sesebuah bateri kereta kering adalah lebih singkat. Ianya tidak mempunyai bahan tambahan supaya penjanaan tenaga dalam bateri kereta itu kerap berada di tahap optimum.

bateri kereta sel kering boleh tambah air
Bateri kereta sel kering boleh tambah air

One thought on “Bateri sel kering boleh tambah air ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *