Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga cas bateri kereta di kedai

Harga cas bateri kereta di kedai. Berapakah harga bagi anda yang hendak menghantar cas bateri kereta yang mempunyai masalah habis atau sudah lemah di kedai bateri kereta ?

Di artikel ini anda akan dapati harga cas bateri kereta di kedai supaya memudahkan anda membawanya dan dalam masa yang sama sudah mengetahui anggaran harga yang betul dan tidak mudah ditipu.

Padahal jika kita tak tahu, boleh terjadi juga harga cas bateri kereta di kedai yang akan diberikan dikira munasabah bagi kita. Rupa-rupanya tidak seperti yang kita sangkakan.

Sebab itulah pentingnya anda membuat sedikit pembacaan di sini agar anda ketahui harga cas bateri kereta di kedai yang berkenaan.

Cabut bateri kereta sebelum mengecas bateri kereta di kedai

Bila bercakap tentang menghantar cas bateri kereta ke kedai, anda perlulah melakukan sendiri dengan mencabut bateri kereta terlebih dahulu. Jika anda bawa kereta terus ke kedai bateri kereta, pasti akan menjadi sia-sia.

Hal ini kerana pengecasan bateri kereta akan mengambil masa supaya ianya mendapatkan hasil pengecasan bateri kereta yang optimum. Tiada orang yang membawa kereta dan tinggalkan kereta di kedai bateri kereta untuk mengecas.

Kedai yang sesuai untuk mengecas bateri kereta ?

Sebelum itu anda perlu tahu kedai manakah yang sesuai untuk hantar bateri kereta bagi melakukan proses mengecas ini. Berikut merupakan kedai yang sesuai untuk anda hantar bagi mengecas bateri kereta :

1. Kedai bateri kereta

Sudah tentu kedai bateri kereta pasti akan menyediakan khidmat cas bateri kereta. Namun, ada juga kedai bateri kereta hanya ingin menjual bateri kereta yang baru sahaja.

Tanyakan dahulu adakah kedai bateri kereta di kawasan kediaman anda menyediakan cas bateri kereta ini . Jika tidak, anda perlu cari kedai lain.

2. Bengkel kedai baiki kereta

Bengkel kedai yang fokusnya membaiki kereta amat jarang mempunyai khidmat mengecas bateri kereta ini. Cari kedai baiki kereta terutamanya membaiki kereta kemalangan terutamanya.

Namun, untuk kedai fokusnya baiki aircond kereta dan baiki cermin kereta serta kedai tinted kereta tidak menyediakan khidmat mengecas bateri kereta ini. Anda boleh skip dan dapat jimatkan masa supaya tidak pergi ke kedai ini.

3. Kedai menjual sparepart kereta

Pasti anda tahu di kawasan tempat tinggal anda akan mempunyai kedai menjual barangan sparepart yang menjadi rujukan bengkel-bengkel kereta ini. Tidak semua kedai sparepart ini akan melayan anda kerana mengecas bateri kereta bukan matlamat dalam perniagaan mereka.

Namun, ada saja kedai sparepart ini membuat duit tepi disamping menjual barangan wear & tear yang diperlukan.

harga cas bateri kereta di kedai
Harga cas bateri kereta di kedai

Berapa harga cas bateri kereta di kedai ?

Kembali semula kepada persoalan utama di atas, berapa harga untuk anda cas bateri kereta di kedai- kedai seperti yang diberitahu di atas ? Harga cas bateri kereta di kedai adalah berjumlah sebanyak RM5 hingga RM10 sahaja.

Pasti anda tidak akan percaya bila mendengar harga di atas. Harga cas bateri kereta di kedai sebenarnya murah sahaja. Ianya adalah bagi pengecasan untuk sekali sahaja bila dihantar ke kedai-kedai di atas.

One thought on “Harga cas bateri kereta di kedai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *