Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Berapa lama nak cas bateri kereta ?

Berapa lama nak cas bateri kereta ? Bagaimana anda nak buat anggaran yang tepat supaya anda boleh tahu berapa lama cas bateri kereta ini diperlukan sekiranya anda mengalami situasi bateri kereta lemah atau kong ?

Seperti kita tahu, mengecas bateri kereta mempunyai manfaatnya tersendiri. Ianya dapat menangguhkan sementara tempoh tamat bateri kereta yang sedang anda gunakan.

Di samping itu juga, bagi anda yang belum cukup budget membeli bateri kereta baru, bolehlah mencuba cara cas bateri kereta ini sementara menunggu budget anda mencukupi.

Apa yang paling penting adalah bagaimana anda menghadapi situasi ketika kehabisan bateri kereta ini. Oleh itu, anda pasti ingin tahu jika membuat pengecasan bateri kereta, adakah mengambil masa yang begitu lama untuk ianya kembali mempunyai tenaga elektrik ?

Bolehkah cas bateri kereta itu dibuat dalam masa yang singkat ? Apa kesan terhadap penggunaan harian kereta sekiranya anda hanya mengecas bateri kereta buat seketika sahaja ?

Di manakah tempat sesuai untuk cas bateri kereta ?

Sebelum itu, kita perlu tahu tempat untuk kita mengecas bateri kereta. Anda mempunyai 2 pilihan untuk charge bateri kereta seperti di bawah iaitu :

1. Cas bateri kereta di kedai

Proses menghantar cas bateri kereta di kedai memerlukan anda cabut sendiri bateri kereta terlebih dahulu. Kemudian, membawanya ke kedai bateri kereta yang berada di sekitar kediaman anda.

Bukan sahaja anda boleh hantar di kedai bateri kereta, malah anda juga mempunyai pilihan untuk mengecas bateri kereta di tempat yang menyediakan khidmat ini seperti kedai sparepart hardware kereta dan juga kedai bengkel baiki kereta.

Namun, tidak semua kedai tersenarai di atas membuat servis cas bateri kereta di kedai ini. Lebih baik anda membuat survey dengan bertanya dahulu dari satu kedai ke kedai jika menyediakan servis cas bateri kereta.

2. Cas bateri kereta di rumah

Pada zaman sekarang sudah mempunyai pelbagai teknologi yang boleh anda dapati di kedai-kedai online. Dengan harga yang berpatutan anda boleh dapatkan barangan seperti portable battery atau dikenali sebagai powerbank untuk cas bateri kereta.

Gunakan powerbank ini untuk anda kembalikan tenaga elektrik yang telah lemah ke dalam bateri kereta anda. Tidak perlu lagi dah anda nak cabut bateri kereta dan hantar ke kedai bateri kereta untuk pengecasan. Kerja anda jauh lebih mudah dan efisien.

Berapa lama nak cas bateri kereta
Berapa lama nak cas bateri kereta

Berapa lama masa yang diperlukan untuk cas bateri kereta sebenarnya ?

Pengecasan bateri kereta yang sesuai anda lakukan adalah mengikut tempoh 6 jam hingga 12 jam atau seharian ianya di cas. Namun, jawapan ini adalah secara asas dan tidak mengikut keperluan yang diperlukan oleh bateri kereta yang sudah lemah.

Disarankan untuk lebih baik anda perlulah check bacaan bateri kereta anda mengikut peralatan yang betul. Contohnya, anda gunakan multimeter bagi mengesan tahap keperluan yang bateri kereta anda perlukan.

Jika bateri kereta hanya lemah sedikit, tidak perlulah untuk anda mengecas sehingga 12 jam. Dengan adanya peralatan ini, akan menjadi kayu ukur dengan mengecas bateri kereta cukup sekadar ianya telah mencapai spesifikasi asal.

Berapa lama nak cas bateri kereta sekiranya bateri sudah kong sepenuhnya ?

Bateri kereta yang langsung tidak memberi sebarang respon ketika start enjin malah paparan pada meter tiada satu pun lampu menyala adalah kita boleh kategorikan segai ianya sudah kong. Jika anda hanya mempunyai powerbank untuk cas bateri kereta, lakukan pengecasan selama 12 jam sebaiknya.

Selepas 12 jam pengecasan dibuat pada bateri kereta, cabut powerbank tersebut. Kemudian, mulakan start enjin kereta anda. Jika sebelum anda start enjin, terdapat nyalaan lampu pada paparan meter kereta ketika kunci pada “ON”, maka itu adalah satu petanda baik.

Start enjin kereta anda selepas itu. Jika masih boleh dihidupkan lagi, itu adalah petanda bateri kereta anda masih dalam keadaan baik. Manakala, jika enjin kereta anda tidak dapat start enjin, anda boleh cuba untuk cas lagi bateri kereta tersebut untuk tambahan 6 jam.

Sekiranya sudah dicas, dan masih tidak boleh anda hidupkan enjin, ia bermakna bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi dan anda perlu membeli bateri kereta baru.

One thought on “Berapa lama nak cas bateri kereta ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *