3 aspek penting beza bateri amaron dan century
Beza bateri amaron dan century. Apakah perbezaan di antara jenama bateri kereta yang terkemuka di negara kita iaitu bateri kereta amaron dan bateri kereta century ?
Setiap daripada kita pasti akan terfikir akan apakah beza bateri amaron dan century yang menjadi pilihan utama oleh para pemilik kereta. Mengikut pengalaman aku sendiri yang pernah menggunakan kedua jenama bateri kereta ini, ada beberapa perkara yang boleh diambil kira yang bakal diketahui oleh anda.
Semestinya pasti akan terdapat bezanya. Tidak boleh untuk aku katakan ianya adalah sama saja yang penting bateri kereta. Tidak sama sekali. Sedikit sebanyak juga pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Jadi, aku nak kongsikan artikel ini supaya memudahkan semua orang dapat membuat keputusan sama ada nak pilih jenama bateri kereta manakah yang sesuai dengan anda. Ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri yang pernah menggunakan kedua bateri amaron dan bateri century.
Saiz ditawarkan oleh bateri amaron dan bateri century
Berikut merupakan jadual yang boleh anda rujuk berdasarkan saiz bateri kereta yang terdapat pada jenama bateri amaron dan bateri century :
Saiz bateri kereta amaron | Saiz bateri kereta century |
NS40, NS40ZL | NS40, NS40ZL |
NS60, NS60R, NS60RS, NS60L, NS60LS, NS60S, NS60LST | NS60, NS60R, NS60RS, NS60L, NS60LS, NS60S, NS60LST |
NS70, NS70L, NS70R | NS70, NS70L, NS70R |
DIN55, DIN55L, DIN55R | DIN55, DIN55L, DIN55R |
M42, M42L, M42R (EFB) | M42, M42L, M42R (EFB) |
Jenis ditawarkan oleh bateri amaron dan bateri century
Manakala, jadual di bawah merupakan jenis bateri kereta amaron dan jenis bateri kereta century :
Jenis bateri kereta amaron | Jenis bateri kereta century |
Bateri kereta kering | Bateri kereta kering |
Tiada bateri kereta basah | Bateri kereta basah |
Bateri kereta EFB | Bateri kereta EFB |
Bateri kereta AGM | Bateri kereta AGM |
Warrantly diberikan oleh bateri amaron dan bateri century
Dari segi warrantly pula, bateri century hanya menawarkan satu tawaran iaitu 12 bulan jaminan. Manakala, warrantly yang diberikan oleh bateri kereta amaron adalah berdasarkan tawaran semasa.
Contoh tawaran warrantly oleh bateri amaron adalah seperti 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan. Anda boleh memilih tempoh jaminan ini mengikut kehendak anda. Namun, akan terdapat terma dan syarat ketika pemilihan warrantly ini dibuat.
Beza bateri amaron dan century dari segi ketahanan
Bagi pendapat aku pula, aku lebih memilih bateri century dari segi ketahanan. Namun, apabila aku menggunakan bateri kereta amaron juga turut bertahan lama dan beza kedua bateri ini adalah tidak jauh kira dalam sebulan lebih sahaja.
Untuk memberi pendapat berdasarkan pengalaman sebelum ini dari segi ketahanan kedua bateri kereta amaron dan bateri kereta century ini adalah sangat subjektif. Lain orang pasti pernah lalui pengalaman yang berbeza.
Rujuk kepada artikel lebih lanjut : bateri kereta amaron tahan berapa lama dan bateri kereta century tahan berapa lama
Harga bateri kereta amaron dan harga bateri kereta century
Manakala, dari segi harga bateri kereta untuk harga bateri kereta amaron dan harga bateri kereta century juga terdapat beza berdasarkan faktor seperti tawaran dan pilihan dalam jenama yang sama.
Contohnya seperti bateri kereta Amaron mempunyai Amaron Go dan Amaron Hi-life. Dan untuk bateri kereta Century pula mempunyai Century Hybrid (wet), Century Marathoner dan Century Excel.
Pilihan dalam setiap jenama bateri kereta ini memberikan para pemilik kereta untuk membuat keputusan selain daripada bersetuju dengan harga bateri kereta yang murah.
Untuk mendapatkan kualiti setiap bateri kereta, bukan sahaja dengan harga bateri kereta yang murah. Malah perlu dinilai dengan lebih teliti sesuai dengan keperluan yang kereta anda perlukan dan juga poket anda.
Kelebihan bateri amaron dan century
Antara kelebihan yang aku nak utamakan disini adalah kedai bateri amaron dan kedai bateri century sangatlah banyak dan hampir di setiap kedai memiliki kedua jenama bateri kereta ini. Jadi, mudah untuk didapati selepas anda sudah membuat keputusan jenama bateri manakah menjadi pilihan di hati.
Selain itu, keduanya bersaing secara sihat dengan saling memberikan kualiti bateri kereta yang lebih bagus dari masa ke masa. Jadi, kita sebagai pengguna pasti akan berpuas hati setiap pilihan yang anda buat.
Kekurangan bateri amaron dan century
Manakala, beza bateri kereta amaron dan century sebenarnya tidak besar. Anda perlukan penilaian yang lebih teliti. Ini akan memeningkan diri anda untuk membeli bateri kereta yang mana.
Selain itu, kedua jenama ini kebanyakkannya memiliki stok untuk bateri yang lebih murah. Ada orang bila datang ke sesebuah kedai bateri kereta amaron atau century inginkan bateri yang lebih berkualiti seperti Amaron Pro dan Century Excel.
Bateri kereta jenis ini perlu merujuk kepada kedai bateri kereta yang lebih besar. Ini kerana mereka menyimpan stok lebih banyak dan pilihan yang anda inginkan.
Pingback: Harga bateri kereta Amaron - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta amaron tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta century tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: 3 Rujukan Harga bateri kereta Century - Mekanikakereta