Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jumlah bagi harga bateri kereta Amaron berapa ?

Harga bateri kereta Amaron. Berapakah harga bateri kereta untuk jenama bateri kereta amaron yang dapat dinilai oleh aku sendiri berdasarkan beberapa kategori ?

Survey bateri kereta adalah sepatutnya dilakukan oleh anda sebelum membuat keputusan untuk membeli bagi menggantikan bateri kereta lama yang telah lemah atau sudah pun habis.

Bagi aku yang suka membuat survey dari segi harga tidak akan merugikan mana-mana pihak pun termasuk aku. Jika anda agak keliru nak pilih bateri kereta amaron manakah yang sesuai dengan anda, maka anda boleh rujuk pada penilaian dan pemerhatian aku.

Untuk setiap harga bateri kereta amaron yang aku beri adalah berdasarkan purata beberapa rujukan yang dijual oleh kedai yang menjual bateri kereta amaron ini. Ada orang suka bezakan antara jenama bateri kereta seperti beza bateri amaron dan century. Segala perbezaan adalah tertakluk kepada perubahan semasa dan berbeza kedai yang menawarkan harga bateri kereta amaron.

Harga bateri kereta amaron berdasarkan kereta yang anda gunakan

1. Harga bateri amaron axia

Untuk sebuah kereta axia, bateri amaron yang sesuai digunakan adalah seperti amaron Go. Selain itu, pilihan untuk memilih bateri amaron Hi-life juga sesuai digunakan. Harga bateri amaron axia adalah bermula dari RM190 hingga RM290.

2. Harga bateri amaron myvi

Manakala, harga battery amaron myvi perlu merujuk sama ada myvi anda dilengkapi dengan sistem eco idle atau pun tidak. Jika ya maka harga bateri amaron myvi adalah bermula dengan RM270. Manakala, jika tidak anda boleh memiliki dengan harga bateri amaron myvi bermula dengan RM190 sahaja.

3. Harga bateri amaron bezza

Begitu juga dengan harga bateri amaron bezza adalah bermula dengan RM190 hingga RM340. Pilih bateri kereta amaron jenis EFB sekiranya anda menggunakan sistem eco idle dan gunakan bateri kereta amaron Go jika tidak dilengkapi sistem idle tersebut.

harga bateri kereta amaron

4. Harga bateri amaron alza

Model generasi pertama alza boleh anda memilih bateri amaron Go yang bermula dengan harga bateri amaron alza sebanyak RM190 hingga RM240. Manakala, untuk alza generasi kedua dilengkapi dengan system idle atau eco idle akan menggunakan bateri amaron EFB atau m42 yang harganya bermula dengan RM270 hinggalah RM340.

5. Harga bateri amaron viva

Untuk mendapatkan ketahanan bateri kereta amaron yang lebih lama pada kereta viva, anda boleh memilih bateri amaron Hi-life. Namun, harga bateri amaron viva untuk Hi-life ini agak mahal sedikit bermula dengan RM240 sahaja dan anda boleh gunakan hingga tahun ke 3 secara purata masa yang pernah aku sendiri gunakan.

Baca juga : Bateri kereta amaron tahan berapa lama

6. Harga bateri amaron persona

Manakala, bateri biasa yang boleh anda gunakan pada kereta proton persona adalah seperti amaron Go boleh didapati dengan harga RM250 sahaja. Pilihan lain iaitu bateri amaron Hi-life pula boleh didapati pada harga bateri amaron persona bermula dengan RM270.

Baca lebih lanjut : Harga bateri amaron persona

7. Harga bateri amaron honda city

Untuk sebuah kereta honda city juga sesuai menggunakan bateri kereta amaron. Dua pilihan amaron Go dan amaron Hi-life boleh dijadikan pilihan. Harga bateri amaron honda city adalah bermula dengan RM190 hinggalah RM290.

Harga bateri kereta amaron berdasarkan kod pada bateri kereta

1. Harga bateri amaron ns40

Bateri amaron ns40 atau ns40zl merupakan antara saiz bateri kereta yang terdapat dalam bateri kereta amaron. Kereta yang menggunakan bateri amaron ns40 adalah seperti perodua axia, myvi (tanpa eco idle), bezza (tanpa eco edle), honda jazz dan juga honda city.

Jadi, harga bateri amaron ns40 dan harga bateri amaron ns40zl ini termasuk dalam 2 kategori. Amaron bateri harga bagi amaron Go yang bermula dengan RM190 dan amaron Hi-life pula bermula dengan RM240.

2. Harga bateri amaron ns60

Berdasarkan kod atau saiz bateri amaron NS60 ini terdiri daripada NS60L, NS60LS dan NS60R, NS60RS. Kod bateri NS60 ini menggunakan dimensi B24. Pilihan besar atau kecil adalah terletak di tangan anda sebagai pemilik.

Manakala, kedudukan wayar positif pula bergantung kepada kereta anda bagi menentukan sama ada anda perlu menggunakan NS60L, NS60LS, NS60R atau NS60RS. Harga bateri amaron NS60 adalah sekitar RM240 hinggalah RM290.

Contoh seperti harga bateri amaron ns60l yang anda gunakan amaron Go adalah dari RM240 hingga RM260. Antara kereta yang menggunakan bateri NS60 adalah seperti proton saga, proton iriz, proton wira, toyota vios dan juga toyota wish.

3. Harga bateri amaron 55d23l

Manakala, untuk bateri kereta amaron yang menggunakan kod 55d23L adalah seperti kereta proton exora, proton inspira dan juga toyota innova. Ianya digunakan oleh kebanyakkan kereta mpv.

Kategori bateri amaron 55d23l adalah dalam amaron Go. Harga bateri amaron 55d23l adalah bermula dengan RM320 hingga RM380 sahaja.

4. Harga bateri amaron din55

Selain itu, terdapat juga bateri amaron din55 ditawarkan oleh pihak jenama bateri amaron. Berdasarkan kod din55 ini anda perlu tentutkan sama ada bateri amaron manakah yang anda patut pilih sama ada DIN55R atau DIN55L.

Bateri amaron din55 ini diwujudkan bagi memberi pilihan untuk kereta seperti proton persona, satria dan juga kia forte bagi mendapatkan ketahanan dibandingkan bateri seperti NS60. Ada orang lebih sukakan bateri NS60 kerana bateri kereta amaron harga yang dalam budget mereka.

Pilihan kategori dalam bateri amaron adalah amaron Hi-life Pro. Harga bateri amaron din55 adalah bermula dengan jumlah sebanyak RM340 dan boleh mencapai hingga RM370 sahaja.

5. Harga bateri amaron ns70

Anda hanya mempunyai 1 pilihan sahaja sekiranya anda ingin membeli bateri kereta amaron ns70 kerana ianya hanya terdapat pada amaron H-life sahaja. Antara kereta yang menggunakan bateri amaron ns70 adalah seperti toyota estima, toyota alphard, toyota harrier, nissan sentra, nissan x-trail, mitsubishi outlander, naza ria dan juga isuzu d-max.

Kereta-kereta di atas kebanyakkannya memerlukan kuasa bekalan elektrik yang besar yang terdiri daripada kategori SUV,MPV dan juga 4X4. Harga bateri amaron ns70 bermula dengan jumlah dari RM290 hingga RM400

6 thoughts on “Jumlah bagi harga bateri kereta Amaron berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *